Spirit 66-First Day,End

782 65 38
                                    

Apabila matahari mahu terbenam,pihak musuh berundur.Peperangan yang berlaku dengan Alvisa Kingdom pada hari pertama,tamat.

Walaupun hari pertama,sudah pasti berlaku  kehilangan nyawa yang banyak.Kedua-dua pihak berehat di markas masing-masing.

"Ah....seriuslah...hari pertama dah tamat,tapi kita langsung tak sertainya..",kata Shafiq.

"Apa boleh buat...perjalanan ke kerajaan lain,jauh...",kata Akram menggigit paha ayam yang dah dipanggang.

"Lagipun antara kita bertiga,tiada siapa pun yang ada magik teleportasi",kata Ayumu.

Mereka bertiga berada dalam hutan,duduk mengelilingi unggun api.

Ayumu,Shafiq dan Akram,mereka bertiga dalam satu kumpulan.Tugas kumpulan mereka sama dengan Mimi dan Mia,kecuali memasang perangkap magik.

Mereka ditugaskan pergi ke satu kerajaan ke kerajaan lain,menghulur bantuan melawan musuh.

Namun,kerana tiada seorang pun dari mereka bertiga boleh gunakan magik teleportasi,mereka terpaksa berjalan kaki ke kerajaan lain.

"Magik tu susah nak kuasai...nak sangat,kau pergilah berlatih magik tu",kata Shafiq menjeling ke arah Ayumu.

"Aku pula...kau pun tahu kan yang aku tak boleh gunakan magik langsung!",kata Ayumu.

Shafiq dan Ayumu menjeling antara satu sama lain,hingga ada aliran elektrik.

"Sudah,berhenti bergaduh...perjalanan kita ke Aqua Kingdom,dari kedudukan kita berada sekarang,esok dah boleh sampai",kata Akram melihat skrin hologram yang terpacar dari kompasnya.

"Good,aku tak sabar nak cincang musuh!",kata Ayumu tersenyum.

"Kalau macam tu,tidur sekarang.Kau tu dahlah susah nak kejut kalau bukan Yuuki yang kejutkan",kata Shafiq.

"Hah?!"

"KAMU BERDUA,PERGI TIDURLAH!💢💢💢"

---------------------

Aqua Kingdom,markas

Ice berlari dengan laju masuk ke khemah perubatan.Wajah lelaki itu jelas menunjukkan dia risau.

"Macam mana dengan keadaan Zara?",soal Ice pada seorang ahli pasukan perubatan.

"Dia alami luka yang banyak.Luka itu juga dalam",balas ahli perubatan tersebut.

Di belakang ahli perubatan tersebut,kelihatan Zara terbaring atas salah satu katil.

"Tapi keadaan dia okey.Dia boleh sertai perang esok,tapi tak boleh terlalu memaksa diri"

Ice tersenyum.

"Terima kasih"

--------------------------

Dark Kingdom,markas

"Huh...hari pertama yang meletihkan...!",kata Alina meregang badannya.

"Kau tak alami apa-apa luka ke?",soal Solar.

Mereka berdua duduk di belakang salah satu khemah yang dipasang.

"Hehe...mestilah ada..tapi ianya dah dirawat",kata Alina memegang bahu kirinya.

"Cedera ketika lawan Axel?",soal Solar.

Alina tersenyum.

"Ya,tapi aku dah bunuh dia",kata Alina.Solar menyentuh rambut Alina.

"...rambut kau pun dia potong...",kata Solar.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now