"Huh....siap"
Gadis itu menghela nafas seraya mengelap peluh di dahinya dengan belakang tapak tangannya.
Di hadapannya ada banyak kayu api.
Kepalanya mendongak ke atas,memandang ke langit.
"Dah nak tengahari ni....baik aku makan dulu sebelum jumpa Elliot",kata gadis itu dengan senyuman.
Dia sudah sembuh sepenuhnya selepas minum air yang diletakkan bulu pelepah sayap Elliot.
Dia menoleh ke belakang,ke arah rumahnya.
Seseorang menegurnya apabila gadis itu baru sahaja ingin membuka pintu.
"Selamat tengahari,cik",kata orang tersebut.
Dia memakai cloak berwarna merah tua yang ber hoodie.Wajahnya tak dapat dilihat kerana hoodie yang dinaikkan atas kepala.
Tangannya terdapat bakul yang terisi tiga roti.Melalui ketinggian dan suaranya,orang itu adalah lelaki.
"Selamat tengahari...",kata gadis itu,memandang ke arah orang tersebut.
"Maaflah kalau saya menganggu cik.Saya nak berikan cik roti ini",kata lelaki itu lalu menghulurkan bakul tersebut ke arah gadis itu.
"Err...urm...terima kasih....",kata gadis itu dengan senyuman yang terpaksa.
Dia mengambil bakul tersebut.
Lelaki itu tersenyum,kemudian menunduk sedikit kepalanya sebelum beredar pergi.
Gadis itu hanya memandang pelik ke arah lelaki itu.
Dia gembira dapat roti,tetapi hatinya rasa tak tenang dengan pemberian tersebut.
Seolah-olah lelaki itu ada muslihat.
"........"
Gadis itu menggeleng kepalanya dengan laju.Dia masuk ke dalam rumahnya yang kecil itu.
"Melalui penampilannya...saya rasa dia ahli sihir.....Kenapa ahli sihir berikan saya roti?Peliknya",kata gadis itu meletakkan bakul tersebut atas meja.
Kerusinya ditarik,kemudian melabuhkan punggungnya.
"Pedulikan sahajalah...baik saya makan cepat.Tak sabar nak jumpa Elliot",kata gadis itu lalu mencapai satu roti dalam bakul tersebut.
Dia kemudiannya mencapai roti yang kedua selepas yang pertama habis makan.
"........"
Dahi gadis itu berkerut.Entah kenapa,dia rasa macam tak sihat tetiba.
Namun,dia merasakan mungkin disebabkan kepenatan kerana bekerja terlalu keras.
Roti kedua telah dihabiskan.Dia mencapai roti yang ketiga.
Gigitan pertama pada roti ketiga tersebut,membuatkan gadis itu membulatkan matanya.
"Ergh......!"
Roti tersebut terjatuh atas lantai.
Wajah gadis itu pucat.Tubuhnya menggigil.
"G...hark..!"
Gadis itu muntah.Dia terbaring atas lantai.
'Ra...racun....'
ZWOSH
Elliot terbang dengan laju menuju ke arah rumah gadis itu,setelah dia merasakan sesuatu yang buruk terjadi padanya.
Elliot turun ke bawah secara perlahan-lahan apabila dia sampai di rumah gadis tersebut.
Seorang lelaki,yang bersembunyi tidak jauh daripada rumah gadis itu,mengukir senyuman jahat apabila nampak Elliot.
YOU ARE READING
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
AlteleBekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui...