Spirit 18-Tenshi and Mimi

1K 88 67
                                        

"Berlawan dengan pengawal peribadi Puteri Einhart?"

"Ya.Dan beta nak kamu menang perlawanan tu",balas Kemi.

"Tapi kenapa?Lagipun,pengawal peribadi Puteri Einhart ..."

"Sebab,beta nak jadikan pengawal peribadi dia sebagai Knight kerajaan ini.Beta harapkan kamu,Ken",kata Kemi tersenyum manis.

"...menurut perintah,tuan puteri.Patik pasti akan memenangi perlawanan tersebut",kata Kemi.

-------------------------

BAM!

Mimi mengelak serangan Ken dengan melompat ke atas.Lantai gelanggang perlawanan merekah kerana kapak Ken yang terkena gelanggang perlawanan.

Semua penonton bersorak dengan kuat.

Ken mengangkat kapaknya dengan laju ke arah Mimi.

"!"

BUK!

Tubuh Mimi jatuh atas lantai gelanggang.Ken masih berdiri di tempatnya.

"Pweh,aku lupa yang kau boleh bergerak dengan laju",kata Mimi.Dia berdiri perlahan-lahan.

"..walaupun kau lupa,tapi kau tetap dapat tahan serangan aku dengan menggunakan pedang kau sebagai perisai",kata Ken.

"Hm?Dah tu,takkan aku nak biar jer kapak kau kena muka?",kata Mimi.

"Beritahu aku,kenapa kau nak jadi pengawal peribadi kerajaan Asteon?Melalui kebolehan berlawan kau,ramai orang nakkan kau",kata Ken.

Mimi mendiamkan diri.Dia berfikir sebentar.

"Hm...sebab..Einhart adalah kawan baik aku.Jadi,mestilah aku kena buat sesuatu untuk dia sebagai kawan",balas Mimi.

"Kawan baik atau Puteri Einhart adalah kawan kepada kawan baik kau?",soalan Ken membuatkan Mimi terkejut.

"..mana kau tahu tentang dia?",soal Mimi.Genggamannya pada hulu pedang makin kuat.

"Aku tak siasat,tapi aku hanya dengar khabar angin sahaja.Iaitu kawan baik Puteri Einhart,mati kerana menyelamatkan seorang gadis",kata Ken.

"Jadi,kenapa dengan tu?Tak kira apa pun,Einhart tetap kawan aku",kata Mimi.

"Dan,gadis yang diselamatkan dia,adalah kau kan?",soal Ken lagi.

Mimi mendiamkan diri.Einhart hanya memandang sayu sahaja Mimi.

"Siapa?",soal Alina.Yang lain mengangkat bahu,menandakan mereka tak tahu.

"Kalau betul,kenapa?",soal Mimi.

"Jadi,khabar angin itu betullah,urm....apa nama kau?",Ken memegang dagunya.

"Mi--"

"Ah!Aku dah ingat,Tenshi bukan?",kata-kata Ken membuatkan keadaan arena perlawanan riuh rendah.

Seven Princesses,Spirits of Elementals dan Cerberus kecuali Akram dan Shafiq berasa pelik kerana semua penonton macam terkejut selepaa dengar nama 'Tenshi'.

Tenshi yang berdiri di satu tempat dengan mendukung Misa yang sedang tidur hanya membuat muka selamba.

Tenshi,Akram dan Shafiq tahu kenapa keadaan jadi riuh-rendah mendengar nama 'Tenshi'.

"Huh?Kenapa dengan mereka  semua?",soal Mel.

Einhart yang duduk bersama dengan pewaris kerajaan lain,hanya menggengam kedua belah tangannya dengan berharap tiada apa-apa yang buruk berlaku.

Manakala digelanggang perlawanan,Mimi masih mendiamkan diri.Ken pula hanya menanti jawapan Mimi.

"....."

Mimi mengeleng kepala.

"Eik?Kau bukan Tenshi?Tapi muka kau dengan dia sama",kata Ken.

"Tenshi bukan nama saya.That's my mother name",kata Mimi.

"Oh..jadi kau anak dia,patutlah mu-",Ken berhenti bercakap.Dia memandang Mimi dengan muka terkejut sekali walaupun mukanya tak dapat dilihat kerana helmet perisai yang dipakainya.

"Nanti,kau anak perempuan dia?Tapi,kalau ikutkan,umur Tenshi patutnya sekarang adalah 14 tahun..tapi...badan kau remaja..",kata Ken terkejut.

"Aku memang anak perempuan kepada Tenshi,Magician kelas S",kata Mimi.

"I....itu mustahil.!Kalau kau anak dia,umur kau mesti sekitar-",Ken makin gelabah.

"Nama saya Arisa Mimi.Walaupun badan saya remaja,saya boleh bercakap dengan lancar,bertarung,tetapi umur saya adalah..."

"..sudah masanya untuk kau dedahkan segalanya,Mimi",kata Tenshi.

"4 tahun",kata Mimi.

Keadaan riuh-rendah menjadi sepi.Semua penonton terkejut,lebih-lebih lagi Cerberus kecuali Shafiq dan Akram,Seven Princesses
dan pewaris kerajaan lain.

"E..em...empat..ta...tahun...?",kata Crystal.Seluruh badannya mengeletar.Halilitar mengangguk.

Mia yang berdiri disebelah Puteri Einhart,matanya berpusing-pusing kerana dia terkejut dengan apa yang Mimi katakan.

"Empat tahun?!Tapi kenapa badan kau-"

"Sebab aku tak lahir seperti manusia yang lain.Aku dilahirkan daripada perasaan ibu aku.Ketika aku 'dilahirkan',badan aku memang macam ni",kata Mimi memotong percakapan Ken.

CRUSH!

Gula-gula yang ada dalam mulut Shafiq pecah kerana digigit terlalu kuat.

"Hm,mesti yang lain terkejut dengar yang ahli terkuat organisasi kita adalah gadis yang berumur 4 tahun",kata Shafiq.

"Mestilah terkejut",kata Akram.

"La...lahir dari perasaan?",kata Ken.

"Ya.Lagipun,rasanya kau tahu kan,yang ibu aku tak boleh lahirkan anak langsung ",kata Mimi.Ken mendiamkan diri.

"Ya,aku tahu.Tenshi tak dapat lahirkan anak,semuanya kerana perbuatan kejam Raja kepada Kerajaan Alveon",kata-kata Ken membuatkan Seven Princesses terkejut.

'Perbuatan ayahanda?!'






Yo!Maaf sebab lama tak update cerita ni!

Yeah!Akhirnya readers dah tahu berapa umur Mimi!

Siapa tak percaya umur Mimi adalah 4 tahun?Angkat tangan!

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang