Spirit 86-20 Minutes

685 58 22
                                        

Thunder Kingdom

GULP!

Sara,yang masih berada di dalam air,mahu berenang ke atas.Tetapi terhenti apabila ternampak Mia.

Mia mungkin dah pengsan,kerana gadis itu langsung tak bergerak.

Sara berenang dengan pantas ke arah gadis itu,sebelum Mia dihanyutkan lebih jauh.

Apabila dia sampai dekat dengan Mia,pinggang gadis itu dipeluk dengan tangan kirinya.

Tangan kanannya dihulurkan ke atas.Satu simbol magik muncul di udara,tinggi daripada permukaan air.

Satu rantai besi keluar daripada simbol magik tersebut,pergi ke arah Sara yang masih berada dalam air.

Pergelangan Sara dililit dengan rantai tersebut.Dia memegang rantai tersebut.

Tubuh Sara ditarik ke atas apabila rantai besi itu seperti masuk semula ke dalam simbol magik.

BWOSH!!!

"Hargh!",Sara mengambil nafas apabila dia keluar daripada air.

Gadis itu berada tinggi di udara,bersama dengan Mia yang masih pengsan.

Simbol magik yang mengeluarkan rantai itu lenyap.Sara menyeru satu lagi simbol magik di bawah tapak kakinya,membuatkan dia terapung di udara.

"Hah..hah...Mia..!"

Mia yang dipeluk olehnya dilihat.Sara menepuk perlahan pipi gadis itu.

"Urgh.....!",Mia membuka matanya perlahan-lahan.

Sara tersenyum apabila gadis itu sedar.Mia terbatuk.

"Hah....apa yang jadi...?",soal Mia memandang ke arah Sara.

Rambut tepi coklatnya yang basah,diselitkan ke belakang telinga.

"Kamu akan faham,selepas lihatnya..",Sara menunding jari telunjuknya ke hadapan.

Mia melihat ke hadapan,arah Sara tunjuk.Mata gadis itu membulat melihatnya.

"Kamu boleh terapung sendiri,kan?",soal Sara.

Mia mengangguk.Pelukan Sara pada pinggangnya dilepaskan.

Mia terapung di udara dengan kuasanya sendiri.

"Kita...kena lawan dengan makhluk mitos ni...?",kata Mia,yang masih terkejut.

"Ya...makhluk mitos Scylla"

makhluk mitos Scylla"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Wah!!!"

Crystal cuba mengelak ke tepi apabila salah satu seperti tentacle  Scylla menuju ke arahnya,tetapi disebabkan berada dalam air,dia tak dapat mengelak.

Tentacle tersebut semakin mendekatinya.Crystal,tidak mampu bergerak dengam bebas dalam air,menutup matanya dek ketakutan.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang