Istana Alvisa Kingdom
"Kau tak sertai perang ke?",soal seorang lelaki kepada Otto yang duduk atas takhtanya.
"Kenapa aku kena sertai perang yang tak bermakna tu?",soal Otto.
Lelaki itu tersenyum.
"Perang yang tak bermakna...nampaknya kau yakin sangat kau akan menang sebab aku ke?",soal lelaki itu.Otto mendiamkan diri.
Lelaki itu berpaling ke belakang,berjalan menuju ke pintu luar.
"Jangan lupa,aku berkerjasama dengan kau hanya sebab tawaran kau tu.Tapi itu tak bermakna aku akan tolong kau sepenuhnya",kata lelaki itu sebelum menutup pintu.
BAM!
Otto menghentakkan penumbuknya pada kerusinya.
"Urgh...tak guna betul...aku bagi kau tawaran..tapi kau langsung tak nak berkerjasama dengan aku!",kata Otto dengan geram.
Manakala lelaki misteri itu pula,tersenyum sinis mendengar apa Otto katakan.
"Bila kami boleh sertai perang itu?",soal seseorang.Lelaki misteri itu memandang ke arah pemilik suara tersebut.
"Lambat lagi.Kalau kamu semua sertai perang itu pada hari pertama,ianya sangat membosankan",balas lelaki misteri tersebut.
Orang itu mengeluh.
"Lama lagilah aku boleh tengok muka manusia yang sengsara..",katanya.
"Bersabar sahajalah.Sebaik sahaja Sleeping Beauty kita lepaskan diri daripada istana ini,kamu semua boleh sertai perang tersebut",kata lelaki misteri tersebut tersenyum.
---------------------------
Sempadan Card Kingdom
SHACK!
Pisau kecil yang dibaling menikam bahu ditarik oleh pembalingnya,seorang gadis.Gadis itu menendang kepala musuh tersebut dengan kuat.
"Cis..!Gadis ni..!",baru sahaja musuh itu ingin bangun,tiga pisau menuju ke arahnya dengan laju.
SPLASH!!
Tikaman tiga pisau di kepala menamatkan riwayatnya.Risa menghela nafas.
"Risa!Jangan leka!",kata Sha melalui alat perhubungan.
Risa tersedar.Tiga orang musuh yang memakai baju perisai dan bersenjata pedang menuju ke arahnya.
"Urgh..!",Risa mencipta sebilah pedang panjang.
CHACK!
Serangan seorang daripada tiga musuh tersebut dihalang dengan pedang panjang Risa.
"Hargh!",Risa menolak pedangnya,membuatkan musuh tersebut terundur ke belakang.
Dua orang lagi musuhnya menuju ke arah Risa yang memberi banyak ruang untuk menyerangnya.
SHING!SHARK!
"Garkh!",dua musuh tersebut rebah di tanah.
Risa yang melutut di tanah,memandang ke arah dua musuh yang rebah di tanah apabila leher mereka ditikam dengan pedang panjang yang diubah menjadi empat pisau kecil.
"Huh...huh...",dia mengambil nafas.
Musuh yang Risa menghalang serangannya dengan pedang panjang berdiri di hadapan Risa,menghayun pedangnya dengan laju ke arah gadis itu.
BAM!
Pedang musuh tersebut mengenai tanah apabila Risa mengelak ke tepi.Risa menendang dagu musuh tersebut dengan kuat.
Pedang pendek dicipta olehnya lalu menghayun pedang tersebut pada leher musuh itu.
SPLASH!
Darah terpancut keluar daripada badan tanpa kepala tersebut.Kepala musuh tersebut tergolek.
Risa berdiri.Tanpa berlengah,dia terus menuju ke musuh lain lalu menyerang.
Sha yang berada jauh 20KM dari medan tempur tersebut,menembak musuh yang berjaya melepasi pasukan penyerang bersama dengan ahli pasukannya.
Sha bukan sahaja berada dalam Pasukan Pertahanan Utama,tetapi juga Pasukan Penyerang Jarak Jauh.
