Yuki Kingdom
ZWOSH!
BAM!
CRACK!!
Tanah di sekelilingi mereka semuanya hancur kerana cakaran Cerberus.
![]()
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image. "Weh,tanah dah hancur!Mana nak mendarat?!",soal Shafiq.
"Gunalah otak kau tu!",kata Ayumu.
"Jangan nak bergaduh waktu berlawan,boleh tak?!",kata Akram dengan geram.
Ketiga-tiga mereka mengalami kecederaan seperti calar balar.
"Ah!Dia nak mengaum lagi!",kata Ayumu.
Ketiga-tiga kepala anjing tersebut membuka mulut mereka,dan mata bercahaya kuning.
"Oh..crap..!"
Dua simbol magik muncul di tepi Shafiq lalu rantai besi keluar daripadanya,menuju ke Cerberus.
CHING!
Rantai besi tersebut melilit bahagian mulut Cerberus,membuatkan anjing berkepala tiga itu tak dapat membuka mulut.
Namun,rantai besi itu dapat dilihat retak sedikit demi sedikit.
"Serang sekarang,Akram,Ayumu!",kata Shafiq.
"OKEY!",mereka berdua berkata serentak.
Kaki mereka berdua memijak rantai besi Shafiq,berlari atasnya menuju ke Cerberus.
Akram menarik pedangnya dari sarung pedang kemudian mencampak sarung pedang tersebut.
"HORH!!"
Akram melompat dari rantai besi tersebut.
ZWASH!!
Akram menyerang dada Cerberus dengan menghayun pedangnya sebanyak dua kali.
Potongan berbentuk 'X' dapat dilihat pada dada Cerberus.
Jejaka itu berada di belakang Cerberus,dengan ketinggian yang lebih tinggi di udara.
Ayumu memunculkan pedangnya dari tatu bunga ros yang ada pada telapak tangannya.
Gadis itu menghayun pedangnya,dan aroma bunga ros dapat dihidu dan kelopak ros biru muncul.
Dalam kawalan Ayumu,aroma rosnya mengelilingi bilah pedangnya.
"HARH...!!!"
ZUP!!
Ayumu menusuk pedangnya ke hadapan,ke dada Cerberus juga.Dia menusuk di bahagian tengah kesan potongan 'X' pada dada Cerberus.
GROWH!!!
Cerberus mengaum kesakitan.
SPLASH
![](https://img.wattpad.com/cover/136772172-288-k233988.jpg)
YOU ARE READING
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
De TodoBekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui...