Cinderella Mel

1.2K 92 42
                                        

Cerita ini mengisahkan tentang seorang anak yatim piatu yang dibela oleh ibu tiri dan kakak tirinya.

Gadis itu dilayan dengan kejam oleh mereka berdua.Dia disuruh melakukan semua kerja di rumah.Kehidupannya tak lebih seperti pembantu rumah.

Beberapa tahun telah berlalu,gadis piatu itu membesar menjadi seorang gadis yang comel.Kecomelan yang dimiliknya membuatkan ibu tiri dan kakak tirinya semakin cemburu dengan gadis itu.

Walaupun dilayan dengan kejam,gadis comel itu masih senyum dan sayang akan dua orang yang telah membelanya.

Nama gadis itu adalah Mel.

Suatu hari,berita tentang majlis tari-menari di istana untuk putera sulung raja mencari pasangan hidupnya disampaikan kepada semua rakyat.

"Woah,nampaknya putera Blaze perlukan teman hidup.Tapi,rasanya tak perlu raja buat majlis tari-menari.Anak aku ni mesti sesuai dengan cita rasa Putera Blaze",kata ibu tiri Mel dengan tersenyum.

"Walau pun begitu ibu,macam mana saya ingin ke majlis tersebut kalau saya tak ada pakaian yang sesuai untuk ke istana?",soal kakak tiri Mel,Ayumu.

"Apa susahnya,suruh sahaja si Mel tu jahitkan baju untuk kamu ke istana",kata ibu tiri dengan tersenyum sinis.

"Betul juga.Macam mana saya tak terfikir tentang itu",kata Ayumu.

"Mel!Mana kamu?!",kata ibu tiri dengan suara yang kuat memanggil nama anak tirinya.

Dia berjalan ke bilik Mel iaitu di stor terbiar rumah mereka.

"Saya ada di sini",kata Mel.Gadis itu memakai pakaian yang lusuh dan berlubang,tetapi dia tidak memakai kain,sebaliknya seluar.

"Aku nak kau siapkan baju untuk aku dan kakak tiri kamu pergi ke majlis di istana",kata ibu tiri.

Mel hanya membuat muka selamba.

"Oh?Jadi?Perlu ke sampai nak menjerit satu rumah panggil orang?Cari jer lah kat sini,tak payah nak menjerit macam puntianak lah",kata Mel selamba.

"Apa kau cakap!Dengar,siapakan pakaian sebelum malam,atau kamu takkan dapat makan--",

"Nah",kata Mel mencampak dua helai dress yang cantik ke muka ibu tiri dan kakak tiriya tanpa rasa bersalah.

"Apa?!Kamu dah siapkan?",kata Ayumu membelek dress tersebut.

"Mestilah.Sebab ada perempuan tu cakap dengan kuat tentang nak pergi ke majlis tari-menari sampai sini boleh dengar",kata Mel.

"Tak guna punya budak!Malam ni kau--"

Sekali lagi,percakapan ibu tiri dipotong.

"Tak payah nak kata aku tak dapat makan malam,lagipun bukannya kau bagi aku makan pun.Dah,berambus.Tak ingin aku tengok muka korang berdua",kata Mel menghalau ibu tirinya dan Ayumu dengan berani.

Mereka berdua menrengus geram sebelum pergi dari bilik Mel.

Pada waktu malam,ibu tiri dan Ayumu pergi ke istana untuk menghadiri majlis taru-menari.Mel membaringkan dirinya atas lantai yang berhabuk.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang