Spirit 38-Daughter of Popular Actress

940 79 25
                                        

"Kamu ni tak boleh bercakap ke?Atau kamu langsung tak ingat dialog?"

Seorang lelaki dewasa menengking ke arah seorang gadis yang duduk bersandar pada lantai.Gadis itu memandang ke arah lelaki itu dengan penuh ketakutan.

"M...maaf!S...saya akan cuba sekali lagi...",jawabnya dengan suara yang terketar.

"Dia berjaya hafal dialog dalam masa yang singkat...kamu yang mempunyai wajah yang sama dia,sepatutnya boleh lakukan perkara yang sama!",lelaki itu mencapai tongkat kayu yang terletak kemas di dinding.

Gadis itu semakin ketakutan.Tongkat kayu itu dihayunkan ke arah gadis itu.

"Argh!!!",jeritnya kesakitan.

-----------------------

"Hm,pergi tukar baju dan mulakan semula!",kata lelaki itu mencampak tongkat kayu itu ke tepi.

Gadis itu yang terbaring lemah,dengan pakaiannya koyak rabak dan badannya penuh dengan luka kerana dipukul.

"B..aik..",katanya perlahan.Lelaki itu keluar dari bilik tersebut.

Gadis itu perlahan-lahan menukarkan posisinya kepada duduk.Cahaya bulan yang menembusi tingkap bilik menerangi dirinya.

Matanya memandang ke arah bulan itu.

"Jika betul hajat setiap manusia akan tercapai...jadi,saya berharap supaya..seseorang akan menyelamatkan saya dari sini...",katanya dengan air mata mengalir.

[Sebaik sahaja ibu meninggal dunia,ayah mula membuat aku memakai pakaian dan make up,gaya percakapan dan tingkah laku yang serupa dengan ibu aku yang merupakan pelakon terkenal.Ayah tidak memandang aku sebagai anak perempuannya,tetapi adalah penganti ibu aku...]

---------------------------

Fatini merenung lama ke arah dirinya yang diimbaskan oleh cermin.Dia duduk atas katil dengan bahagian atasnya hanya tersarung pakaian dalam.

Jari-jemarinya menyentuh badannya yang penuh dengan parut.

KREK

Pintu bilik dibuka.Nuraiza masuk ke dalam.

"Eh?Awalnya kau habis makan",kata Nuraiza menutup pintu.

".....",namun tiada balasan daripada Fatini yang masih memandang ke arah cermin.

Mata Nuraiza terpandang ke arah belakang badan Fatini.Belakang badan gadis jelita itu penuh juga dengan parut.

"....",Nuraiza memandang ke arah Fatini dengan pandangan mata sayu.

Fatini masih lagi tak sedar tentang Nuraiza.Tumpuannya hanya pada cermin.Perlahan-lahan,matanya mengalirkan air mata.

"Argh...!",Nuraiza yang melihat Fatini mengalirkan air mata terus menutup cermin dengan letakkan kain putih.

Air mata Fatini berhenti mengalir dan dia tersedar dari lamunannya.

"Eh?Nuraiza?Bila kau masuk?",soal Fatini.

"Bukan ke Sprainter dah kata,jangan tengok cermin lama-lama,Fatini?",soal Nuraiza tanpa menjawab pertanyaan Fatini.

Fatini memandang ke arah lain.Dia sedar akan kesilapannya.

".....suka hati kaulah..baik kau tidur sekarang.Aku nak mandi kemudian tulis laporan",kata Nuraiza masuk ke dalam bilik air.

Fatini yang duduk atas katilnya,hanya menunduk ke bawah.Selimut ditarik menyebulungi dirinya dan gadis itu baring atas katil.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang