ZWROSH!!
Tubuh Mimi terseret jauh ke belakang.Debu tanah terhasil sepanjang dirinya terseret.
Dia memberhentikan dirinya daripada terseret dengan meletakkan tapak tangan kirinya atas tanah.
Baru sahaja gadis itu mahu menarik nafas,Luxalia muncul di hadapannya.
BWORH
"ARGH!!!",Mimi menjerit kesakitan sepanjang dirinya terkena api hitam yang disembur keluar daripada mulut Luxalia.
Semakin lama dirinya terkena serangan Luxalia,tubuh Mimi tercampak ke belakang.
Luxalia menghentikan serangannya.
Arie yang masih berdiri di kedudukan asalnya selepas mindanya dikawal oleh Avra,melibas cemetinya ke arah Mimi.
Panjang cemetinya tidak terhad kerana ianya sebahagian kuasa Arie.
Melihat cemeti Arie menuju ke arahnya,Mimi mendepankan tangannya.
"Shield:Five Blossom Flower!"
Lima bunga berwarna merah gelap muncul di hadapan Mimi.Kelima bunga itu tersusun mengikut saiznya,dari kecil ke besar.
Apabila cemeti Arie mengenai pelindung magik berbentuk bunga itu,tiupan angin yang kuat terhasil.
Tanah juga merekah.Namun,permukaan perlindung magik Mimi semakin lama semakin retak.
KRASH!
Cemeti Arie menhancurkan kelima pelindung magik Mimi.
"Bukan ke kau sendiri tahu?Yang pelindung magik langsung tak akan dapat menahan serangan Dragons?",soal Avra dengan sinis.Dia hanya memerhati Mimi diserang dari atas Afrie.
Mimi mengetap gigi.
ZWAP!
Cemeti Arie mengenai dada Mimi dengan kuat,hingga gadis itu terbatuk darah.
BAM!
Tubuh Mimi terhempas ke tanah dengan kuat.Tanah tersebut berlubang.
Mimi,yang cedera parah tidak mampu berdiri.Pandangan matanya juga kabur.
"Hah...hah...",apabila dia cuba untuk bangkit,Arago berada tinggi di atasnya,dengan pedang dihulurkan ke depan.
Mata Mimi membulat terkejut.
Tubuh Arago menuju ke bawah dengan laju,mahu menyerang Mimi yang masih terbaring.
"Ta...!"
Mimi mempertahankan dirinya daripada serangan Arago dengan bilah pedang putihnya.
Manakala Hana pula,menghulurkan tangannya yang memegang loket permata berwarna putih ke hadapan,di mana Mimi berada.
"Pain Sense,One Thousand"
Loket permata tersebut berubah menjadi merah tua.
ZWOO!!!
Tanah yang terbaringnya Mimi hancur apabila tubuh gadis itu menjunam ke bawah kerana serangan Arago.
"ARGH!!!!",Mimi menjerit kesakitan.Matanya berair,kerana kesakitannya digandakan sebanyak seribu kali oleh Hana.
Pedang Mimi yang menghalang mata pedang Arago menikam badannya,semakin retak.
Sepanjang Mimi diserang oleh Arago,pedang itu juga mengalirkan arus elektrik merah tua,merenjat tubuh Mimi.
Belakang badan sakit kerana menghempas tanah sampai tanah hancur,dirinya direnjat dengan arus elektrik,luka-luka di badannya...kesakitan semua itu digandakan sebanyak seribu...
ANDA SEDANG MEMBACA
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
RandomBekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui...
![Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]](https://img.wattpad.com/cover/136772172-64-k233988.jpg)