"Urgh...penatnya....",kata Seven Princesses.
Latihan mereka dah habis.
"You work hard today",kata Yuuki tersenyum.Tapak tangannya bercahaya hijau dan didekatkan dengan Alina.
Luka Alina sembuh dengan cepat.
"Yuuki,tak apa ke kau terus sembuhkan luka tanpa berehat?Bukan ke ianya bahayakan badan?",soal Alina.
"Hehe.Tak apa,sebab kuasa saya memang penyembuhan,jadi kuasa magik saya sangat tinggi.Kerana teknik penyembuhan memerlukan magik yang tinggi",kata Yuuki tersenyum manis.
Botol dihulurkan oleh seseorang kepada Yuuki.Yuuki memandang ke arah orang itu.
"Tapi kau kena berehat juga.Jangan paksa diri",kata Mimi.Yuuki mengambil botol itu.
"Terima kasih...latihan kau dah habis juga?",soal Yuuki menyedut air dalam botol menggunakan straw.
"Dah habis.Tapi selepas makan,kami akan berlatih semula.Sebab Mia kata dia nak belajar berlawan menggunakan pedang juga",kata Mimi menunjuk ke arah Mia yang terbaring kepenatan atas gelanggang.
"Malam pun nak berlatih?",soal Yuuki.Mimi mengangguk.
"Kenapa?Tak boleh ke?",soal Mimi.
"Boleh memanglah boleh.Tapi kau kena ingat,kau kena berehat.Kuasa magik kau tak pulih sepenuhnya lagi begitu juga luka pada badan kau",kata Yuuki.Mimi menutup kedua belah telingannya dengan tapak tangan.
"Yelah....berhenti membebel..",kata Mimi.
"Yuuki bukan membebel,tapi dia nasihatkan",kata Tenshi dengan senyuman manis meletakkan tangan kanannya atas kepala Mimi lalu diusap.
"Latihan kamu berdua juga dah habis?",soal Yuuki.
"Yup.Dan mereka semua memang perlu berlatih lebih keras lagi.Tak ada seorang pun yang berjaya patahkan daya graviti aku",kata Sprainter.
"Begitu juga dengan barrier aku.Dan tiada siapa pun yang berjaya sentuh aku walaupun sehelai rambut",kata Tenshi.
Di gelanggang Tenshi dan Sprainter gunakan,semua ahli organisasi yang berlatih dengan mereka baring lemah atasnya.
'Dah korang berdua ni terkuat dalam organisasi,memang taklah boleh lakukannya',bisik hati Yuuki.
Tenshi memandang ke arah Seven Princesses.Seven Princesses memandang ke arah lain apabila mata mereka semua bertembung dengan Tenshi.
".....",wajah ceria Tenshi menjadi sayu.Tangan kanannya yang berada atas kepala Mimi diturunkan.
Dia berjalan pergi begitu juga dengan Sprainter.
"Rasanya kamu semua pun dah tahu..ianya bukan salah kamu bertujuh...",kata Tenshi apabila berjalan melepasi Seven Princesses yang duduk atas lantai.
Seven Princesses yang mendengarnya menunduk sedih.Mereka tahu apa yang berlaku pada Tenshi bukan salah mereka,tetapi mereka tak berani berdepan dengan Tenshi.
"Lebih baik kamu semua ke kafeteria sekarang atau tidak ada tempat duduk",kata Mimi.
"Oh..betul juga!",kata Mel.
Seven Princesses meletakkan tapak tangan kanan mereka di dada.Pakaian mereka bercahaya dan satu kad muncul di tapak tangan mereka.
Pakaian mereka kembali normal.Kad disimpan dalam poket.
"Mimi,kau nak tukar baju ke sebelum ke kafeteria?Sebab kau kan pakai pakaian pengawal peribadi Einhart",kata Asyi.
"Ah,tak.Aku tak perlu ke bilik pun!",kata Mimi tersenyum.
Pakaian Mimi bercahaya.Apabila cahaya itu lenyap,dua orang iaitu lelaki dengan perempuan muncul di sebelah Mimi.
Pakaian Mimi pula adalah gaun putih yang ringkas dan paras melebihi lutut tetapi tak lebih dari kakinya.
"Siapa mereka berdua ni?",soal Crystal.
"Kami adalah naga yang membuat perjanjian dengan Lady Mimi pada 3 tahun yang lalu",kata wanita itu dengan sopan santun.Senyuman manis dihadiakan.
"Saya diberikan nama Luxalia dan isteri saya diberikan nama Hana.Nama itu diberikan oleh Lady Mimi",kata lelaki itu alias Luxalia.
Mimi menepuk dahinya.
"Bukan ke aku dah cakap....!Jangan panggil aku Lady Mimi!Panggil sahaja nama!",kata Mimi mengejar Luxalia dan Hana yang sedang ketawa.
"Tapi,seronok panggil Lady Mimi.Lagipun lady Mimi kan selamat kami 3 tahun yang lalu dan membuat perjanjian,jadi apa salahnya panggil lady?",soal Hana.
"Memanglah macam tu!Tapi masalahnya panggil saya lady seperti saya ni anak orang kaya...!Dan saya tak sukakannya!!",kata Mimi.
Seven Princesses memandang ke arah mereka bertiga dengan bersweatdrop.
ANDA SEDANG MEMBACA
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
RandomBekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui...
![Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]](https://img.wattpad.com/cover/136772172-64-k233988.jpg)