"......"
Seven Princesses mendiamkan diri mereka.
"Jadi,semua persoalan dah terjawab,kan?",soal Sara.
Crystal mengangguk perlahan kepalanya.
"...t...tapi..kenapa Tenshi,nak selamatkan kerajaan Alveon ketika diserang Alvisa?",soal Risa.
"...aku ada tanya dia soalan,sebelum kematian aku...aku tanya,adakah dia akan selamatkan kamu semua jika kerajaan Alveon diserang.."
Flashback
"Kau akan selamatkan kerajaan Alveon kalau kerajaan mereka diserang?Atau biarkan sahaja,Tenshi?",soal Sara.
Mereka berdua berada di taman bunga istana Einhart.
"....sudah pasti aku akan selamatkan mereka",balas Tenshi.
"Kenapa?Keadaan kau sekarang,semuanya terjadi disebabkan Raja Alveon..."
Angin yang bertiupan menerbangkan kelopak bunga.
"Hm...memang betul apa kau katakan.Tetapi,sekarang aku adalah Tenshi,bukannya Arisa.Dan,kita harus bergerak ke hadapan,bukannya berundur ke belakang",kata Tenshi memandang ke arah Sara yang berdiri di depannya.
"......."
"Lagipun,rakyat dan kerabat diraja kerajaan itu tak bersalah kecuali Raja mereka.Aku takkan balas dendam,pada mereka yang tidak bersalah atas semua yang berlaku pada aku"
End of Flashback
"..adalah apa yang dia jawab pada aku.Ada apa-apa soalan lagi?",kata Sara.
"...Arisa...atau Tenshi,dia tak boleh mengandung disebabkan apa..?",soal Zara.
"...dia lahirkan bayi ketika masih kanak-kanak,sudah pasti ada risiko yang dia tak dapat mengandung pada masa depan.Tetapi...sebab sebenar adalah,selepas lahirkan bayi dan dicampak ke dalam penjara,kerana takut ayah kamu akan ulangi perkara yang sama,dia tikam perutnya berulang kali....supaya..rasanya baik saya tak payah cerita.."
Sara tidak menghabiskan ceritanya apabila melihat muka Seven Princesses semuanya pucat.
".....sampai begitu sekali...",kata Asya.
"..macam mana dengan kau pula?",soal Alina.Sara memandang ke arah Alina.
"Kematian kau....terjadi disebabkan kami juga..atau..?",Alina menangguhkan pertanyaannya.
Mendengar soalan Alina,Sara tersenyum manis.
"Kematian aku,tiada kaitan dengan kerajaan Alveon.Kematian aku adalah disebabkan perkara lain",kata Sara.Badannya mula bercahaya.
"N..nanti!Kenapa ni?",soal Mel.
"Kita akan kembali semula ke dunia asal kerana apa yang Crystal mahukan sudah tercapai.Lagipun,ada krisis yang berlaku di dunia asal",kata Sara.
Cahaya semakin silau hingga Seven Princesses menutup mata mereka.
"Ah!!!"
Badan mereka mula menghilang dan cahaya itu hilang dan Sara muncul semula.
"Baiklah...tugas aku di sini dah selesai...agaknya bagaimana dengan keadaan dalam minda Mimi?Aku kena pergi.."
Sara terus menghilangkan diri selepas bercakap sedemikian.
---------------------------
YOU ARE READING
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
CasualeBekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui...