Spirit 89-Sacrifice

786 64 28
                                        

LightNight Kingdom

BAM!

Golem tanah melayang jauh ke belakang apabila Minatour menumbuknya dengan kuat.

Golem tersebut pecah.

Minatour itu meluru laju ke hadapan,ke arah Gempa berdiri.

Tanah bergegar sepanjang makhluk mitos itu berlari.

"Lajunya walaupun saiz besar!",kata Gempa.

Dia ingin berlari,menjauhkan dirinya daripada Minatour

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Dia ingin berlari,menjauhkan dirinya daripada Minatour.Tetapi disebabkan tanah bergegar dengan kuat,dia tak dapat berdiri dengan baik.

BUM-P!

Perlanggaran yang kuat berlaku.

Satu simbol magik berwarna hitam yang besar dapat dilihat berada di hadapan Minatour,melindungi Gempa.

Qistina,berdiri di hadapan Gempa dengan kedua tangannya dihulurkan ke hadapan.

Kedua tangannya menggeletar.

"K....kuat betul lembu ni..!",kata Qistina.

Asya berlari dengan pantas ke arah Gempa,Qistina dan Minatour berada.

Apabila jaraknya semakin dekat,gadis itu melompat.Permukaan tanah yang menjadi tempatnya melompat hancur.

Ketinggian gadis itu melompat separas dengan kepala Minatour.

Penumbuk tangannya terkumpul petir berwarna biru.

"HARGH!!!"

Penumbuknya dihayun laju ke arah muka Minatour.

BOK!!

ZASH!!!

Akibatnya,muka Minatour berpaling ke arah lain.

Asya terkejut melihat Minatour masih berdiri walaupun direnjat dengan petir.

Minatour itu memandang ke arah Asya yang masih berada di udara.

RWOH!!!

Minatour itu menghayun penumbuknya ke arah Asya.Gadis itu sedar dirinya akan diserang,melindungi mukanya dengan kedua belah tangan.

POW!

BWOSH!!

"ASYA!",Gempa dan Qistina menjerit nama gadis itu apabila dia melayang jauh selepas ditumbuk Minatour.

Asya melayang hingga melanggar salah satu bukit tanah yang berada berdekatan.

Bukit tanah itu hancur sepenuhnya.Asya ditenggelami oleh runtuhan tanah tersebut.

Gempa dan Qistina,kedua-dua mereka membulat mata.

"Itu baru penumbuk....ia tak guna lagi senjatanya...",kata Gempa,dengan suara yang terketar.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang