Spirit 52-A Improve

926 75 22
                                        

"Urgh....."

"Mimi,kau okey tak?",soal Mia kepada Mimi yang duduk bersandar pada dinding,sambil memegang kepalanya.Dia nampak tak berapa sihat.

"Kepala aku sakit jer...jangan risau..",kata Mimi.

Mereka berdua berada dalam bilik latihan,tetapi disebabkan Mimi secara tetiba pengsan,latihan mereka berdua dihentikan sementara.

Ahli organisasi yang lain sedang berlatih dengan keras.

"Semua orang berusaha keras nampaknya",kata Mia.

"Ya...sebab ada beberapa hari sahaja lagi sehingga peperangan...",kata Mimi tanpa semangat.

"Kalau dah tahu tak sihat,rehat jerlah",kata Luxalia yang tetiba berada di sebelah Mimi,membuatkan Mia terperanjat.

"Diam,orang tua",kata Mimi mengetuk kepala Luxalia dengan pedang putihnya yang disarung dengan sarung pedangnya.

"Ouch!Macam ni ke kau layan bakal ayah mertua kau?",kata Luxalia dengan geram.

BOK

Sekali lagi,kepala Luxalia diketuk,oleh Hana.

"Abang,jaga sikit perangai tu",kata Hana dengan lemah lembut.Dia senyum apabila terpandang Mia.

Mia membalas senyuman wanita jelita itu.

"Awak pula buat apa kat sini?",soal Luxalia.

"Ketuk kepala abang,sebab memalukan sahaja",kata Hana.

"Hah?!Apa awak cakap tadi?",soal Luxalia.

"Abang ni memalukan sahaja",kata Hana dengan senyuman manis.

Maka,berlakulah perang mulut antara suami isteri tersebut.Mia hanya memandang mereka berdua sambil ber sweatdrop.

Manakala Mimi,badannya menggeletar,menahan kemarahannya meletus.

"Ayah...ibu..berhentilah bergaduh...",kata Arago.

"Ya!Ayah dan ibu ni memalukan kami berdua sahaja",kata Arie.

Luxalia dan Hana memandang ke arah mereka berdua.

"Diam!Jangan sibuk hal orang tua!",jerit mereka berdua.

Manakala Mimi,matanya bersinar kemerahan.Mia menjauhkan diri daripada Mimi.

Aura membunuh muncul dari Mimi.

"Kamu berdua....DIAMLAH!!",marah Mimi sambil memulas telinga Luxalia dan Hana dengan kuat.

"OUCH!!!"

"Ouch...ouch...Mimi,berhentilah pulas..sakit",kata Hana.

"Kalau macam tu,senyap jer!Jangan nak bergaduh kat sini!",kata Mimi lalu Luxalia dan Hana dicampak keluar dari bilik latihan.

"Salah abanglah ni!",kata Hana.

"Eh,aku pula!Awak yang mula dulu!",kata Luxalia.

"Aku kata diam kan?!Kamu berdua sama jerlah!",jerit Mimi sekali lagi sebelum menghempas pintu.

Arago yang melihat hanya tersenyum sambil bersweatdrop.Arie pula bersembang mesra dengan Mia.

Mimi terduduk di depan pintu bilik latihan.Tangan kirinya memegang dahinya.

"Urgh...kepala aku makin sakit...",kata Mimi.

--------------------------

TING!TING!

Bunyi pedang berlaga kedengaran di gelanggang yang digunakan oleh Alina dan Ayumu.

"Wah!Kau dah dapat dekatkan diri dengan aku!",kata Ayumu tersenyum.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang