Spirit 4-Friend or Foe?

1.5K 116 24
                                    

Aqua Kingdom,Istana

"Bosanlah...boleh tak kalau saya nak berehat sebentar?",kata Puteri Tsuchinoko pada cikgu tutornya.

Puteri Tsuchinoko sudah bosan sebab sepanjang masa dia berada dalam istana,hanyalah belajar,belajar,belajar.....Sebab tu lah dia keluar dari istana tadi.

"Hm...baiklah.Kita rehat 30 minit,nanti sambung semula",kata cikgu toturnya.Puteti Tsuchinoko tersenyum.

"Tapi tuan puteri tak dibenarkan keluar dari bilik ni",kata cikgu toturnya mematikan senyuman Puteri Tsuchinoko.

"Kenapa?",soalnya.

"Sebab itu apa yang pemaisuri kata pada saya",kata cikgu toturnya.Puteri Tsuchinoko mengembungkan pipinya.

"Fine..",kata Puteri Tsuchinoko.Pandangnya tertumpu pada remaja yang bersandar pada dinding.Wajah remaja itu tidak dapat dilihat kerana hud bajunya yang menutup wajahnya.

Remaja itu memakai jaket berhud hitam labuh,T-shirt putih dan seluar pendek hitam.Melalui kakinya yang kelihatan,remaja itu adalah perempuan.

"Remi,mana kau pergi sebelum ni?",soal Puteri Tsuchinoko.

Remaja perempuan yang dipanggil Remi tidak menjawab soalannya.Dia hanya menoleh,kemudian mengalihkan pandangan ke arah lain.

"...aku tanya kau jawab boleh tak?!",kata Puteri Tsuchinoko geram.Remi masih membisu.Dia berjalan ke pintu bilik.

"Tuan puteri,sabar....biarkan sahaja dia..",kata cikgu toturnya cuba menenangkan Puteri Tsuchinoko.

Remi memulas tombol pintu dan dia melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Ap....!",Puteri Tsuchinoko terkejut dengan tindakan Remi.

"Pengawal peribadi jenis apa ni?!",renget Puteri Tsuchinoko.Dia fikir nak berkawan dengan Remi,tapi tidak akan terjadi kerana Remi tak menjawab soalannya langsung.

"Haih...biarlah jer la tuan puteri.Lagipun surat ugutan tu kata waktu malam kan?Sekarang ni baru pukul 3:12 petang",kata cikgu toturnya.

"Yelah.Dahlah,saya nak sambung belajar",kata Puteri Tsuchinoko.

"Eh?Baru 4 minit tuan puteri berehat",kat cikgu toturnya.

"Mulakan",kata Puteri Tsuchinoko.Cikgu toturnya mengeluh lalu memulakan pembelajaran semula.

------------------------
Bandar Aria,Aqua Kingdom

"Haih,lamanya nak tunggu malam.Kalau tahu macam ni,baik kita minta Mia teleport kita waktu malam,kan?",kata Alina.

"Betul",kata Risa.

Mereka semua duduk di bangku awam.

"Tapi kenapa Shafiq suruh kita di teleport awal sangat?",kata Mel.

"Biar jer lah",kata Crystal yang sedang main dengan anak musang yang comel.

"Hm?",Asyi perasan sesuatu.Dia ternampak yang air berkocak sedikit.

BOOOOOOM

Bunyi letupan yang kuat yang membuatkan semua orang terkedu.Seven Princesses mengalihkan pandangan ke arah bunyi letupan tersebut.

Mereka nampak asap keluar dari istana.

"Apa?!Bukankah ke mereka bertindak pada waktu malam?!",kata Zara.

"Biarkan sahaja!Sekarang ni,kita kena bertindak!",kata Alina.

Semua penduduk berlari dengan kelam kabut.Mereka masuk ke dalam mana-mana bangunan yang ada.

Seven Princesses berlari ke arah istana dengan laju.

--------------------
Pada masa yang sama

SPALSH!

"Hm.Bosan betul.Semua pengawal istana ni lemah",kata seorang lelaki mengesat darah yang ada pada pedangnya.

Pedang remaja lelaki itu berubah menjadi loket rantai.Remaja lelaki itu memakai rantai tersebut dan berjalan pergi.

