Spirit 39-Failure Of First Love

971 86 27
                                    

Tinggal 2 minggu sebelum peperangan akan berlaku

Di suatu tempat

Satu susuk tubuh yang rupanya tidak dapat dilihat kerana kegelapan biliknya.Dia duduk atas kerusi,memerhati skrin hologram yang berada di depannya.

Skrin hologram itu memaparkan gambar seorang gadis yang berada di khalayak ramai dengan memakai dress ungu gelap yang ringkas,tetapi menyerlahkan kecantikannya.

"...sekejap sahaja lagi...aku akan dapat bertemu dengan kau...",katanya.

Pintu bilik yang gelap itu dibuka dari luar dan seseorang masuk ke dalam.

"Tuan,apa misi saya?",soal orang itu.

".....aku nak kamu ekori gadis ini...dan bawanya kepada aku..tanpa ada sebarang luka padanya..."

"...baiklah",kata orang itu sebelum menghilangkan diri dalam sekelip mata.

-----------------------------

Di pangkalan organisasi,bilik latihan

Seven Princesses duduk kepenatan selepas latihan mereka tamat.

"Kemampuan korang masih tak meningkat",kata Akram yang sedang menyedut air melalui straw.

"Yelah....",kata tujuh gadis itu dengan suara yang lemah.

"Jangan cakap mereka sahaja,mungkin kau pun sama.Kemampuan menurun",kata Fatini dan Nuraiza serentak.

"Eik?Kenapa pula?",soal Akram memandang dua gadis itu dengan riak terkejut.

"Kau tak pernah berlatih pun selepas digelar sebagai salah satu Cerberus.Sama seperti seorang pelari,kelajuan dan stamina dia akan berkurang sekiranya dia langsung tak menjalani latihan.

Lagipun,ketika jalankan misi,kita,Cerberus hanya gunakan sedikit sahaja kemampuan kita.Jadi,kita tetap kena jalani latihan walaupun kita sangat kuat,untuk pastikan kemampuan kita tak menurun",kata Shafiq yang berada di sebelah Akram.

"Betul",kata Fatini dan Nuraiza.

"Haih...jadi aku kena berlatih...",geluh Akram.

TING!

Angin yang kuat menyebabkan semua orang dalam bilik latihan itu memandang ke arah angin itu datang.

Angin itu datang terhasil akibat pertembungan dua pedang.Iaitu pedang Mimi dan Kaizo.

"...kuat betul mereka berdua...tapi kenapa mereka berdua berlatih bersama?",kata Crystal.

"Ianya kerana kemampuan berpedang Kaizo lebih tinggi daripada sesiapa dalam organisasi ini.Jadi Mimi minta pertolongan Kaizo untuk berlatih memedang dengan dia!",kata Mia yang muncul secara tetiba dengan senyuman manis.

"Woah!",terkejut Seven Princesses dan semua Cerberus dengan kemunculan Mia.

Nuraiza pula menjadi mangsa semburan air Akram.

"Latihan kau pun tamat,Mia?",soal Ayumu.

Di belakang,Nuraiza sedang memegang kolar Akram dengan aura menakutkan.

"Yep.Tapi malam ni pun saya akan berlatih juga",kata Mia tersenyum.

"Hm...apa kata kalau malam ni kita buat latihan juga?Memandangkan Mia yang merupakan salah satu ahli terkuat nak berlatih malam juga,jadi kamu pun kena",kata Qistina.

"Eh?!"

"Hm...tapi,sayangnya saya tak dapat lakukannya...memandangkan saya nak keluar ke bandar",kata  Risa.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now