Spirit 78-Allies become Enemy

719 60 15
                                        

Beberapa minit sebelum ini,

GROHW!!

Afrie menghayun kaki depannya dengan kuku dikeluarkan ke arah Mimi.

ZAP!!

Tanah yang terkena cakar Afrie hancur.Mimi mendarat atas tanah dengan sebelah kaki.

Afrie menyerang Mimi sekali.Apabila cakar Afrie hampir mengenai Mimi,kelibat gadis itu hilang.

BAM!!

Tanah hancur mengenai serangan Afrie.

Mimi muncul atas Avra yang duduk atas Afrie.Pedangnya dihayunkan ke arah Avra.

TING!!

Pedang Mimi dihalang dengan busur Avra.

"Cis..",Mimi mendencit.

Avra menarik tali busur dan empat anak panah muncul.

Mimi terus menarik pedangnya semula.

Belum sempat gadis itu nak melarikan diri,empat anak panah yang berwarna ungu,kuning,kelabu dan hitam ditembak ke arahnya apabila Avra melepaskan tali busur.

Anak panah berwarna ungu menjadi banyak,manakala anak panah berwarna kuning,kelabu dan hitam menuju ke Mimi dengan laju.

SHRIK

Kelibat Mimi yang hilang,muncul di bawah,tidak jauh daripada kedudukan Afrie.

Pipi kirinya mengalirkan darah.

"Oh?Nampaknya kau terkena satu serangan aku",kata Avra,tersenyum.

Mimi mengelap darah lukanya dengan belakang tapak tangan.

'...anak panah dia mempunyai warna yang berbeza..dan setiap warna itu mempunyai ability yang berbeza..'

Fikir Mimi.

"Hanya satu serangan sahaja,jangan nak bongkak.Jika dibandingkan dengan kau semalam...",Mimi berkata dengan sinis.

Ianya membuatkan Avra marah.

"Semalam kerana aku tak berada di tempat tinggi...pertarungan jarak dekat memang bukan kemahiran aku.Tapi,sekarang berbeza!",Avra menarik tali busurnya dan 5 anak panah berwarna biru muda muncul.

Kelima-lima anak panah ditembak ke arah Mimi.Avra menarik tali busurnya semula dan 5 anak panah yang sama muncul.

KRACH

Satu anak panah biru terpotong dua kerana Mimi menghayun pedangnya.Mimi melompat ke belakang,mengelak empat lagi anak panah yang lain.

Tetapi,keempat anak panah itu bertukar arah,menuju ke Mimi.

"Apa?!",Mimi terkejut.

Avra hanya tersenyum.Gadis itu menembak 5 anak panah yang sama kemudian menarik tali busurnya semula.

Dia mengulangi perbuatan tersebut berulang kali.

Mimi berlari dengan pantas,mengelak daripada serangan Avra.

"Tak guna kau lari!Anak panah berwarna biru itu tetap akan ikut kau!",kata Avra.

Mimi memandang ke belakang,ke arah Avra.Dia mendencit.

Afrie melompat ke atas.Singa putih gergasi itu mendarat di hadapan Mimi,membuatkan Mimi memberhentikan lariannya.

Afrie menyerang Mimi dengan menghayun kaki depannya yang mengeluarkan cakar.

GWORH!!

THUM-P!!

Tanah yang berdirinya Mimi merekah.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang