Spirit 27-Dangerous!

1K 86 8
                                        

"Hubungan saya dan milady?"

Gadis muda yang menawan itu mengangguk kepalanya sambil menghirup minuman dalam cawannya.

Mereka berdua berada dalam bilik rawatan,duduk di sebelah katil Mimi.

"Ya...maaf sebab tanya soalan yang out of blue...",kata Mia memandang ke arah lain.

"Tapi,bukan ke dah jelas?Mimi adalah milady saya",kata Arago tersenyum.

"Tapi itu apa yang orang lain katakan.Saya nak dengar sendiri dari mulut kamu,hubungan kamu berdua",kata Mia.

Arago mendiamkan diri lama,sebelum mengukir senyuman manis.

"Heh,kamu memang macam apa yang milady ceritakan,seorang gadis yang ada sikap ingin tahu yang kuat",kata Arago.

Mia hanya tersenyum.

"Saya akan beritahu apa hubungan kami,tapi sebelum tu,saya akan tanya soalan",kata Arago.

"Erm?Boleh.Soalan apa?",kata Mia tersenyum.

"Pada pandangan kamu,kamu rasa saya apa?",soal Arago menuding jari telunjuk ke dirinya sendiri.

"Manusia,kan?",kata Mia memandang ke arah Arago dengan pandangan menjengkelkan.

"Haha,maaf sebab tanya soalan macam tu.Tapi...."

Mia menghirup minuman dalam cawannya.

"Saya bukan manusia"

PWOSH

"Koff...koff...!",Mia mengurut dadanya dan mengelap minuman yang mengalir keluar dari dalam mulutnya.

"Maafkan saya sebab buat kamu terkejut",kata Arago.Sapu tangan yang terkena pancutan air minuman Mia dihilangkan.

"Koff..!Kamu bukan manusia?!Jadi kenapa b-"

"MIA!PERLAHAKAN SUARA KAMU TU!!!!!",jerit Yuuki dari biliknya.Terjaga terus dia dari tidur sebab dengar suara Mia.

Mia pula terjatuh dari kerusi selepas Yuuki menjerit.Arago pula menutup telinganya dengan tangan.

"Saya memang bukan manusia dan ini bukan bentuk sebenar saya.Saya dapat bentuk ini kerana kuasa milady",kata Arago selepas Mia duduk atas kerusi semula.

"Kalau kamu bukan manusia,jadi kamu ni......HANTU?!",kata Mia.Gadis itu terus menyeluk poketnya yang terdapat beberapa batu berlian di dalamnya dan dalam posisi bersedia menyerang.

Arago hanya buat muka tenang melihat Mia.

"Kalau saya hantu,saya akan cakap 'dulu saya adalah manusia',Mia",kata Arago.

Mendengar apa Arago katakan,Mia terus menyimpan semua berlian yang berada dalam tangannya ke dalam poket.

"Jadi,kamu ni apa sebenarnya?",soal Mia memandang Arago dengan mata bersinar.

Arago tersenyum.

"Kamu tahu tak mengenai Peperangan Draigo 3 tahun yang lalu?",soal Arago.Mia mendiamkan diri,memproses otaknya.

"Ah!Peperangan yang berlaku antara naga,salah satu makhluk mitos terkuat?Peperangan Draigo berlaku beberapa ribu tahun sebelum ini!Dan ianya berlaku sekali lagi 3 tahun yang lalu.Peperangan itu digelar sebagai Peperangan Draigo 2",kata Mia.

Arago mengangguk kepalanya.

"Sebagai hadiah,ambillah biskut ni",kata Arago lalu keluarkan sebungkus biskut berbentuk bunga ros dari poketnya.

Mia tersenyum gembira melihat biskut tu lalu terus memakannya.

"Apa kaitan peperangan itu dengan kau?",soal Mia.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang