"Kau kata kekuatan kau setanding dengan lelaki...tapi aku rasa ianya tak",kata Vesh.
Ayumu yang terbaring atas tanah,terjatuh kerana kakinya terkena salah satu serangan Vesh,mengetap gigi geram.
"Lagipun,mustahil untuk kaum perempuan setanding dengan kaum lelaki"
Muncul sesuatu seperti sepasang sayap berwarna kuning di belakang badan Vesh.Bebola cahaya berwarna kuning muncul pada sayap tersebut,dan ditembak menuju ke Ayumu.
ZWOSH
"Urgh....!"
Ayumu cuba untuk berdiri,tetapi kerana luka di kakinya,dia tak boleh berdiri.
Perasan bola cahaya kuning semakin mendekatinya,Ayumu menghayun pedangnya ke salah satu bola tersebut.
Namun,sebaik sahaja bilah pedang Ayumu mengenai bola cahaya kuning tersebut,ianya meletup!
BOOM!
"Argh!",Ayumu tergolek ke belakang kerana letupan tersebut.
"Sangat membosankan...sebab inilah aku benci lawan dengan perempuan...terlalu yakin akan diri sendiri..",kata Vesh.
Ayumu memandang ke arah Vesh.Pedangnya tiada dalam genggaman tangan kanan.Tangan kanannya mengalami luka.
"Kenapa ada kaum perempuan yang nak berlawan?Bukan mereka tahu ke diri mereka terlalu lemah untuk berlawan?",soal Vesh.
Mendengar apa Vesh katakan,Ayumu memacakkan pedangnya ke tanah,membantu dirinya berdiri.
"Aku teringin nak tanya kau....kaum perempuan ini apa untuk kau?",soal Ayumu.Pedangnya ditarik dari tanah.
"Oh?Kaum perempuan adalah apa untuk aku?",Vesh tersenyum sinis.
Ayumu hanya memadang ke arah Vesh.
"Kaum perempuan,hanyalah pemuas nafsu untuk kaum lelaki.Tidak lebih daripada barang", Vesh berkata dengan senyuman sinis.
Mata Ayumu membulat mendengar apa Vesh katakan.
"Walaupun dalam Bloody Clan ada perempuan,seperti Avra dan Mizuki,aku tetap lihat mereka sebagai pemuas nafsu"
Ayumu mengetap gigi.
"Oh ya!Tak silap aku,kau Ayumu..Kau ada adik perempuan bernama Yuuki,betul?Dengarnya dia sangat comel,aku teringin nak rasa badan dia",kata Vesh,menjilat bibirnya.
Warna mata Ayumu menjadi merah.Pandangan matanya menjadi pandangan membunuh.
BOK!!!
Tubuh Vesh tumbang ke belakang.Dia memegang hidungnya yang mengalirkan berdarah.
Ayumu berdiri tidak jauh di hadapannya.
"Kau sentuh Yuuki walaupun satu jari....aku akan berikan kau kematian yang menyeksakan!!",Ayumu berkata dengan nada marah.
Kaki kanannya yang luka menggigil kerana dia tendang muka Vesh dengan kaki tersebut.
Vesh berdiri.
"Haha!!Bagus!Itu wajah yang aku teringin nak tengok!Wajah yang penuh dengan kemarahan!",Vesh berkata dengan teruja.
"Aku teringin nak tengok,wajah apa yang kau akan buat apabila aku rosakkan maruah diri kau dan ad-!"
Kata-kata Vesh terhenti apabila bahu kirinya memancutkan darah.
"Huh....?ARGH!!!!",Vesh menjerit kesakitan.Bahu kirinya dipegang.
Vesh memandang ke arah Ayumu.Gadis itu masih berdiri di tempat yang sama.
ANDA SEDANG MEMBACA
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
RandomBekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui...
![Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]](https://img.wattpad.com/cover/136772172-64-k233988.jpg)