Bandar A
Semua orang melarikan diri daripada seekor raksasa yang besar.Kedua tangan raksasa itu memegang beberapa orang.
'GARHH!"
Raksasa itu membuka mulut,ingin memakan orang yang ditangkapnya itu.Semua yang ditangkapnya itu menangis ketakutan.
Ketika itu,seseorang berlari dengan laju ke arah raksasa itu,kemudian melompat hingga menyebabkan jalan itu berlubang.
"HARGH!",orang itu menendang dahi raksasa itu dengan kedua belah kakinya.
Raksasa itu kehilangan keseimbangan dan genggaman tangannya terhadap penduduk bandar itu terlepas.
"Lari secepat mungkin!",kata orang itu apabila kakinya mencecah atas jalan.
Mereka semua terus melarikan diri tanpa berlengah.Apabila kelibat mereka semakin menghilang,orang itu memandang ke depan dan mendapati yang raksasa itu mahu memijaknya.
"A...?!",orang itu terkejut.Apabila sedikit sahaja lagi kaki raksasa itu memijak kepalanya..
ZAP!
Satu sinaran cahaya mengenai kaki raksasa itu,menyebabkan kaki raksasa itu terpotong,tanpa ada darah memancut keluar.
Orang itu terkedu melihatnya.Raksasa itu pula jatuh ke belakang dan gegaran yang kuat berlaku.
BAM!
".....aduh!"
Orang itu mengadu sakit apabila pipi kanannya yang lembut itu dicubit.
"Aku dah kata kan...jangan bertindak seorang diri",kata Solar lalu mencubit satu lagi pipi Alina.
"Sakit sakit!Maaf...!",kata Alina memegang kedua tangan Solar,meminta agar boyfriend -nya itu berhenti mencubit pipinya.
Solar tersenyum lalu melepaskan cubitannya pada pipi Alina.Alina menggosok pipinya yang kemerahan itu.
"Boleh ke kau lawan dengan pakai skirt tu?Dengan kasut yang tumitnya tinggi..walaupun tak setinggi mana",kata Solar.
Alina tersenyum sinis.
"Heh..jangan risau!Sebab aku pakai seluar dalam skirt ni!",kata Alina mengangkat sedikit kainnya yang paras lutut,menampakkan seluar jeans yang dipakai di dalam.
"Lagipun tumit kasut ini boleh ditanggalkan",kata Alina lalu mencabut tumit kasutnya dengan senyuman di muka.
Solar menjentik dahi Alina.
"Hah....nampaknya sifat kelelakiannya memang takkan berkurang...",ngeluh Solar dengan suara yang perlahan.
Alina pula bingung,kenapa dahinya tetiba sahaja dijentik.
"Hm...tapi,rasanya lebih baik kita tumpukan perhatian pada pertarungan ni..",kata Alina memandang ke arah depan.
"Ya",kata Solar.
Di hadapan mereka,ada 5 raksasa yang besar termasuk yang kakinya terpotong akibat serangan Solar.
------------------------------
Darah merencik di mana-mana.Pihak musuh semuanya cedera dengan ada beberapa pisau ditikam pada badan mereka.
"T....tak guna kau!!",seorang lelaki meluru ke arah orang yang menyerang mereka,iaitu seorang gadis.
Gadis itu,riaknya mukanya masih tenang.Di tangannya ada beberapa pedang pendek di setiap celah jarinya.
Gadis itu melempar semua pedang pendek ke arah lelaki itu dengan dirinya berpusing.
YOU ARE READING
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
De TodoBekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui...