Spirit 110-Angel Meet Girl

592 44 33
                                        

500 tahun yang lalu

FLAP

Seorang lelaki yang mempunyai sayap Angel yang besar,mendarat di sebuah pergunungan.

Berada di tempat tinggi tersebut,dia dapat lihat keseluruhan kampung tersebut.

Lelaki tersebut adalah Elrion Ravella,alias Elliot.Ketika masa ini,dia masih Angel of Diseases and Cure.

"Hm,permandangan yang sangat yang cantik di sini.Rasanya,kan sini boleh aku berehat sek-"

Elliot terhenti cakap apabila matanya terpaut kepada seorang gadis,yang sedang tidur nyenyak,duduk bersandar pada pokok.

Wajah gadis itu comot,begitu juga dengan pakaiannya.

Elliot seolah-olah tertarik kepada gadis tersebut yang sedang tidur nyenyak itu.Dia mendekatinya,secara perlahan-lahan.

Apabila Elliot berdiri betul-betul di hadapannya,mata jejaka itu memandang lama ke arah wajah gadis tersebut.

Elliot memegang dagunya.(Dagu Elliot sendiri,bukan dagu gadis yang sedang tidur tu)

Setelah lama keadaan tersebut berterusan,mata gadis yang diulit mimpi itu dibuka secara perlahan-lahan.

Dia yang masih mamai,menggosok perlahan matanya.

"Erm....rasanya dah lama aku tid-Erk!"

Tangannya berhenti menggosok matanya.Wajah gadis itu pucat,apabila ternampak Elliot.

Bayangkan,kau baru bangun dari tidur,dan di hadapan kau ada seseorang dengan sayap yang besar di belakangnya.Tak ke kau terkejut?

"WOAH!!!!"

BOK!

"Argh!"

Elliot memegang mukanya kena baling dengan bakul di tangan gadis tersebut.

Gadis itu baling bakul tersebut kerana terlalu terperanjat.Tanpa berlengah,gadis itu berdiri,ingin melarikan diri.

Perasan akan gadis itu cuba larikan diri,Elliot memegang bahu kanannya dengan perlahan.

"Eik!",gadis itu menjerit kecil.

"Nanti!Bawa bertenang!Aku bukan hantu atau apa!",kata Elliot.

----------------------

"Hehehe....saya minta maaf...",kata gadis tersebut menggaru belakang kepalanya yang tak gatal,dengan senyuman terukir di wajahnya.

Elliot hanya mendiamkan diri,dengan tangan kanannya memegang bakul yang dibaling ke mukanya.

"Saya betul-betul minta maaf....janganlah marah....saya terperanjat sangat...",kata gadis itu tersebut,membongkok badannya 90 darjah.

Elliot menghela nafas.

"Aku tak kisah tentang itu....tapi roti dalam bakul ni...",kata Elliot.

Gadis itu terus menegakkan badannya.Dia mengambil bakul tersebut dari tangan Elliot.

Dilihatnya isi bakul tersebut.

Terlopong terus dia apabila semua roti dalam bakul tersebut dah kotor,ada tanah padanya dan rumput.

Dia terduduk sedih.

"Huhuhu...terpaksalah berlapar hari ni...",kata gadis itu dengan nada sedih.

Elliot rasa simpati dengan gadis tersebut.Dia menghela nafas.

"Kamu tunggu di sini,nanti aku datang balik",kata Elliot,mengepakkan sayap Angelnya dan terbang pergi.

Gadis itu hanya mengangguk,tanpa memandang ke arah Elliot langsung.Dia masih rasa sedih sebab semua rotinya dah kotor.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang