Bab 5 (2.0) - Pengakuan

52 6 0
                                    

1 Mei 2017

Siapa kata balik sahaja dari kem semua akan duduk berehat? Mungkin tidur untuk menggantikan tidur yang dicuri. Tidak.

Bagi Raudha dan rakan - rakannya, ini adalah sesi menghantar gambar yang diambil mereka tadi ke dalam kumpulan perkhemahan itu. Ada diantara mereka yang mempunyai lebih 200 gambar. Ada yang mempunyai 100. Ada yang mempunyai 10 sahaja kerana kamera mereka tidak berapa cantik.

Bagi Fawwaz pula, ini adalah masa untuk dia berehat, namun rehatnya diganggu oleh bunyi notifikasi telefonnya. Ikutkan hati, dia mahu sahaja meletakkan telefonnya ke dalam mod silent tetapi risau jika seseorang akan menelefonnya atau menghantar mesej penting untuknya.

Fawwaz melihat kumpulan WhatsApp perkhemahan itu. Hampir 10,000 mesej hanya dari kumpulan itu sahaja.

"Meriah betul." bisik hati Fawwaz lalu membuka kumpulan itu. Dilihatnya kumpulan itu dipenuhi dengan gambar - gambar semasa waktu perkhemahan tadi.

Diperhatinya satu - persatu gambar - gambar itu. Banyak juga gambar yang mempunyai wajahnya. Fawwaz hanya menyimpan gambar - gambar yang mempunyai wajahnya sahaja. Yang tidak memaparkan dirinya, maka tempat gambar - gambar itu adalah di butang delete.

"Oh ya! Gambar dari Raudha tak dapat lagi. Baik aku mintak cepat."

-----------------------------------------

"Wehhh! Macam mana ni?!" jerit Raudha di dalam kumpulan saudara - maranya. Dia sudah gila akibat perasaan sukanya kepada Fawwaz.

Saudara - maranya iaitu Akim, Faqih, Faykal, Adam dan Affan hanya menepuk dahi di sebalik telefon - telefon mereka. Geram juga melihat perangai saudara mereka itu. Diikutkan hati, mahu saja mengikat tangannya supaya dia berhenti menjadi gila di dalam kumpulan itu.

"Macam mana nak move on?!?!?! Susahnyaa!!" jerit Raudha sekali lagi.

Saudara - mara Raudha hanya mampu membalas emoji - emoji sahaja. Tidak tahu untuk membalas apa. Jika mahu memberi komen, mahu Raudha akan merajuk dengan mereka. Lebih baik mereka mendiamkan diri.

"Aku takkan tenang weh selagi aku tak bagitahu dia yang aku suka dia. Tapi aku takut! Wehh!" bebel Raudha berseorangan.

Melihat segala kegilaannya diabaikan, Raudha meninggalkan kumpulan tersebut. Disangkakan saudara - maranya akan membantunya mengawal emosinya yang terganggu itu. Namun apa yang diharapkan olehnya tidak berlaku.

Semua orang mula panik apabila Raudha meninggalkan kumpulan mereka. Faqih menambahkan kembali Raudha ke dalam kumpulan itu. Risau jika dibiarkan, akan lebih teruk merajuknya.

"Sorry.. Kitorang tak tahu nak balas apa." kata Faykal ke dalam group itu. Jelas terpampang dia sedang meletakkan nada bersalah di ayatnya itu.

Saudaranya yang lain juga turut meminta maaf kepada Raudha. Bertalu - talu mesej minta maaf dihantar ke dalam kumpulan itu, terutama sekali dari Faykal dan Adam. Mereka walaupun adalah saudara Raudha, namun mereka juga mempunyai perasaan suka kepada Raudha. Mereka risau jika Raudha tidak mahu melayan mereka lagi, sebab itulah mereka yang paling semangat berminta maaf. Inilah susah mempunyai terlalu ramai saudara lelaki.

Raudha yang mula muak melihat mesej - mesej itu hanya membalas emoji '👌' sahaja.

Walaupun saudara - maranya tahu Raudha masih belum reda merajuknya, itu bermakna Raudha telah memaafkan mereka. Mereka melepaskan nafas lega.

PercayaWhere stories live. Discover now