Spirit 47-Otto Siegfied

905 74 35
                                        

"Bukan Crystal?Maksud kau?",soal Kaizo.

"Aku rasa,pemerintah kerajaan itu arahkan orang bawahannya untuk menculik Crystal adalah kerana dia tahu kuasa Crystal adalah Memoir,yang dicipta oleh Sara",kata Tenshi.

Kaizo,Sprainter dan Einhart terkejut.

"Adakah itu bermakna...?",Einhart tidak meneruskan percakapannya.Riak mukanya jelas menunjukkan dia terkejut.

Tenshi mengangguk.

"Ya.Aku rasa pemerintah itu mahukan kuasa Memoir yang merupakan kuasa Crystal",kata Tenshi.

Semua ahli organisasi yang berada di situ terkejut.

"Kalau begitu,ianya bahaya!Lebih baik kita..!",belum habis lagi Nuriah habis bercakap,Shafiq memotong.

"Tak boleh.Kita tak boleh terburu-buru untuk pergi ke kerajaan itu",kata Shafiq.

"Betul.Kalau kita terburu-buru,berkemungkinan operasi menyelamatkan Crystal gagal",kata Sprainter.

"Habis,bila kita akan selamatkan Crystal?!",soal Risa.

"Ketika perang pada bulan depan",balas Sprainter.

Asya,Asyi,Risa,Zara,Mel dan Alina terkejut,begitu juga Spirits of Elementals dan Cerberus.

"Apa?!Biar betul?!"

"Ya",kata Kaizo.

"Tapi,macam mana kalau mereka dah ambil kuasa Crystal?",soal Yuuki.

"Itu takkan berlaku"

Suara seseorang mengejutkan semua orang yang berada dalam bilik mesyuarat.Mereka semua menoleh ke arah pintu.

Seorang gadis berambut putih panjang dan bermata merah berdiri di pintu.

"Huh?Siapa tu?",soal Ice.

Gadis itu mendengar apa Ice katakan,tersenyum.Jari telunjuk kanannya menyentuh bawah bibirnya.

"Hm~?Takkan kamu semua tak kenal wajah ni?",soal gadis itu.

Pelik dengan soalan gadis itu,Ice melihat wajah gadis itu dengan teliti.

"....nanti...wajah tu..!",Ice terkejut.

Gadis itu masih tersenyum.Dia berjalan masuk ke dalam bilik mesyuarat.

"Haha!Tak sangka dengan hanya warna rambut dan mata berubah,kamu semua tak dapat kenal siapa saya♡",kata gadis itu dengan gembira.

Tenshi yang berada atas pentas,sekali dengan Sprainter dan Kaizo berada dalam posisi sedia menyerang.

Tangan Tenshi bercahaya putih,topeng Sprainter kelihatan muncul satu corak manakala Kaizo memegang hulu pedangnya yang tersisip dipinggang.

"Apa yang kau buat kat sini?",soal Tenshi.Walaupun wajahnya tak dapat dilihat kerana topeng muka yang menutup bahagian atas wajahnya,tetapi melalui nada suara jelas dia tengah marah.

Gadis itu mengeluh.

"Haih..janganlah risau sangat.Aku takkan serang langsung,mama",kata gadis itu mengejutkan ahli organisasi.

Akram yang sedang meneguk air,tersembur air itu dari mulutnya kerana terkejut.Tetapi tidak terkena Nuraiza kali ini kerana gadis itu duduk jauh dari Akram.

"M....Mama?!Mustahil,dia tu..!",Akram mengelap mulutnya.

Gadis itu berpusing sambil menyanyi.

"Hm~🎵hm~🎵~",gadis itu berhenti pusing apabila dia berada di depan pentas.

"Yup,saya adalah Mimi!Tetapi dirinya yang lain!",kata Mimi atau dikenali sebagai Kuro Mimi sambil buat peace✌ dengan tersenyum.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang