Kelima gadis itu telah sampai di tingkat seterusnya.Mereka memandang sekeliling terlebih dahulu.
"...nampak macam tingkat ni tak ada musuh.Mari nai-"
Mel terhenti bercakap apabila dia perasan sesuatu menuju ke arahnya.Gadis itu menoleh ke tepi dan dapat melihat sepasang tangan menuju ke arahnya.
BOK!
Mel menumbuk tangan tersebut,menjauhi dirinya.
"Kat sini ada musuh juga!Kamu semua naik ke tingkat atas!",kata Mel.
Yang lain mengangguk,kemudian terus beredar dari situ.
Mel memandang pemergian Asya,Asyi,Crystal dan Risa.Tetapi tumpuannya teralih apabila tangan tersebut menuju ke lehernya.
"Urh!"
Pergelangan tangannya dicengkam kuat oleh tangan tersebut apabila dia melindungi lehernya.
Apabila Mel meneliti,tangan tersebut adalah dari pergelangan tangan hingga jari-jemari,dan bersambung dengan wayar putih yang panjang.
"Refleks yang bagus....",seorang lelaki keluar dari kawasan gelap.
Wajah lelaki itu tak dapat dilihat kerana memakai topeng yang menutup keseluruhan wajahnya.
"Terima kasih atas pujian tu,tapi aku ada kat sini bukan bersembang.
Aku akan tewaskan kau dengan cepat...kemudian belasah raja kerajaan ni!",kata Mel.
"High spirit....can i know your name?",soal lelaki tersebut.
Kening Mel terangkat ke atas.Dia rasa pelik.
"Saya takkan beritahu nama saya,kepada musuh!",itu yang dibalasnya.
"Okey,fine....but let me introduce myself...My name is Adrian.
Saya adalah Asma",kata Adrian.
--------------------------
Apabila keempat gadis itu baru sahaja sampai di tingkat seterusnya,mereka terus diserang.
ZAK!!
Lantai retak dengan teruk apabila senjata orang yang menyerang mereka terkena permukaan lantai tersebut.
Mereka berempat tidak terkena serangan tersebut kerana sempat melompat ke tepi.
"Hahaha!You can dodge it,huh?!",kata orang yang menyerang mereka.
Senjatanya,iaitu sabit yang besar dipusingkan dengan laju.
Wajah orang tersebut tidak dapat dilihat,kerana hoodie cape nya dinaikkan ke atas,dengan memakai topeng.
Namun,melalui suaranya,orang itu adalah lelaki.Warna kulit lelaki itu adalah hitam gelap.
"Siegfield,jangan serang mereka semua seorang diri...Elliot arahkan kita untuk bekerjasama",kata seorang lagi.
Asyi melihat ke tepi.Dia dapat melihat satu susuk tubuh yang memakai tengkorak kepala menutupi wajahnya.
Lelaki itu juga sama dengan Kayden,iaitu kepalanya seperti asap,tetapi berwarna hitam.
Lelaki itu memegang satu tongkat.
"Yeah,yeah...jadi,siapa akan jadi mangsa aku?",soal Siegfield.Tangannya masih memusingkan sabitnya.
"Memandangkan kita berdua berada di tingkat sini,jadi saya cadangkan dua daripada kamu berempat,berlawan dengan kami",kata lelaki bertopeng tersebut.
Asya,Asyi,Crystal dan Risa mendiamkan diri.Mereka berempat memandang antara satu sama lain.
"Hey,cepatlah~aku tak sabar nak bunuh orang~",kata Siegfield.
ANDA SEDANG MEMBACA
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
RawakBekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui...
![Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]](https://img.wattpad.com/cover/136772172-64-k233988.jpg)