Spirit 121[END]

1.2K 61 49
                                        

Keadaan di luar istana yang dipenuhi dengan rakyat jelata bising dan riuh-rendah.

Rakyat biasa berada di luar istana,manakala bangsawan dan tetamu istimewa berada dalam dewan istana.

Dalam dewan istana sedang melangsungkan upacara perkahwinan.

"Adakah kamu semua bersumpah,akan sentiasa bersama tika suka atau duka,sihat atau sakit,senang atau susah,saling mencinta,saling menghormati,saling mengubati,saling membantu dan berjanji akan setia hingga hujung nyawa?",kata seorang lelaki berumur dengan tersenyum.

Di hadapannya,berdiri 7 pasangan pengantin.Di hadapan semua pasangan tersebut,ada cincin yang sangat cantik dalam kotak cincin.

"Ya",jawab ketujuh-tujuh pasangan pengantin tersebut,bersama senyuman.

"Now....pengantin lelaki,sarungkan cincin di jari manis pengantin perempuan",kata lelaki berumur tersebut.

Kesemua pengantin lelaki mengambil cincin dalam kotak tersebut.

Jambangan bunga yang cantik,beralih ke tangan kanan dari tangan kiri pengantin perempuan.

Tangan kiri pengantin perempuan diletakkan atas tapak tangan kiri pengantin lelaki.

Semua pengantin lelaki menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis pengantin perempuan.

Senyuman langsung tak hilang dari wajah mereka.

Ketika itu juga,dua orang gadis yang memegang kamera,menangkap gambar pengantin tersebut.

Dua gadis itu adalah photographers.

Pengantin perempuan yang sememangnya lebih pendek dari pengantin perempuan,mendongak kepala mereka.

Mata semua pengantin perempuan bertembung dengan mata pengantin lelaki.

Wajah semua pengantin perempuan dan pengantin lelaki semakin dekat.Pengantin perempuan meletakkan tangan kiri mereka pada lengan kanan pengantin lelaki.

Pengantin lelaki pula memegang lembut lengan pengantin perempuan.

Lalu bibir mereka melekat antara satu sama lain.

Para hadirin yang berada dalam dewan istana berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh.

Photographers semakin teruja menangkap gambar pengantin.

---------------------------

Pasangan pengantin keluar dari dewan,melangkah atas karpet merah.

Apabila mereka keluar dengan tangan saling berpaut,semua yang menunggu di luar menepuk tangan dan mengucapkan taniah.

"Semoga berbahagia hingga hujung nyawa!"

Jambangan bunga yang berada dalam pegangan pengantin perempuan,dilemparkan.

Kaum perempuan berebut-rebut nak dapatkan jambangan bunga tersebut.

Ianya kerana sesiapa yang dapat jambangan bunga pasangan yang telah berkahwin,mereka pula yang akan berkahwin.

Salah satu jambangan bunga yang dibaling,jatuh dalam pegangan seorang gadis.

Gadis itu memandang jambangan bunga tersebut dengan rasa terperanjat.

Pasangan pengantin melihat gadis itu mendapat jambangan bunga mereka berdua,tersenyum.

"Wah...Mimi,nampaknya kau akan kahwin tak lama lagi.Ala,maklumlah kau dah ada boyfriend",kata Sara.

Mimi memandang ke arah Sara dengan wajah yang merah.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang