KRAK!KRAK!BOOM!
Lantai merekah sedikit kerana sesuatu yang kuat dan laju jatuh atasnya.
"Hah!",seorang gadis bermata biru meluru laju ke arah seorang lelaki bermata emas.
Lelaki itu menghentak kaki kanannya dan ceracak tanah yang tajam keluar dari lantai menuju ke gadis itu.Gadis itu mengetap giginya dan melompat ke atas.
Dia mendarat atas ceracak tanah.Tapak kaki kanannya tak tertembus dengan ceracak tanah yang tajam itu.Gadis itu menuju ke arah lelaki itu dengan berlari ataa ceracak tanah.
Lelaki itu tersenyum.Dia hanya berdiri tanpa melakukan apa-apa pergerakan.Gadis itu melompat tinggi ke atas dan berputar.
"Aahh!",kata gadis itu apabila dia menuju ke bawah.Dia bersedia untuk menyerang lelaki itu.
Apabila jarak mereka makin dekat,lelaki itu menghayunkan tangan kanannya kearah gadis itu dan tanah yang berbentuk tangan keluar dari lantai dan menuju ke gadis itu yang masih berada di udara.
"!"
BOOM!
Gadis itu terpelanting ke belakang.Tanah yang berbentuk tangan itu pecah kerana gadis itu tendang tangan tanah tersebut apabila semakin dekat.
Gadis itu terjatuh atas lantai.
Tanpa berlengah,gadis itu berdiri dengan cepat dan meluru ke arah lelaki itu.Perasan akan tindakan gadis itu,lelaki tersebut juga meluru ke depan.
"ARGH!",jerit mereka berdua apabilq semakin dekat.Gadis itu berhenti berlari dan menghayunkan kaki kirinya dan lelaki itu menghayunkan penumbuk kanannya.
BEEP!BEEP!
KBOM!
Angin yang kencang berlaku membuatkan orang lain yang memerhatikan pertarungan mereka menutup mata dan lindungi muka menggunakan tangan.
Angin mula reda.
"Hah...hah..."
Debu-debu mula menghilang.
Gadis itu berada di hujung gelanggang dengan keadaan terbaring manakala lelaki itu pula berada di hujung gelanggang dengan berdiri.
"Ergh....",kata gadis itu bangun.Penglihatannya sedikit kabur kerana mendapat tumbukan yang kuat di kepala.
"Wah,skill kau dah bertambah kuat",kata lelaki itu.
"Terima kasih...",kata gadis itu berdiri perlahan-lahan.
CLAP!CLAP!
"Wah!Dahsyat betul kamu berdua berlatih.Macam berlawan betul-betul",kata Taufan menepuk tangan.
"Oh ya ke?Tak tahu pula...",kata gadis itu mengaru belakang kepalanya yang tak gatal.
"Dahsyat ke,apa luka tu kena dirawat dulu",kata Ice memegang peti kecemasan.
"Tapi,memang hebatlah tadi,Asya!",kata Crystal.Asya tersenyum kecil berjalan ke arah Ice dengan terhuyung-hayang.
Gempa pula menulis sesuatu atas kertas.Darah yang mengalir dari lukanya dibiarkan sahaja.
Ice merawat luka Asya dengan cekap.Pendarahan juga dihentikan.
"Kamu dapat berlawam hingga 30 minit.Lain kali,kita akan cuba 40 minit,okey?",tanya Gempa.
"Okey!",kata Asya tersenyum.Ketika itu,mereka terdengar bunyi bising dari gelanggang C.
KLANG!KLANG!
SKRETH!
Alina terundur ke belakang begitu juga dengan Solar.Mereka berdua berpeluh teruk.
YOU ARE READING
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
AléatoireBekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui...