Spirit 17-The Battle Will Begin

1.1K 87 7
                                        

Malam,istana kerajaan Asteon

"Tak nak!Tak nak!Tak nak!TAAAK NAAKKK!!!!!!!!!!",renget Mia mengembungkan pipinya yang putih itu.

Einhart yang duduk di takhtanya hanya tersenyum dengan mata tertutup melihat perangai Mia.

Mimi pula duduk di tingkap,memerhati ke langit malam yang disinari oleh bintang.

"Saya nak berlawan juga!",kata Mia.Dia masih mengembungkan pipinya.

"Maaflah Mia,tapi Mimi tetap akan berlawan esok",kata Einhart.

"Tapi kenapa?!",kata Mia menghentakkan kaki kanannya dengan kuat.

"Sebab Mimi pengawal peribadi saya",kata Einhart.

"Jadi..apa yang saya nak buat..?",air mata mula terkumpul di mata.

"Mia duduk di sebelah saya,lindungi saya,boleh?",soal Einhart.

"Menurut perintah,Tuan Puteri!",kata Mia tersenyum gembira dengan tabik hormat pada Einhart.

Melihat perangai Mia,Einhart ketawa kecil.

"Kalau macam tu,masuk lah tidur awal",kata Einhart tersenyum manis.Mia mengangguk dan keluar dari bilik tersebut.

Einhart turun dari takhtanya dan berjalan ke Mimi.

"Perangai Mia memang sama dengan abang dia",kata Einhart.

Mendengar apa yang Einhart katakan,Mimi mengetap giginya dan menunduk ke bawah.

"....kau memang tak boleh lupakannya lagi?",soal Einhart memandang mata Mimi.

"...urm..",Mimi mengangguk dengan pandangan mata sedih.

"Mereka cakap perlawanan esok,hanya boleh gunakan satu jenis senjata",kata Einhart.

"Hanya satu?",soal Mimi.

"Betul,lagipun,tak ada guna kalau mereka menipu",kata Einhart berjalan ke arah lain.

"....mungkin aku patut tidur awal hari ni",kata Mimi turun dari tempat duduknya.

"Tapi kalau kau tidur awal atau tak,sama jer.Kau pasti akan tidur di mana-mana",kata Einhart.

"Hmph!Saya tak boleh nak buat apa-apa tentang tu!",kata Mimi dengan muka merah kerana malu.Einhart ketawa.

"Baiklah,baiklah.Lagipun kau patut bagi rehat pada mereka juga,kan?",soal Einhart menunjuk ke arah baju Mimi.

"Ah,betul juga.Kalau macam tu,selamat malam",kata Mimi sebelum menutup pintu.

Einhart menanggalkan mahkotanya dan biarkan sahaja di lantai.Dia juga menanggalkan kasut tumit tingginya.

"Tuan puteri..walaupun kami semua tak ada pertalian darah",kata Einhart.

-------------------------

Mimi menanggalkan kerongsang Emerald dan memegangnya.Dia berjalan ke beranda bilik.

"Kamu semua boleh berehat",kata Mimi.

Semua pakaiannya bercahaya putih.Sebaik sahaja itu hilang,pakaian yang dipakai Mimi sebelum ini hilang.Seluar pendek dan T-Shirt putih tanpa lengan tersarung di badan Mimi.

"Jangan risau,kamu semua takkan diserang",kata Mimi tersenyum manis.Di depannya,ada bayangan tiga makhluk yang besar dan satu makhluk yang kecil di sebelah Mimi.

Mimi berjalan masuk ke dalam bilik dan menutup pintu beranda.Kerongsang diletakkan atas katil.Rambut hitam panjangnya disikat.

"....saya rasa kamu ada kat luar tadi,Arie",kata Mimi mengangkat badan makhluk kecil bernama Arie.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang