"Mi...Mimi..?",kata Sha.Darah tersembur keluar dari mulut Mimi.
Tubuh kecil Mimi merempuh kuat dinding tempat perlindungan dan dinding itu pecah.
"GA..HARK!",darah tersembur keluar lagi dari mulut gadis itu.Tenshi menutup mata Misa supaya tak melihat keadaan Mimi.
Mimi masih lagi melayang ke belakang kerana untuk memantulkan semula serangan Michenda,ianya berlaku perlangggaran yang kuat menyebabkan Mimi terpelanting ke belakang.
BAM!
Pintu istana pecah.Badan Mimi berguling-guling atas lantai dengan laju.
BAM!PRAK!
Belakanh badannya melanggar pagar istana dengan kuat.Mata gadis itu membulat kerana dia merasakan beberapa tulangnya patah.
Einhart berlari dengan laju menuju ke arah Mimi,diikuti dengan Mia,Seven Princesses dan Spirits of Elementals.
"Hah...hah...c..cough!",gadis itu memuntahkan darah lagi.Dia langsung tak dapat bergerak.
Tubuh badannya cedera parah.Penglihatan gadis itu kabur.
"Ah..hah..hah...",Mimi cuba mengerakkan tangan kanannya.Dia dapat mengerakkan tangan tersebut,tapi secara perlahan-lahan.
"A...Arago...ma...man...mana....k..kau..?",kata Mimi dengan suara menggeletar.
Tangan kanannya cuba mencapai Arago yang dalam bentuk pedang berada di depannya.
Tetapi,Mimi tak ada kekuatan untuk bergerak.Penglihatannya semakin kabur.Air mata terkumpul di mata Mimi.
Sebaik sahaja Mimi menutup matanya,keadaan sekelilingnya menjadi putih,seperti dia berada di tempat yang lain.
Seorang gadis berambut pendek,yang memakai skarf berdiri di depan Arago yang dalam bentuk pedang.
Gadis itu memandang lama ke arah Mimi,kemudian dia tersenyum.Tangan kanannya mengambil Arago.
Gadis itu berjalan ke arah Mimi yang sudah kehilangan kesedaraan.Gadis itu duduk didepan Mimi.
Kepala Mimi diletakkan atas pahanya.Gadis itu mengusap perlahan kepala Mimi.
"Mimi,walaupun kamu berjaya lindungi kerajaan ini,tapi kamu tak sepatutnya paksa diri melepasi limit kuasa"
"Apa pun,kamu dah lakukan kerja yang bagus.Saya harap,kamu gunakan kuasa yang saya bagi kepada kamu ketika saat terakhir saya di dunia ini,untuk perkara yang baik",kata gadis itu.Air matanya jatuh atas pipi Mimi.
Gadis itu meletakkan Arago yang dalam bentuk pedang pada tangan Mimi.Sebaik sahaja Arago ada dalam genggaman tangan Mimi,Mimi terus memegangnya dengan erat.
"Saya..sentiasa perhatikan kamu,daripada badan Crystal,Mimi",badan gadis itu bercahaya dan dia menghilang perlahan-lahan.
--------------------
Einhart berhenti berlari apabila nampak Mimi duduk bersandar pada pagar istana.
"Mimi!",Einhart mempercepatkan lariannya.Sebaik sahaja dia berada disebelah Mimi,Einhart terus memerhatikan nadi Mimi.
Yang lain juga sampai dan mereka meluru ke arah Mimi dan Einhart.
Tenshi yang tiba paling lambat,terkejut apabila gadis yang meletakkan Arago pada tangan Mimi muncul di depannya.
"Huish..terkejut aku..",kata Tenshi.Gadis itu ketawa kecil.
'Hehe.Maaf,saya tak ada niat untuk terkejutkan kamu'
"Hm..tak apalah.Kenapa tiba-tiba munculkan diri ni?Selalunya kau ada jer dalam badan Crystal,memerhatikan Mimi",kata Tenshi.
'Hm..tak ada sebab pun.Cuma,saya minta kepada kau,Tenshi,ketika perang bulan depan,tolong lepaskan kurungan yang kau letak dalam badan Mimi'
Tenshi terdiam sebentar.
"Kenapa?",soal Tenshi.
'Kerana...tak tahulah.Tapi,yang pasti,kau kena lepaskan kurungan tersebut,atau Mimi akan....'
Gadis itu menyambung percakapannya dengan berbisik pada Tenshi.Tenshi yang mendengar apa gadis itu katakan,terkejut sedikit.
"..baiklah,kalau masa mengizikan",kata Tenshi.
Gadis itu tersenyum manis.
'Baiklah,jadi aku nak undur diri .Saya akan munculkan diri lain kali,bye'
"Baik,kita jumpa lain kali,Sara",kata Tenshi.
Gadis yang dipanggil Sara itu tersenyum manis sekali lagi.Dia berjalan ke arah Crystal dan memasuki badan gadis itu semula.
"Macam mana dengan Mimi?",soal Asya.
"Dia masih bernafas.Kita kena bawa dia ke bilik rawatan secepat mungkin kerana dia kehilangan banyak darah",kata Einhart memandang Gempa.
Gempa mengangguk kepalanya.Dia mendukung badan Mimi perlahan-lahan.
"Aku akan bawa dia ke bilik rawatan",kata Gempa.Dia berlari menuju ke arah bilik rawatan yang ada di istana dengan laju,diikuti oleh Yuuki.
---------------------------
Yuuki dan Gempa keluar dari bilik rawatan.Kelihatan Mia,Seven Princesses dan Spirits of Elementals berada diluar bilik rawatan.
"..macam mana dengan keadaan Mimi?",soal Mia dengan wajah yang risau.
"Mimi dalam keadaan yang stabil.Cuma dia kena berehat untuk beberapa hari kerana lukanya terlalu parah",kata Yuuki.
"Kamu boleh masuk untuk tengok dia,cuma Mimi tengah tidur,jadi jangan bising",kata Gempa.
Mereka semua terus meluru masuk ke dalam bilik rawatan.
Seperti yang Gempa katakan,Mimi memang sedang tidur.Kepalanya berbalut,pipi kanannya ada plaster besar dan kedua belah tangannya berbalut berdasarkan apa yang mereka nampak.
Tapi kalau ikutkan keseluruhan,seluruh badan Mimi berbalut.
Arago yang duduk disebelah katil Mimi sedang memegang tangan milady-nya.
Perasan akan kehadiran mereka,Arago hanya mengangguk kepala.
---------------------
Di bilik Tenshi dan Sprainter
Tenshi dan Sprainter sedang main permainan game lawan.Misa pula tidur atas katil Tenshi dengan memeluk patung arnah gergasi.
"Kau nak tengok keadaan anak perempuan kau ke?" ,soal Sprainter.
"Tak perlu,sebab kuasa yang ada pada badannya akan pulihkan semua lukanya secara perlahan-lahan",kata Tenshi.
"Kuasa yang Sara berikan padanya?",soal Sprainter.
Tenshi mengangguk.
"Alamak!Aku silap tekan!",kata Tenshi.
[K.O!WINNER,COSMO CAT!]
"Ah!Aku kalah!",Tenshi menghentak kedua tangannya atas lantai.Sprainter pula menangkat kedua belah tangannya menandakan dia sangat gembira!
ANDA SEDANG MEMBACA
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
RandomBekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui...
![Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]](https://img.wattpad.com/cover/136772172-64-k233988.jpg)