Einhart,Mimi dan Mia berada dalam bilik mesyuarat dengan wakil dari kerajaan lain. Meja mesyuarat berbentuk bulat.
Mimi berdiri di tepi Einhart,dengan hud dinaikkan ke atas menutupi sebagahian wajahnya.Mia pula berdiri jauh dari belakang,bersandar di dinding.
"Jadi,kenapa kamu mahu berjumpa kami,Puteri Einhart?",soal gadis berambut magenta.Di belakang kerusinya,ada seorang lelaki,pengawal peribadinya.
"Puteri Fujihara Asami,wakil dari Thunder Kingdom,soalan itu akan dijawab kemudian",kata Einhart.Puteri Asami hanya akur.
"Mungkin di antara kamu tahu tentang ni,dan mungkin tak.Kerajaan Alvisa akan melancarkan perang pada semua kerajaan",kata Einhart.
Semua wakil terkejut.
"Perang akan berlaku lagi selepas 3 tahun yang lalu?",soal seorang lelaki berambut merah jambu berdiri dari kerusinya.
"Ya,wakil dari Card Kingdom,Putera pertama,Syafik Danial",kata Einhart mengangguk.
"Tujuan saya berjumpa kamu semua adalah,adakah kamu semua ingin berkerjasama untuk tandingi perang pada bulan depan?",soal Einhart.
Putera Danial kembali duduk dengan mengeluh berat.Keadaan dalam bilik menjadi tegang.
"Hm..mungkin boleh.Tapi dengan satu syarat",kata seorang seorang gadis berambut putih.
"Apa syaratnya,wakil dari Fury Kingdom,Puteri Aishiro Atsuke?",soal Einhart.
"Kita boleh berkerjasama,tapi apa kata kalau kita adakan perlawanan?",soal Puteri Ai(Aishiro )
"Perlawanan?Untuk apa?",soal seorang gadis berambut silver.
"Wakil dari kerajaan LightNight Kingdom,Puteri Sarah Izukoto,saya rasa,perlawanan untuk tentukan kerajaan mana yang akan bertindak sebagai pemimpin dalam perang tu?Ataupun kamu tak yakin dengan kekuatan askar kerajaan lain?",soal Einhart.
"Tidak.Ianya perlawanan untuk serahkan pengawal peribadi kau tu",kata Puteri Ai menuding jari ke arah Mimi.
"Kenapa?",soal Einhart menyilangkan kakinya.
"Sebab pengawal peribadi kau kan kuat.Lagipun,3 tahun yang lalu,beberapa bulan sebelum perang dengan Michenda,kau hantat dia seorang untuk kalahkan semua askar dari kerajaan kami semua",kata Puteri Ai.
"Saya tak dihantar,tapi saya yang sendiri nak lakukannya",kata Mimi.
"Walaupun ianya risikonya nyawa kau?",soal Puteri Ai.
"Bukan ke perang memang merisikokan nyawa seseorang?",kata Mimi.Mia hanya melihat dan mendengar mereka semua.
"Betul,tapi bukan ke apa yang kau lakukan membuktikan yang terlalu yakin?",soal seorang lagi gadis berambut putih.
"Dan bukan ke kamu semua ni pengecut sebab hantar lebih dari 1000 askar untuk serang kerajaan Asteon,wakil dari Yuki Kingdom,Puteri Akemi Yuki?",soalan Mimi membuatkan semua wakil dari kerajaan mereka terdiam.
"Kamu semua cuba takluki kerajaan ini kerana kaya dengan permata dan batu kristal.Lagipun,kamu semua fikir yang memandangkan semua pemerintah kerajaan ini adalah perempuan dan tak ada hubungan darah,jadi sangat mudah untuk taklukinya",kata Mimi.Dia tak ada di sebelah Einhart,dia duduk di bahagian atas kerusi yang diduduki Puteri Lala.
"Kecuali Puteri Lala,sebab pemaisuri dan raja LightNight Kingdom tak pernah terfikir untuk menyerang kerajaan lain",kata Mimi mengusap kepala Puteri Lala.Dia menghulurkan sebungkus coklat yang berbentuk bulan sabit.
"Wah!Terima kasih!",kata Puteri Lala menyambut sebungkus coklat itu.Pengawal peribadi Puteri Lala mengeluarkan pedangnya dari sarung dan dihayunkan pada Mimi.
"Jauhkan diri dari tuan puteri!",kata pengawal peribadnya.Mimi masih duduk di bahagian atas kerusi Puteri Lala dengan muka tenang.
TING!CLACK!
Pengawal peribadi Puteri Lala terkaku.Tangannya menggigil.Semua wakil terkejut termasuk Mia.Einhart pula hanya ketawa kecil.
Mereka semua terkejut kerana bilah pedang tersebut patah kepada dua sebaik sahaja terkena badan Mimi.
"Pff-t!Tak ada gunanya kau lawan dia.Pakaian yang dipakainya dibuat daripada kulit naga,jadi,tak kira senjata apa kau pakai,tetap takkan cederekan dia",kata Einhart.
Mimi turun dari bahagian atas kerusi.
"Jadi Einhart,patut ke kita terima syarat tu?",soal Mimi.Dia dalam sekelip mata berada di sebelah Einhart.
Semua wakil terkejut kecuali Einhart.Mia juga terkejut melihat kepantasan Mimi.Dia langsung tak boleh nampak pergerakan Mimi.
"Hm....memamdangkan itu seperti cabaran,kita terima sahajalah",kata Einhart.
Mimi turun dari meja.
"Baiklah,jadi kita buat perlawanan pada esok hari.Jangan lari pula",kata Mimi tersenyum sinis.
"Eh....saya pun ke..?",soal Puteri Lala.
"Puteri Lala jadi penonton sahaja",kata Einhart.
"Baik!",kata Puteri Lala tersenyum comel.
👑👑👑👑👑👑👑👑👑👑👑👑👑👑
Nak hantar siapa ya berlawan?Mimi atau orang lain?
ANDA SEDANG MEMBACA
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
AcakBekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui...
![Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]](https://img.wattpad.com/cover/136772172-64-k233988.jpg)