Bab 10 - Kanser

158 9 0
                                    

17 Januari 2015

Petang itu, Raudha, Mukhriz dan Hakimie sedang duduk melepak di bawah blok. Masing - masing menceritakan bagaimana pengalaman kehidupan mereka sebagai seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja bermula. Raudha dan pasangan kembar itu tidak bersekolah di tempat yang sama, namun hubungan mereka tidak pernah renggang.

"Awak, jom main!" ajak Hakimie. Mukhriz dan Hakimie bercadang untuk bermain di bawah blok sahaja. Mereka kasihan melihat Raudha yang penat. Jika sekarang dia sudah penat, pasti dia akan lebih penat selepas mendaki bukit untuk ke pondok mereka.

"Hmm.. awak mainlah dua orang. Saya tengok je." kata Raudha. Bukan dia hendak membiarkan pasangan kembar itu bermain seorang diri, namun dia tidak mahu apa - apa berlaku kepada dirinya. Makin lama, demam yang dialaminya semakin teruk. Begitu juga dengan sakit kepalanya.

"Alaa, awak! Jomlah!!" desak Mukhriz yang sedang duduk di sebelahnya. Pasangan kembar itu tetap mengajak Raudha bermain kerana mereka berasa bosan. Disebabkan oleh perasaan kasihan Raudha kepada mereka, akhirnya Raudha bersetuju untuk bermain dengan mereka.

"Hmm. Yelah! Saya main.." kata Raudha. Mukhriz dan Hakimie melonjak gembira. "Yeay! Kita main kejar - kejar nak! Saya jadi!" kata Hakimie.

"Jom!" jerit Mukhriz. Raudha hanya mengangguk lemah lalu berdiri untuk memulakan permainan.

Lama juga mereka bermain kejar - kejar, sehingga hampir 1 jam. Ketika mereka bermain, Raudha tidak bermain bersungguh - sungguh. Makin lama dia bermain, makin lemah terasa badannya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia berhenti bermain dan duduk untuk berehat. Namun, demi menggembirakan mereka, Raudha cuba menguatkan dirinya.

Namun, dia gagal. Raudha yang sedang berlari mengejar Hakimie, tiba - tiba berhenti lalu memegang kepalanya yang pening. Mukhriz dan Hakimie tidak sedar dengan kelakuan Raudha itu. Mereka terus melarikan diri dari Raudha. Mereka hanya menganggap Raudha geram dengan mereka yang pantas berlari.

Pandangan Raudha semakin kabur. Kepala juga secara tiba - tiba berdenyut. Sakit. Dia cuba untuk mengembalikan kewarasannya. Namun, semakin lama dia mencuba untuk berlawan, semakin teruk jadinya.

Raudha mula hilang imbangan. Kepalanya mula berdenyut dengan kuat. Tiba - tiba, pandangannya bertukar hitam.

Raudha pengsan.

"Raudha!" Mukhriz dan Hakimie yang baru perasan Raudha sudah pengsan terus berlari ke arahnya. Mukhriz menggoyangkan badan Raudha, cuba untuk menyedarkannya.

"Macam mana ni, Mukhriz? Raudha pengsan lah!" kata Hakimie dalam nada panik.

"Mukhriz panggil Uncle Zaheri! Kimie tunggu sini. Jaga Raudha." kata Mukhriz sebelum berlari menaiki tangga.

"Okay. Cepat tau!" jerit Hakimie. Dia menggoyangkan bahu Raudha, manalah tahu dia akan bangun.

Tidak lama kemudian, Mukhriz turun bersama - sama Encik Zaheri dan Puan Mawarni. Mereka terus bergegas ke arah Raudha yang dibiarkan meniarap di atas tar.

Tanpa berkata apa - apa, Encik Zaheri terus mengangkat Raudha lalu memasukkannya ke dalam ruang belakang kereta. Puan Mawarni pula mengekori suaminya itu dari belakang.

Mukhriz dan Hakimie ingin mengikut mereka ke hospital, namun mereka bimbang ibu bapa mereka tidak akan membenarkan mereka pergi. Jadi, mereka hanya berdiri di situ, melihat kereta Encik Zaheri beredar dari blok itu.

------------------------------------

Raudha membuka matanya perlahan - lahan. Dia memandang bumbung yang putih yang tidak asing baginya. Bumbung wad. Dia bersyukur dia tidak berada di dalam wad ICU. Itulah tempat yang paling dibencinya di dalam hospital.

