Bab 11 - Lari

127 8 0
                                    

8 Mac 2015

Raudha keluar dari biliknya selepas membersihkan dirinya. Dia terlihat ibunya, Puan Mawarni, sedang menyediakan makan malam seorang diri. 

"Mummy, nak Raudha tolong tak?" tanya Raudha sambil menarik lembut baju ibunya itu.

Puan Mawarni menoleh ke belakang. "Tak perlu, Raudha. Raudha duduk je. Nanti mummy letak makanan atas meja." jelas Puan Mawarni, tegas. Nampaknya Puan Mawarni tidak berada di dalam mood yang baik? Raudha melepaskan keluhan lemah. Dia bergerak ke arah meja makan yang terletak tidak jauh dari dapur itu.

Dia melihat meja makan mereka yang agak kotor itu. Di atasnya terdapat tudung saji, beberapa biji pinggan dan sebuah pasu yang diletakkan betul - betul di bucu meja tersebut. Pasu itu baru dibeli oleh Puan Mawarni sebentar tadi. Ada cebisan - cebisan nasi yang tertumpah, kuah kari dan air yang melekit. Melihat kotoran itu, Raudha terus mencapai kain lap lalu membasahkannya. Dia mengelap meja makan itu sehingga bersih.

Sedang dia asyik mengelap meja, kakinya terpijak kereta mainan adiknya. Raudha tergelincir. Sikunya terkena pada pasu yang dibeli oleh Puan Mawarni tadi. Raudha jatuh terduduk, namun dia tidak boleh melepaskan nafas lega. Pasu yang ditolak dengan sikunya tadi jatuh juga. Hendak ditangkap, ia terlalu berat untuk Raudha. Raudha tiada pilihan lain melainkan membiarkan ia jatuh..

..dan pecah.

Puan Mawarni tersentak. Tangannya yang kotor akibat memotong ikan dibasuh lalu dia bergegas ke luar. Mulutnya terlopong apabila melihat pasu yang baru dibelinya tadi pecah berkecai di atas lantai. Raudha yang berada paling dekat dengan cebisan - cebisan pasu itu terus dipandangnya.

Puan Mawarni geram, lalu menengking Raudha. "Raudha!!!"

Raudha tersentak apabila mendengar namanya dijerit. Dia memberanikan diri untuk melihat muka Puan Mawarni, namun pandangannya jatuh semula ke lantai. Muka Puan Mawarni ketika marah amat bengis. Raudha menggigil ketakutan.

"Raudha tahu tak? Mummy baru beli pasu ni tadi! Tadi! Raudha kenapa pergi pecahkan?!" bebel Puan Mawarni. Raudha merapatkan kedua - dua belah kakinya. Kepala ditundukkan. Dia cuba untuk menahan air mata. Jarang dirinya dimarah sebegini.

"Pasu ni dah lah jarang jumpa! Mummy dah lama simpan duit untuk beli pasu ni tahu tak?! Macam mana boleh pecah?!" tanya Puan Mawarni dengan nada tegas. Soalan yang ditanyakan olehnya ditinggikan.

Raudha terdiam. Takut untuk menjawab.

"Jawablah!!" tengking Puan Mawarni. Raudha tersentak.

"Tadi Raudha lap meja. Terjatuh, terkena pasu mummy." jelas Raudha dengan nada ketakutan. Suaranya terketar - ketar. 

"Mummy beli ni mahal tahu?! Senang - senang je Raudha pecahkan!" kata Puan Mawarni dengan nada pasrah. Raudha masih cuba menahan air matanya. Dia memandang sekeliling dengan kepalanya yang tertunduk, mencari kelibat ayahnya, Encik Zaheri. Jika ayahnya ada, kemungkinan besar dia akan membela nasib Raudha. Namun, dia baru teringat. Ayahnya masih bekerja pada waktu ini. Memikirkan tentang itu, dia tidak mampu menahan dirinya.

Puan Mawarni meneruskan bebelannya. Tambah pula dengan moodnya yang tidak berapa elok, habis Raudha dijadikan tempat untuk dia melepaskan stressnya. Namun, Raudha tidak suka diperlakukan begitu. Terasa dirinya seperti patung yang tiada perasaan.

Raudha menutup matanya dengan tangan, lalu berlari masuk ke biliknya. Pintu dikunci. Dia menangis sepuas - puasnya sambil memeluk bantalnya. Sudah lama dia tidak menangis seteruk begini. Dia merasakan tiada siapa yang memahami perasaannya. Manakan tidak, tidak sempat Raudha menjelaskan dia tidak sengaja, terus ditengking oleh ibunya.

PercayaWhere stories live. Discover now