Spirit 40-Kitsu

943 85 20
                                    

Selepas beritahu Tenshi dan Sprainter bahawa mahu ke bandar,mereka semua menuju ke pintu keluar dari pangkalan dan berjalan ke arah bandar.

"Wah,cantiknya!",kata Asyi melihat lampu-lampu jalan yang bercahaya berwarna-warni.

Ini kali pertama dia dapat keluar pada waktu malam.Begitu juga dengan Seven Princesses yang lain.

"Tapi...kenapa semua lampu tu berbentuk batu kristal?",soal Zara pada Ice.

"Kerana itu simbol kerajaan ni,batu kristal.Kalau kau lihat gambar semua pemerintah Asteon Kingdom,mereka semua memakai aksesori batu kristal",kata Ice.

"Wah...ya ke..",kata Zara.Telingannya menangkap suara dua orang perempuan dan lelaki.

Matanya memandang ke arah pemilik suara tu,eh,silap!Kelima-lima pasangan kekasih itu memandang ke arah suara itu datang.

Alina dan Solar berbual dengan gembira sekali,dengan memegang tangan.Ditambah lagi Solar tak memakai kaca matanya,dia kelihatan lebih kacak dari biasa,dan Alina yang memakai pakaian yang ringkas tapi comel.

"......",kelima-lima gadis itu memandang ke arah mereka berdua dengan perasaan cemburu.

Perasan akan kekasih mereka berasa cemburu,Gempa memegang tangan Asya.Asya yang terkejut memandang ke arah Gempa.

"Sekarang ni waktu malam dan ramai orang,jadi lebih baik kita berpegang tangan.Lagipun,kau kan kekasih aku",kata Gempa tersenyum.Senyumannya membuatkan muka Asya merah padam,tetapi senyuman terukir pada wajahnya.

Pinggang ramping Zara dipeluk oleh Ice membuatkan gadis itu terkejut.

"Tak boleh biarkan sahaja Solar macam tu,nanti dia berlagak.Jadi baik kita buat juga,kan?",soal Ice dengan senyuman menggoda.

"Ya!",kata Zara tersenyum gembira.

Tangan Asyi ditarik oleh Taufan lalu dipeluknya gadis kecil itu membuatkan mukanya merah padam.

"E...eh?!Ta...Taufan...orang ramai sedang tengok...!",kata Asyi dengan gelabah.

"Alah,biarlah!Lagipun kau kan kekasih aku!Sebelum kita berpegang tangan,biarlah aku peluk kau dulu!",kata Taufan dengan suara yang riang.

Blaze menarik Mel mendekatinya lalu meletakkan lengannya pada bahu gadis itu.Wajahnya dengan wajah Mel dekat.

"Okey,mari kita mulakan temujanji!Mel nak pergi mana dulu?",soal Blaze dengan ceria.

"...urm..entalah.Apa kata kalau Blaze yang cadangkan?Saya tak tahu kedai apa ada kat sini",kata Mel dengan gembira.

Tangan kanan Risa dipegang oleh Thorn.Kedua-dua wajah mereka merah kerana selepas melihat Alina dan Solar berpegang tangan,kedua-dua mereka cuba memegang tangan secara serentak.

"...urm...Thorn...apa yang ada kat bandar ni?",soal Risa dengan suara yang perlahan.

"Hm?Urm...bila Thorn fikirkan....hm....apa kata kalau kita ke kedai jual barang perhiasan?Mana tahu Risa nak reben yang baru?",kata Thorn dengan senyuman ceria.

Risa tersenyum gembira.

"Okey!",katanya lalu memeluk lengan Thorn kerana terlalu gembira.

Muka Thorn semakin merah dan asap keluar dari kepalanya.

Alina dan Solar yang melihat semua tu,berpandangan antara satu sama lain kemudian tersenyum sebelum ketawa keriangan.

---------------------------

Keindahan langit malam menjadi tumpuan mata Crystal.Gadis itu duduk atas bangku yang kosong sambil menikmati takoyaki(bebola sotong) yang baru dibelinya.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now