Seorang gadis berlari dengan laju,kemudian melompat ke arah musuh yang berada di bawah.
Kedua tangannya didepakan dan lima simbol magik berwarna merah yang besar muncul di belakangnya.
"Fire!",tembakan berunsur api keluar dari kelima simbol tersebut,menuju ke musuh.
SHARKH
"ARGH!!"
Musuh-musuh yang terkena serangannya,tubuh mereka terbakar keseluruhannya.
Gadis itu mendarat dengan selamat di hadapan musuh yang rentung.Hoodie yang dinaikkan atas kepalanya jatuh.
"Mia!",kata Taufan.
Mia memandang ke arah Taufan lalu tersenyum.
"Kumpulan kau dah siap pasang perangkap magiklah?",soal Taufan.
"Ya",kata Mia.
"Eh?Tapi mana Mimi?Bukan sepatutnya kamu berdua bersama ke?",soal Taufan.
"Ah..itu..."
'Mia,aku pergi dulu.Kerana ada seseorang yang aku nak lawan di medan perang'
"Sempat lagi kamu berdua berbual,ya?!Hargh!!",seorang musuh yang bersenjata pedang menuju ke Mia.
BAM!
Pedang musuh mengenai tanah apabila Mia melompat ke tepi.
Tangan kiri Mia dihulukan ke arah musuh tersebut.Satu simbol magik berwarna biru muncul dan ais-ais yang berbentuk tajam keluar dari simbol tersebut menuju ke musuh tadi.
SHACK!
Musuh itu rebah ke tanah apabila ais-ais yang tajam itu menembusi badannya.
"Whosp!Terlupa pula kita tengah berperang!",kata Taufan.
Mia hanya tersenyum mendengar apa Taufan katakan.Dia memandang ke hadapan,iaitu ke arah tentera musuh.
"Nampaknya mereka semua berlawan menggunakan senjata berbanding magik.Cycle!"
Cycle keluar daripada badan Mia lalu pergi ke tapak tangan kanan tuannya.
Tubuhnya bercahaya lalu berubah bentuk menjadi pedang.Bilah pedang itu berwarna biru dan hulu pedangnya ada ada permata berwarna biru.
"Jadi,saya juga akan lawan guna pedang!",Mia tersenyum lalu menuju ke musuh.
"Eh?Nan..nanti!",Taufan cuba menghalang,tetapi terlambat kerana Mia terlalu pantas.
"Hargh!!!"
SHACK!
Badan musuh yang berdepan dengan Mia terpotong kepada beberapa bahagian.
SACK
Kepala musuh itu ditikam menembusi kepala.Mia menarik pedangnya dengan pantas lalu menuju ke musuh yang lain.
Taufan yang melihat,terpaku.
"Wah,nampaknya dia memang dah bertambah kuat selepas berlatih dengan Mimi selama sebulan",kata Taufan.
"Cara dia berpedang pun sama dengan Mimi",katanya lagi lalu menuju ke musuh.
------------------------
SHAK
Panah yang ditembak ke arahnya dibelah kepada dua.Avra mengetap gigi geram.Tali busurnya ditarik dan empat anak panah yang terkumpul aura berwarna kuning bertompok hitam muncul.
"Urgh...betul-betul menjengkelkan!",kata Avra melepaskan tembakan tersebut.
ZOSH!
Keempat anak panah itu dielak dengan mudah sambil berlari menuju ke Avra.
ANDA SEDANG MEMBACA
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
CasualeBekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui...
![Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]](https://img.wattpad.com/cover/136772172-64-k233988.jpg)