Bab 9 - Hari Keluarga

92 7 0
                                    

17 Disember 2014

"Akak! Bangun!" jerit Iskandar di telinga Raudha.

Raudha bangun dan duduk di tepi katilnya. "Ada apa, Iskandar? Tak perlu kut awak jerit dalam telinga akak." kata Raudha dalam keadaan mamai. Dia menggosok - gosok matanya yang kabur.

"Akak! Cepatlah bersiap! Kan kita nak pergi family day!" jerit Iskandar sambil terlompat - lompat di dalam bilik Raudha. 

Raudha menampar - nampar pipinya. Macam mana dia boleh lupa? Hari ini adalah hari keluarga yang dianjurkan oleh keluarganya sendiri. Semua saudaranya akan hadir. Mukhriz dan Hakimie juga turut serta menyertai aktiviti ini.

Amira yang sedang lalu dihadapan pintu biliknya masuk ke dalam untuk melihat Raudha. "Lah? Akak baru nak bangun ke? Siaplah cepat, akak! Pukul 9 kita nak pergi dah! Sekarang dah pukul 8." kata Amira sebelum bergerak keluar dari bilik Raudha.

Raudha menolak Iskandar keluar dari bilik lalu mencapai tuala mandinya. Dia segera bersiap untuk bertolak ke Bukit Merah Water Park. 

-------------------------------------------------------------

Setelah memasukkan barang - barang ke dalam beg sandang kuningnya, Raudha keluar dari rumahnya. Dia sudah berjanji dengan Mukhriz dan Hakimie untuk bertolak ke sana bersama - sama. Setibanya dia di bawah blok, dia terlihat ayahnya dan Encik Kudus sedang memasukkan barang ke dalam kereta. Mukhriz dan Hakimie juga sedang membantu ayah mereka.

Puan Anisa pula sedang duduk di sebuah kerusi tidak jauh dari mereka sambil mendukung Ryan. Ryan sedang tidur sambil didodoikan oleh Puan Anisa. 

Mukhriz dan Hakimie yang sedar Raudha sedang memandang mereka menegurnya. "Hi, awak!" tegur mereka serentak.

"Hello!" balas Raudha sambil berjalan ke arah mereka. Raudha sedang memakai baju lengan panjang muslimah bewarna hitam beserta seluar sukan hitam. Tudung hitam yang dipakainya amat sesuai dipadankan dengan pakaiannya. Dia hanya memakai sandal.

Mukhriz sedang memakai T - shirt Adidas lengan pendek manakala Hakimie memakai T - shirt yang sama seperti Mukhriz, cuma ia berlengan panjang. Alasan Hakimie, dia tidak mahu kulitnya bertukar menjadi gelap akibat bermain di bawah matahari dengan terlalu lama. Mereka berdua memakai seluar sukan hitam dan berselipar.

"Dah sedia nak bertolak ke?" tanya Raudha dengan nada riang. Dia tidak sabar mahu ke sana. Sudah lama dia tidak mandi di water park. Kali terakhir pun, tahun lepas.

"Bila ayah awak dengan ayah kita dah siap letakkan barang dalam kereta, kita dah boleh bertolak dah!" kata Hakimie.

"Jom! Kita tolong ayah kita angkat barang. Lagi cepat habis, lagi cepat kita akan bertolak!" ujar Mukhriz yang sedang memegang bakul yang dipenuhi dengan barang kepunyaan Ryan. Dia sedang menyusun barang - barang di dalam kereta.

"Jom!" jerit Raudha dan Hakimie.

---------------------------------------------------

Sebaik sahaja mereka tiba di Bukit Merah Water Park, kelihatan ramai saudara - maranya sudah berkumpul. Ramai saudara - maranya telah hadir sama ada yang sudah besar mahupun yang masih kecil. Ibu - ibu saudaranya kebanyakan sedang duduk di bawah wakaf - wakaf yang disediakan di sana. Ada yang menjaga bayi. Ada yang berborak menanya khabar.

"Wiii! Jom join dorang berkumpul! Kejap lagi ada sukaneka! Mesti best!!" jerit Raudha sambil menarik tangan Hakimie. Dia berani memegang tangan Hakimie kerana dia memakai baju berlengan panjang. Berlapik.

PercayaWhere stories live. Discover now