Di belakangnya,mayat pengawal istana yang dibunuhnya baring di lantai dengan berlumuran darah.

"Tak ada ke orang yang kuat kat sini?",kata remaja lelaki.

Dia berhenti berjalan kerana ada seseorang di depannyan,remaja perempuan iaitu Remi.

"Mesti kau bosan sebab lawan dengan orang yang lemah kan?",kata Remi.Wajah gadis itu tak dapat dilihat kerana hudnya yang menutupi sebahagian wajah gadis itu.

"Memang lah bosan,kalau aku terus belasah orang yang lemah,mereka akan fikir aku ni pembuli",kata remaja lelaki tersebut.

"Pembuli?Aku rasa pembunuh lebih sesuai dengan kau",kata Remi.

"Hm.Apa-apa jer lah,sekarang ni cik adik,kamu nak ke tepi atau dibunuh oleh aku?",kata remaja lelaki tersebut.Remi tidak menjawab apa-apa.Subangnya di cuping telinga kanan bercahaya.

"Tak,aku takkan guna kau.Aku akan guna pedang lain",kata Remi.Satu cahaya terkumpul dalam genggaman tangan Remi dan satu pedang muncul.Pedang itu berwarna putih.

"Hm,interesting.Jadi,mari kita mulakan!",loket remaja lelaki itu bercahaya dan berubah menjadi pedang,tetapi pedang itu tak kelihatan.

"Whatever..",kata Remi dengan selamba.

CLING!

Percikan bunga api berlaku kerana pertembungan dua pedang.Remaja lelaki itu cuba memijak kaki kanan Remi,tetapi tidak berjaya kerana Remi mengundurkan kaki kanannya.

Mereka berdua menghayunkan pedang ke arah satu sama lain dengan laju.Tiada sesiapa pun di antara mereka tercedera.

Remi menarik pedangnya dan berundur ke belakang beberapa tapak.Remaja lelaki itu tersenyum sinis dan menuju ke Remi dengan laju.

"...teknik ketiga..Lighting Slash..."kata Remi perlahan.

KLING!KLING!SPLASH!SPLASH!SLASH!

Darah merencik keluar.Dinding istana diwarnai dengan warna darah.Remi memusingkan pedangnya beberapa kali.Darah pada pedangnya merencik atas lantai.

Remi memandang ke arah remaja lelaki yang duduk melutut memegang lukanya.

"...walaupun kau tak dapat cederekan aku,tapi agak kagum.Kerana kau dapat halang 2 serangan aku",kata Remi.

"Ga...Hak!",remaja lelaki itu memuntahkan darah.Kedua bahunya luka kerana libasan pedang Remi dan lututnya juga luka.

"Hm?",Remi mengalihkan pandangannya ke arah lain.Dia terdengar bunyi tapak kaki,tujuh orang.

"Oh,mereka dah sampai.Well,kalau kita dapat berjumpa lagi,kita sambung perlawanan kita",kata Remi menghilangkan pedangnya.Dia menarik hud bajunya lebih ke depan.

"Oh ya.Sebelum tu....",satu simbol magik berwarna kuning muncul di bawah remaja lelak itu.Luka remaja lelaki itu pulih dalam sekelip mata,begitu juga staminanya.

"Huh?Kenapa kau pulihkan luka aku?",soal remaja lelaki itu.

"Sebab aku diupah untuk lindungi Puteri Tsuchinoko,bukannya bunuh orang yang mahu bunuh dia",kata Remi tersenyum manis.

"Lagipun,ada orang akan lawan kau selepas ni.Bye,Axel Smith",kata Remi lalu terjun melalui tingkap yang terletak di tingkat 7.

Remi mendarat dengan selamat tanpa apa-apa kecederaan walaupun dia terjun dari tempat yang tinggi.

Ketika dia terjun ke bawah,Remi nampak Seven Princesses dalam perjalanan ke istana.

"Baiklah,sampai di sini sahaja tugas saya.Lagipun Puteri Tsuchinoko berada ditempat yang selamat.Semoga berjaya,Seven Princesses",kata Remi.Kakinya menghilang menjadi kelopak bunga sehingga seluruh badannya menjadi kelopak bunga dan ditiup angin.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now