Spirit 98-To The Castel!

710 60 49
                                    

Di hadapan istana Alvisa Kingdom

SUU

Tubuh Akemi keluar daripada portal hitam tersebut.

"Hm?Tuanku arahkan kau untuk satu kumpulan dengan aku?",soal Akemi.

Mizuki mendencit.

"Diamlah budak kecil.Aku kalau boleh tak nak pun satu kumpulan dengan kau,tetapi disebabkan ianya arahan tuanku...aku terima",kata Mizuki.

Akemi hanya memandang kosong ke arah Mizuki.

"Aku pun tak nak satu kumpulan dengan kau.Menyusahkan jer",kata Akemi lalu meng flip kan rambutnya dengan senyuman sinis.

Mizuki mengetap gigi,geram.

"Oh,well...agaknya boleh ke mereka menang dalam perang ni?",soal Akemi cuba menukar topik.

Malas nak dia nak berperang mulut dengan Mizuki.

"Mestilah tak.Sebab mereka semua sibuk lawan dengan Michenda yang kau hantar dalam bilangan yang banyak,pasti mereka kehabisan tenaga selepas bunuh semuanya",balas Mizuki,berpeluk tubuh.

"Haha,betul.Berterima kasih kepada aku",kata Akemi dengan angkuh.

Mizuki menggepal penumbuknya,menahan sabar.

"Kalau macam tu,baik tak payah tunggu kat sini sekarang.Buang masa jer menunggu mereka",kata Mizuki.

"Jadi,sementara tunggu mereka,boleh luangkan masa dengan kami?"

SWOSH!

CHLING!!

Mizuki menahan hayunan pisau seseorang dengan sabitnya.

Manakala pelindung halimunan di sekeliling Akemi menahan libasan kapak seorang lelaki.

"Siapa kamu berdua?",soal Akemi dan Mizuki serentak.

Dua orang yang menyerang mereka menarik senjata dan melompat ke belakang.

"Huh?Nanti,bukan ke kau salah seorang dari operator kerajaan ni?",soal Akemi kepada yang bersenjata kapak panjang.

"Ya,tetapi aku hanya menyamar sahaja.Sama juga dengan gadis di sebelah ni",kata bersenjata kapak panjang, seorang lelaki.

Gadis yang menyerang Mizuki tadi memakai topeng yang menutup keseluruhan mukanya.Dia memakai kot putih yang panjang seperti kot makmal,kemeja berwarna hitam dan seluar pendek berwarna putih.

Rambutnya yang setakat paras bahu diikat ke belakang.

Dialah yang telah membunuh askar Otto di salah satu markas yang terletak di Fury Kingdom.

"Astral,rasanya kita kena tewaskan gadis berambut hijau itu dengan cepat.Kalau tewaskannya,mungkin portal hitam yang mengeluarkan semua makhluk jijik itu akan hilang",kata gadis bertopeng.

"Ceh.Tak boleh ke kalau aku bunuh dia sahaja,Liliana?",soal Astral.

"Itu terpulang kepada kau.Saya hanya sampaikan,apa yang Tuan Alaias katakan",kata Liliana.

Mendengar perbualan mereka,ia buatkan Akemi berasa geram.

"Hei....kamu berdua pandang rendah pada saya ke...?Macamlah....saya akan tewas dengan mudah!"

Portal hitam yang kecil muncul di belakang Akemi.Satu tombak keluar dari portal tersebut,menuju ke arah Astral.

KRAK!

Tombak tersebut berkecai apabila Astral menghayun kapaknya.

"Dan bukan senang untuk kalahkan aku",kata Astral dengan senyuman.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now