Spirit 69-Ice's Battle

748 68 10
                                    

Aqua Kingdom

"Mara!Jangan berundur walaupun selangkah!",kata seorang lelaki yang menutup luka di kepalanya dengan tangan.

Askar-askar di belakangnya menuju ke hadapan dengan menjerit kuat.Mereka semua meluru ke arah seorang lelaki bertopi.

Lelaki itu tersenyum sinis.

ZUP!

CHACK!

"ARGH!!!"

Semua askar menjerit kesakitan.Mereka rebah ke tanah.

"Berapa ramai lagi kau nak aku bunuh?Kenapa tak teruskan sahaja perlawanan kita?",kata Rhombus tersenyum.

Kad-kad besinya yang tertikam pada badan askar-askar kembali ke tangannya semula.

"Urgh....!",lelaki itu mengetap gigi geram.Tombaknya yang berada atas tanah dipegang.

Dia menuju dengan laju ke arah Rhombus.

"HARGH!!!"

Tombaknya menuju ke muka Rhombus.Rhombus mengelak serangan tersebut dengan menyengetkan kepalanya ke kiri.

SPLASH

Darah memancut keluar daripada perut lelaki tersebut yang ditikam dengan beberapa kad besi Rhombus.

Lelaki itu rebah ke tanah.Kad besinya kembali semula ke Rhombus.

Rhombus menghela nafas.Dia berjalan ke hadapan,memijak badan lelaki tersebut.

"Mana gadis semalam?Aku nak bunuh dia hari ni",kata Rhombus.

"Tembakan Meriam Pembeku"

Satu tembakan menuju ke arah Rhombus dari kiri.Rhombus memandang ke arah kirinya.

SHAHRK

Ceracak ais yang besar dan tinggi muncul.Tanah yang dalam lingkungan beberapa meter membeku.

".....what the heck...?",kata Rhombus yang terkejut.

Rhombus pasti akan beku kalau dia tak halang serangan tersebut dengan kad besinya.

TAP

Langkah seseorang berhenti.Rhombus memandang ke arah orang tersebut,iaitu Ice.Tangan kiri Ice disaluti dengan ais yang menjadi meriam.

"Oh?Kau ke yang serang aku?",soal Rhombus.

"Ya",kata Ice.Dia mengacukan meriam ais tangannya ke arah Rhombus.

Rhombus membaling kad-kad besinya ke arah Ice.Semua kadnya menuju ke Ice dengan laju.

Meriam ais milik Ice melepaskan tembakan menuju ke arah Rhombus.Rhombus membaling satu kad besinya ke tembakan Ice.

Ice melompat,mengelak serangan Rhombus.Kesemua kad Rhombus mengenai tanah yang dibekukan.

SPASH

Kad besi Rhombus mengenai tembakan air yang ditembak oleh Ice.Badan Rhombus basah lencun walaupun dihalang dengan kadnya.

"Air ke..",kata Rhombus.

Ice yang masih di udara,memandang ke arah Rhombus dengan tenang.

"Freeze",kata Ice.

Air yang ada pada pakaian Rhombus membeku menjadi ais.Kad besi Rhombus yang terkena tembakan air membeku.

"Urgh!",Rhombus menanggalkan pakaiannya sebelum dibekukan sepenuhnya.

Pakaiannya yang ditanggalkan beku sepenuhnya,dan berkecai.

Rhombus yang melihat,terkejut.

"Kalau kau lambat tanggalkan pakaian kau,kau akan beku sepenuhnya dan hancur",kata Ice mendarat atas tanah yang beku dengan selamat.

".....nampaknya aku bertembung dengan lawan yang kuat",kata Rhombus tersenyum.

"Aku tak peduli kau anggap aku kuat atau sebaliknya...asalkan aku lawan kau,itu sahaja",kata Ice dengan dingin.

"Hm...nampaknya aku akan tangguhkan pencarian aku..",kata Rhombus memegang dagunya.

"Kalau kau nak lawan dengan Zara,gadis yang kau lawan semalam,dia tak sertai perang hari ni",kata Ice.

"Huh?Dia tak sertai hari ini?",kedua tangan Rhombus diletakkan pada pinggangnya.

"Lemahnya dia...kalau aku tahu macam ni,sepatutnya aku bunuh jer dia semalam",kata Rhombus.

Mendengar kata-kata Rhombus,Ice mengetap gigi geram.

Beberapa orang menuju ke arah Ice.

"Ice,kami akan lawan--!",mereka semua menghentikan langkah apabila secara tetiba dinding ais yang tinggi muncul.

"Jangan masuk campur.Ini perlawanan antara aku dan dia",kata Ice.

"T...ta-!"

"Kalau tak nak mati,lebih baik pergi",kata Ice dengan dingin.

Mereka semua menggigil ketakutan.

"Oh,jadi kau bina dinding yang memisahkan perlawanan kita dengan perang di luar?",soal Rhombus.

"Ya,supaya aku dapat lawan kau,seorang",kata Ice.

Rhombus tersenyum.

"Baik....aku akan buat kau menyesal,kerana memilih untuk berlawan seorang diri dengan aku!",kata Rhombus membaling kad-kad besinya ke arah Ice.

Pada masa yang sama,Asteon Kingdom,pangkalan organisasi

"Di Aqua Kingdom,Ice sedang berhadapan dengan salah seorang Vanishing Rog--"

"Tak perlu beritahu saya.Saya dah jangkakan Ice akan berlawan dengan Rhombus",kata Misa.

Kedua belah kakinya bersilang,tangan kirinya menongkat pipi kirinya.

"Eh?"

"Kamu semua tak perlu risaukan tentang Ice.Saya dah berikan dia strategi berlawan untuk berhadapan dengan Rhombus",kata Misa.

"B...but,how..?"

"Saya terima laporan dari Ice,yang Zara cedera teruk berlawan dengan Rhombus.Dengan tiada pengguna magik pemulihan di Aqua Kingdom,Zara pasti takkan dapat sertai perang hari ini.

Zara pasti nak sertai perang,dan Ice akan halang dia.Dan Ice akan berlawan dengan Rhombus,untuk balas atas apa yang dia lakukan pada Zara",terang Misa.

FLASHBACK

Beberapa minit sebelum Ice pergi ke medan perang

"Zara,kau kena berehat",kata Ice.

"Tak...aku tetap akan sertai perang hari ni....",kata Zara.Gadis itu turun dari katilnya.

"Cik Zara,luka cik belum sembuh!Kalau cik paksa diri,luka tu akan terbuka!",kata seorang ahli perubatan.

Zara mengetap gigi geram.

"Jadi?!Adakah hanya kerana saya cedera teruk di perut,saya tak boleh sertai perang hari ini?",kata Zara dengan suara yang kuat.

"Apa yang dia katakan betul,Zara",kata Ice.

"Jadi saya kena berbaring atas katil,sehingga luka saya pulih sepenuhnya?Jangan harap!

Saya akan lawan semula dengan lelaki tu,dan akan kalahkan dia hari ini!Jangan halang aku,Ice!",kata Zara.

Zara terkaku apabila tapak tangan kanan Ice didekatkan dengan wajahnya.

Kelopak mata gadis itu tertutup perlahan-lahan.Tubuhnya yang hampir jatuh disambut oleh Ice.

"What a sturborn girl...",kata Ice mengeluh.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now