Sambil menembak juga,dia memberi arahan kepada Pasukan Penyerang Hendap yang dianggotai oleh Thorn.
"Pasukan Penyerang Hendap,ambil jalan kiri kerana musuh berada di jalan kanan",arahnya.
Mata kirinya ada terpasang alat...macam Atlas I.R.I.S(faham-faham jerlah) yang memaparkan skrin hologram peta laluan Pasukan Penyerang Hendap.
"Faham",kata ketua Pasukan Penyerang Hendap.
Pasukan Penyerang Hendap diarahkan memakai cape yang akan membuatkan mereka tidak kelihatan.
Orang yang memakai cape tersebut dapat dilihat oleh orang lain yang memakai cape tersebut juga.
Mereka semua berlari di kawasan yang jauh daripada medan perang.Ke mana mereka ingin pergi?
Flashback
"Kita ada beberapa kumpulan,iaitu Pasukan Penyerang yang ada tiga,Pasukan Pertahanan yang ada 5,dan Pasukan Penyerang Hendap.
Pasukan Penyerang akan melawan musuh dimedan perang,Pasukan Pertahanan akan menghalang musuh memasuki kerajaan.Manakala Pasukan Penyerang Hendap pula,akan mencerobohi markas musuh yang berada di sempadan kerajaan",kata Einhart.
"Kenapa kami kena ceroboh markas musuh?",soal seseorang.
"Dapatkan maklumat jika ada dan hapuskan musuh yang berada di situ.Sepanjang perjalanan kamu semua ke markas musuh,kamu semua dilarang melawan musuh.
Elakkan melawan mereka atau misi kamu akan gagal"
End Of Flashback
"Sha,berapa jauh lagi kami akan sampai ke markas musuh?",soal Thorn yang berlari di sebelah ketua Pasukan Penyerang Hendap.
"5 KM lagi.Kamu semua boleh berehat apabila selepas 13 minit.Kawasan yang kamu sampai tiada musuh",kata Sha.
"Baik.Terima kasih",kata Thorn lalu memutuskan talian.
CHACK!CHACK!SHRING!
Semua musuh yang berhadapan dengan Risa akan ditikam dengan beberapa pisau kecil pada leher,badan dan muka.
Gadis muda itu tak berhenti langsung mencipta senjata.Dari jauh,satu peluru ditembak ke arahnya.
CHAK!
Peluru itu dibelah kepada dua oleh Risa.Manusia yang menembak ke arah Risa melepaskan beberapa das tembakan lagi.
Risa mengelak semua peluru tersebut dengan pantas.Apabila semua peluru dielak olehnya,gadis itu mencipta beberapa pisau kecil lalu dibaling ke arah orang yang menembaknya.
Orang tersebut mengelak semua pisau Risa dengan kelajuan luar biasa.Dalam sekelip mata,orang itu berada di hadapan Risa.
BOK!
Pistol yang berada di tangannya,digunakan memukul pinggang Risa dengan kuat.Risa terpelanting ke tepi.
"Hark..!",dia terbatuk.Baru sahaja dia mengangkat mukanya,memandang ke arah orang tersebut,beberapa tembakan ditembak ke arahnya.
Risa mengelak peluru tersebut dengan melompat ke belakang.Rasa sakit di pinggangnya masih dapat dirasai.
Orang yang menembak ke arahnya adalah seorang perempuan yang jelita,tetapi pemakaiannya iaitu hanya memakai jaket hitam paras pinggang,seluar pendek dan bikini di bahagian atas membuatkan Risa rasa perempuan ini menjengkelkan.
"Kau dapat elak tembakan aku,tetapi rasanya kau lemah bila berlawan jarak dekat,bukan?",soal perempuan itu.
Sekali lagi,dia berada di hadapan Risa.Pistolnya ditekan ke dada Risa.
"Bye bye"
BAM!BAM!BAM!BAM!BAM!BAM!
YOU ARE READING
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
LosoweBekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui...