"Saya ada kat luar istana sekejap pun tak boleh ke?",rungut Puteri Tsuchinoko.Dia kini berada dalam bilik membaca buku.
"Tak boleh,tuan puteri",kata maid nya menuang air teh ke dalam cawan.
Puteri Tsuchinoko mengembungkan pipinya.
"Tak kira apa pun,tuan puteri tak dibenarkan keluar dari istana kerana nyawa tuan puteri dalam bahaya,faham?",kata maid nya meletakkan cawan atas meja.
"Huh.Semuanya sebab surat ugutan tu,saya tak boleh keluar!",kata Puteri Tsuchinoko.
"Tapi tuan puteri tetap keluar dari istana secara senyap-senyap sebelum surat ugutan itu muncul",kata maid.
"Hmph!",Puteri Tsuchinoko mengembungkan pipinya sekali lagi lalu minum air teh yang berisi dalam cawan.
"Oh,ya.Bukankah bonda ada upah seseorang untuk jadi pengawal peribadi saya?Mana dia sekarang?",soal Puteri Tsuchinoko meletakkan cawan atas piring.
"Ah,tentang tu....memang pemaisuri ada upah pengawal peribadi.Tapi saya tak tahu mana dia pergi",jawab maid tersebut.
"Apalah,pengawal peribadi,tapi langsung tak bersama dengan tuannya",rungut Puteri Tsuchinoko.
"Lupa pula,apa nama dia?",tanya Puteri Tsuchinoko.
"Kalau tak silap,nama dia Remi",jawab maid.
-----------------------
Pada masa yang sama,di salah satu bandar Aqua Kingdom
"Wah!Cantiknya bandar ni!",kata Asyi dengan mata yang bersinar.
Bandar Aqua Kingdom sangat cantik.Ada beberapa pulau terapung,dan batu kristal yang dalamnya air diletakkan sebagai lampu jalan.
"Memang cantik!",kata Asya.
"Nak tahu tak kenapa kerajaan ini dinamakan sebagai Aqua Kingdom?",soal Crystal.
"Nak,nak!",jawab yang lain dengan teruja.Crystal ketawa kecil.
"Kerana,90% dari keseluruhan Aqua Kingdom adalah lautan.Kerana itu,kenderaan utama di Aqua Kingdom adalah gondola",kata Crystal.
"Gondola?Macam mana nak bawa tu?",soal Zara.
"Melalui yang saya baca dari buku,pelancong boleh menaiki gondola yang dibawa oleh Undine",kata Crystal dengan tersenyum.
"Undine?Apa pula tu?",soal Alina.
"....Undine adalah pekerja yang membawa gondola.Sambil kita menaiki gondola yang dibawa oleh mereka,Undine tersebut akan menerangkan ciri-ciri Aqua Kingdom",jelas Crystal.
"Oh,dengan kata lain,Undine adalah pemandu pelancong!",kata Mel.
"Betul!10 markah untuk Mel,dan satu biji gula-gula coklat",kata Crystal meletakkan sebiji gula-gula atas telapak tangan Mel.
"Yeah!",Mel membuka pembalut gula-gula tersebut dan memasukkan dalam mulut untuk makan.
"Hm~",muka Mel nampak ceria dan gembira,tetapi selepas beberapa saat,mukanya pucat.
"Gula-gula apa ni?!",kata Mel menutup mulutnya menahan dari muntah dan mukanya sangat pucat.
"Perisa daging lembu",kata Asya dan Asyi melihat tulisan di pembalut gula-gula tersebut.
"Mana kakak Crystal dapat perisa gula-gula yang pelik ni?",soal Asya.
"Daripada Sha.Nasib baik aku tak makan gula-gula tersebut",kata Crystal menghela nafas lega.
".......JADI KENAPA BAGI KAT SAYA?!",marah Mel mengejar Crystal.Crystal terus pecut dengan laju dari ditangkap oleh Mel yang sedang naik marah macam hantu.
"Aku tak kenal mereka,aku tak kenal mereka...",kata Seven Princesses yang lain melihat perangai kebudak-budakkan Mel dam Crystal.
Tapi,dari mana pula Sha dapat gula-gula yang perisanya pelik tu?
"Haih...cukuplah tu,kam-",Zara tidak meneruskan percakapannya kerana satu aura.Seven Princesses yang lain pun perasan perkara tersebut.
"...kamu semua perasan kan?",kata Risa.
"Ya,aku rasa ada orang perhatikan kita",jawab Alina.
Di kalangan orang ramai,ada seorang yang memakai baju cape berhud berwarna hitam berjalan arah yang bertentangan dengan Seven Princesses.
Melalui ketinggiannya,dia adalah seorang remaja yang berusia dalam lingkungan 13-15 tahun.
"Hm,jadi mereka dihantar untuk lindungi Puteri Tsuchinoko",kata remaja tersebut,melalui suaranya,dia adalah gadis.
Subang permata yang dipakai di cuping telinga kanannya bercahaya dan gadis itu mengeluh.
Gadis itu mengeluarkan beg kertas kecil dari lengan bajunya.Dia membukanya dan dalamnya adalah penuh dengan kacang hijau.
"Ya,ya.Saya faham.Jangan risau",kata gadis itu memasukkan kacang ke dalam mulutnya untuk dimakan.
Sekali lagi,subangnya bercahaya.
"Entah.Mungkin saya akan munculkan diri saya,atau pun sebaliknya",kata gadis itu.
"Apa pun,saya teringin nak tengok persembahan yang menarik daripada mereka dengan kuasa mereka telah dibangkitkan",kata gadis itu tersenyum sinis.
"Hehe,sebulan dah berlalu ya,Seven Princesses?",kata gadis itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
RandomBekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui...
![Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]](https://img.wattpad.com/cover/136772172-64-k233988.jpg)