Spirit 117-Farewell,Otto Siegfied

637 44 8
                                        

SWISH!

CHAK!

Pedang Mimi yang ingin menusuk dada Otto,ditahan dengan lengan kiri Otto.

Mimi mengangkat kaki kirinya,menuju ke muka Otto.

TAP!

Namun,sangat malang Otto menahannya dengan tangan kanannya.Senyuman sinis terukir di wajahnya.

Mimi mengetap gigi geram.

KTANG!

Kaki kanan Mimi,disandung oleh Otto,membuatkan gadis itu tumbang ke bawah.

Otto mengepal penumbuknya,dihayun  menuju ke arah muka Mimi yang terbaring di bawah dengan laju.

KBUK!

Penumbuk Otto ditahan dengan kedua lengan Mimi yang melindungi wajahnya.

"Ergh....!"

Mimi mengetap giginya.Tangannya rasa sakit sangat apabila terkena penumbuk Otto.

DUSH!

Gadis itu memberikan tendangan yang kuat pada Otto.

"Urgh....!"

ZUP!!

Mata pedang yang patah Mimi ditusuk dengan kuat pada dada.Jejaka itu tercampak ke belakang,jauh dari Mimi.

"Koff...!Koff...!!"

Otto terbatuk-batuk.Dia memegang dadanya.Matanya memandang tajam ke arah Mimi.

Gadis itu dalam keadaan duduk,dengan lutut kaki kirinya menyentuh runtuhan.Wajah gadis itu pucat.

'Mimi,kau kena tamatkan pertarungan ni dengan cepat,atau luka kau akan terbuka!'

Fikir Sara,risau akan keadaan Mimi.

Dia tak boleh bantu Mimi,begitu juga dengan yang lain.

'Hah...hah...sakit....jantung aku rasa sakit,sangat....'

Mimi menyentuh dadanya.Dia mencengkam bajunya.

"Nampaknya,kau berdepan dengan masalah.Nak aku tolong?"

Suara seseorang didengari oleh Mimi.Dia macam pernah dengar suara tersebut.

Ianya suara Kuro Mimi.

"Rasanya,aku tak perlu pun jawapan kau.Sebab aku tetap akan tolong juga~"

Kuro Mimi yang berada dalam inner world,tersenyum.

Tangannya dihulurkan ke hadapan,dan satu simbol magik berwarna hitam dan merah muncul.

SHING!

CHACK!

Di dunia yang sebenar,Seven Princesses,Ivy,Hana,Sara dan Otto terkejut melihat Mimi.

Ianya kerana,mereka dapat lihat,seluruh tubuh gadis itu dililit dengan rantai besi yang keluar dari beberapa simbol magik kecil yang berada di sekeliling Mimi.

"Itu...kurungan Tenshi kepada kuasa Mimi...",kata Sara,lalu memandang sekeliling,mencari kelibat Tenshi.

"Maaflah,bukan Tenshi yang cuba bebaskan kurungan tersebut.Ianya aku"

Suara Kuro Mimi didengari oleh Sara.Gadis itu terkejut.

"Apa...!Bukan ke kau dah lenyap?",kata Sara dengan perlahan.Yang lain tidak dapat dengar apa Sara katakan,kecuali Hana.

Kerana pendengaran Dragons lebih tajam dari manusia,begitu juga deria bau dan melihat.

Kuro Mimi ketawa dalam inner world.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang