Spirit 59-One of Bloody Clan,K.I.A

799 72 54
                                    

TING!TING!

Libasan pedang Axel dihalang oleh pedang Alina.

"Dalam sebulan,kau dah bertambah hebat.Tapi cukup untuk kalahkan aku?",soal Axel dengan sinis.

Alina mengetap gigi,geram.Hayunan pedang Axel membuatkan gadis itu hampir jatuh ke belakang.

Mendapat peluang untuk menyerang,Axel menghayun pedangnya ke arah Alina dengan pantas.

Alina menggunakan tangan kanannya sebagai tongkat,menghalang dirinya dari jatuh ke tanah.Pedang di tangannya dilepaskan.

Gadis itu meluru ke arah Axel dan menyiku dada Axel dengan kuat,menyebabkan jejaka itu terbatuk.

"Gargh...!Tak guna kau!",berang,Axel menaikkan lutut kanannya ke muka Alina.

Apabila lutut Axel semakin dekat dengan wajah Alina,gadis itu mengelak ke tepi.Lutut Axel dipegang olehnya.

Kaki kanan Axel dikunci oleh Alina.

"Kemahiran berpedang aku mungkin masih biasa...tapi kalau martial arts..." Alina mengangkat kaki Axel ke atas,membuatkan jejaka itu terangkat ke atas.

"Aku jauh lebih berpengalaman dari kau!"

BAM!

Tubuh Axel dihentam kuat ke tanah oleh Alina.Tanah itu retak dan berlubang.

"Argh...!",Alina merintih sakit kerana luka di bahu kirinya.

Axel,walaupun masih sakit kerana dihentam kuat ke tanah,kaki kirinya menuju ke arah bahu kiri Alina.

BUM

"Argh!",menerima tendangan di bahu kirinya yang terluka,pegangannya pada kaki kanan Axel terlepas.

Bahu kirinya disentuh dengan tangan kanannya.

Axel menghayun pedangnya dengan pantas ke arah Alina.

"Tapi,aku lebih berpengalaman dalam pertarungan dari kau!",kata Axel.

SHH

Alina mengelak serangan Axel dengan menundukkan kepalanya.Rambutnya yang tak terikat itu terpotong oleh pedang Axel.

Panjang rambutnya yang paras bahu itu itu menjadi paras telinga.Alina terkedu apabila rambutnya terpotong.

"R...rambut aku...",katanya dengan nada perlahan.

Dia tersedar daripada lamunan apabila satu tembakan cahaya menuju ke arahnya.

Gadis itu melompat ke tepi.

BAM!

Tanah yang terkena tembakan cahaya tersebut berlubang.

"...nanti..bukan itu kuasa Solar..?",kata Alina dengan terperanjat.Dia memandang ke Axel yang berdiri di hadapannya.

"Yep,itu kuasa lelaki yang berlawan dengan kau tadi",kata Axel menggosok rambutnya yang ada debu tanah.

"B..bukan ke kuasa kau sama dengan aku?!",soal Alina.

Axel tersenyum sinis.

"Wrong~kuasa aku bukan sama macam kau.Kuasa aku yang sebenar adalah meniru semua kuasa",kata Axel.

"T...tiru semua kuasa?!",Alina terkejut.

Axel mengangguk.

"Ya..tapi,walaupun kuasa aku adalah meniru kuasa orang...aku hanya boleh tiru selepas melihatnya,dan kuasa itu hanya boleh gunakan dalam sehari.. ",kata Axel.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now