Dia kini berada di dalam hospital. Kelihatan terdapat sebatang jarum sedang berada di dalam tangan kanannya. Matanya melilau di sekitar wad, mencari sesiapa yang dikenalinya.

Orang pertama yang dijumpainya adalah ibunya, Puan Mawarni yang sedang duduk di atas kerusi tidak jauh dari katilnya.

Puan Mawarni yang sedar anaknya itu telah sedar, terus mengambil nasi yang dihidang di meja untuk menyuap Raudha makan. Doktor telah memberitahunya yang bahawa Raudha tidak ada tenaga pada masa itu.

Raudha hanya menguyah makanan yang disuapkan oleh ibunya. Walaupun dia tidak ada selera untuk makan, dia tetap makan atas desakan ibunya.

Ketika itu, Encik Zaheri sedang melangkah masuk ke dalam wad dengan membawa beg baju yang mengandungi baju - baju kepunyaan Raudha.

"Mummy, Raudha kena tahan wad ke?" tanya Raudha yang hairan melihat beg bajunya diletakkan di almari di sebelah katilnya.

Puan Mawarni yang sedang menggaulkan nasi bersama lauk untuk disuap kepada Raudha hanya mengangguk lemah.

"Hmm.. Kenapa, mummy?" Raudha menanya kembali.

Puan Mawarni mengeluarkan keluhan. Dia menarik nafas yang dalam. Patutkah dia menceritakan perkara sebenar kepada Raudha?

Akhirnya dia bercadang untuk menceritakan sahaja apa yang diberitahu oleh doktor kepadanya. Raudha berhak tahu apa penyakit yang dihidapi olehnya.

"Raudha ada Leukemia Stage 2. Doktor baru bagitau mummy tadi." jelas Puan Mawarni dengan nada sebak dan bersalah. Dia tidak sanggup memberitahu anaknya tentang berita buruk itu.

Raudha yang mendengar penjelasan dari ibunya terdiam seketika, lalu dia mengukir sebuah senyuman di mukanya. Puan Mawarni yang melihat reaksi Raudha kehairanan. "Kenapa Raudha senyum?" tanya Puan Mawarni.

Raudha tersenyum lagi. Dia seperti sudah mengagak ini akan terjadi. Di rumah, dengan bantuan telefon barunya yang dihadiahkan oleh ibu dan ayah, dia menjalankan kajian tentang tanda - tanda awal kanser. Dia mendapati bahawa kesemua simptom yang dialaminya pada waktu itu merupakan tanda - tanda awal kanser darah atau lebih dikenali sebagai Leukemia.

Leukemia adalah kanser yang telah meragut ramai nyawa. Ia bukanlah penyakit yang boleh dirawat begitu sahaja. Leukemia amat mencabar dan menyakitkan. Amat kurang pesakit yang menghidapi kanser ini berjaya melawannya. Sekali lagi, Raudha tersenyum.

Puan Mawarni yang melihat anaknya terus tersenyum itu terus mengusap kepala Raudha. "Raudha, mummy tahu Raudha kuat, kan? Inshaa Allah, Raudha boleh sembuh." kata Puan Mawarni, memberi semangat kepada anak sulungnya itu. Puan Mawarni kemudian mencium pipi Raudha.

Raudha memandang wajah ibunya itu sambil tersenyum.

"Mummy, boleh tak rahsiakan perkara ni daripada semua orang?" tanya Raudha. Puan Mawarni yang sedang mengesat air matanya melihat kembali anaknya.

"Kenapa, Raudha?" tanya Puan Mawarni.

"Jangan bagitahu sesiapa pun. Saudara - mara Raudha, kawan - kawan Raudha, terutama Mukhriz dan Hakimie. Raudha tak nak diorang risaukan Raudha. Mummy tahu Raudha tak suka orang risaukan pasal Raudha." jelas Raudha kepada Puan Mawarni.

Puan Mawarni hanya mengangguk selepas mendengar penjelasan Raudha. "Baiklah. Mummy janji." balas Puan Mawarni, ringkas.

Raudha tersenyum mendengar jawapan dari ibunya itu.

"Raudha cuba kuat demi Mummy, Daddy dan kawan - kawan Raudha. Raudha janji."

PercayaWhere stories live. Discover now