Bab 2 - Kali Pertama

144 11 0
                                    

16 Jun 2014

Malam itu, terdapat sebuah jamuan yang diadakan khas untuk keluarga Encik Kudus yang baru sahaja berpindah ke sini. Itu adalah tradisi yang selalu diadakan oleh penetap di flat itu. Pelbagai makanan disediakan sama ada dimasak sendiri atau ditempah dari restoran berdekatan.

Raudha sudah beberapa kali melalui peristiwa seperti ini termasuk sekali apabila dia yang baru berpindah di sini. Terasa istimewa seketika.

Di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara penetap, Raudha hadir ke jamuan itu hanya kerana makanan yang disediakan. Raudha amat suka makan. Hampir semua makanan disukainya. Kecuali sayur, mee dan makanan pedas. Boleh dikatakan Raudha dan makanan - makanan itu adalah musuh. Tidak boleh berdekatan langsung.

Setelah memenuhkan perut yang kosong, Raudha berjalan di sekitar jamuan itu. Mungkin mencari makanan - makanan ringan untuk dijadikan pencuci mulut.

Matanya tertumpu kepada sebuah gerai ice cream yang terletak tidak jauh dari meja makan utama. Dia bergerak ke sana.

"Ye, dik? Nak ice cream apa?" tanya abang penjual ice cream tersebut. Raudha melihat ice cream yang terletak di dalam bekas penyejuk itu. Dia rambang mata apabila masuk bab memilih makanan apa untuk dimakan, lebih - lebih lagi ice cream.

"Mm.. semua sedap la bang. Abang pilihkanlah untuk saya.." kata Raudha kepada abang tersebut. Abang itu ketawa lalu memberikan Raudha sebatang ice cream perisa limau. Di dalamnya pula terdapat ice cream perisa vanilla. Gabungan dua perisa tersebut membuatkan ice cream itu unik.

Raudha mengambil ice cream tersebut lalu mengeluarkan beg dompet merah jambu dari poketnya. "Berapa bang?" tanya Raudha.

"Free. Abang belanja." kata abang tersebut lalu mengenyit mata kepada Raudha.

"Eh? Betul ke ni? Janganlah gini bang.." Raudha terkejut lalu menghulurkan juga dua keping wang RM1 kepada abang tersebut.

"Ishh.. Betullah.. Abang belanja.. Rezeki jangan ditolak." kata abang itu lalu memulangkan kembali wang itu.

Raudha akhirnya mengalah. Dia mengambil semula wang itu dan mengucapkan terima kasih. Abang itu duduk di bangku lalu mengajak Raudha duduk di sebelahnya.

"Dik. Duduk lah sini kejap. Kita borak - borak. Abang bosan ni duduk sorang - sorang." ajak abang itu sambil menepuk - nepuk ruang bangku yang kosong disebelahnya.

Raudha pada asalnya tidak mahu kerana risau abang itu berniat lain. Namun setelah dia berfikir semula, dia membuang semua prasangka buruknya. Abang itu pasti baik orangnya.

Raudha duduk di sebelahnya. "Dah lama ke abang jual ice cream ni. Best tak?" tanya Raudha, membuka bicara.

"Hmm.. Takdelah lama mana. 3 bulan lepas baru mula. Nak kata best, biasa je abang rasa. Inshaa Allah kalau ada rezeki lebih, abang akan belanja adik lagi." jelas abang itu sambil tersenyum.

Lama juga mereka berborak. Raudha sering kali bertanya abang itu tentang zaman persekolahannya dahulu. Ternyata zaman mereka berbeza.

Pada masa itu, Mukhriz dan Hakimie juga telah memenuhkan perut mereka.

"Hmm.. Tak sangka dorang buat jamuan ni untuk keluarga kita, kan Kimie?" kata Mukhriz yang baru sahaja menghabiskan satu pinggan mee goreng.

Hakimie yang sudah lama menghabiskan makanannya hanya merenung abang kembarnya Mukhriz yang duduk berhadapan dengannya.

"Hmm. Itulah. Tapi kita masih takde kawan lagi. Rasa lonely pulak." kata Hakimie.

"Eh. Alah nanti adalah yang sudi nak berkawan dengan kita, Kimie. Kita tunggu je. Jom lah, kita beli ice cream dekat sana tu. Mukhriz mintak duit dari mama okay?" kata Mukhriz lalu bergerak ke arah ibunya.

Hakimie menoleh ke belakang untuk melihat gerai ice cream itu. Dia ternampak seorang lelaki dan seorang budak perempuan sedang berborak.

Eh? Macam kenal je dia tu..

Sejurus selepas Mukhriz mengambil duit daripada ibunya, Hakimie terus menarik tangan Mukhriz ke arah gerai ice cream itu.

Raudha yang kini hanya diam merenung orang lain yang sedang ke jamu selera, terkejut dengan kehadiran Mukhriz dan Hakimie di hadapannya.

Raudha menepuk dahinya kerana dja terlupa untuk mencari Mukhriz dan Hakimie di dalam jamuan ini. Demi menebus kesalahan, dia memberanikan diri untuk menegur pasangan kembar itu.

"Bang. Mmm.. bagi ice crime kon dua. Perisa campur." kata Mukhriz kepada abang tersebut.

"Beres!" balas abang tersebut dgn bersemangat.

"Hmm. Hi korang." Raudha membuka bicara dengan suara terketar - ketar. Dia agak awkward dan rasa bersalah menyelubungi dirinya.

"Hye.." balas Mukhriz dan Hakimie serentak. Mereka merenung ke muka Raudha. Raudha yang sedar mereka sedang merenung mukanya, terus bertukar merah. Malu.

Raudha menampar dirinya perlahan. Mukhriz dan Hakimie hairan melihat perangai Raudha.

"Korang kan yang pindah depan rumah saya tu? Saya Raudha. Selamat berkenalan." kata Raudha sambil melambai ke arah mereka. Dia membetulkan tudungnya yang rosak akibat ditampar oleh dirinya sendiri tadi.

"Haah. Saya Mukhriz. Ini kembar saya, Hakimie. Selamat berkenalan jugak." kata Mukhriz sambil memperkenalkan kembarnya. Hakimie pula membalas lambaian Raudha.

Keadaan bertukar sunyi dan awkward. Masing - masing tidak tahu untuk berkata tentang apa lagi. Tumpuan dialihkan kepada abang yang sedang menyediakan ice cream kon untuk Mukhriz dan Hakimie.

"Nah. 2 ice cream kon. Semuanya RM2." kata abang itu sambil buat simbol '2' menggunakan jarinya.

"Okay. Terima kasih, bang." Kata Mukhriz lalu menghulurkan sekeping RM5. Baki dipulangkan dan mereka bergerak kembali ke meja makan.

"Awkwardnya." Raudha, Mukhriz dan Hakimie mengatakan perkataan yang sama selepas peristiwa itu. Namun, Raudha bertekad untuk menegur mereka kembali keesokan harinya.

"Sekurang - kurangnya, adalah jugak yang sudi tegur kita, kan Mukhriz?" tanya Hakimie kepada abang kembarnya.

"Hmm. Itulah. Harap - harap dia baik." kata Mukhriz sambil tersenyum. Setelah jamuan tamat, mereka mengemas kawasan itu dan kembali ke rumah masing - masing.

Mereka tidur awal dek kerana perut yang penuh.

PercayaWhere stories live. Discover now