Spirit 44-Give her back!

1K 77 39
                                        

Bandar A,lokasi Crystal

Orang yang menekup mulut Crystal meletakkan jari telunjuk kirinya di mulut,menyuruh Crystal senyap.

Orang itu mengalihkan tangannya yang menekup mulut Crystal.Crystal berundur setapak ke belakang.

"Apa yang kau buat kat sini,Halilintar?",soal Crystal.

"Tenshi arahkan semua ahli organisasi ke bandar A untuk tangkap konco-konco kerajaan Alvisa yang menyerang bandar ni.Dalam perjalanan ke sini,aku nampak kau",kata Halilintar.

"Oh..tapi yang kau tekup mulut aku kenapa?!Terkejut aku tahu tak?!",kata Crystal.

"Untuk halang kau lawan dengan musuh lah.Kuasa kau kan tak cukup kuat lagi,ada hati nak lawan dengan mereka.Entah-entah bila lawan,kena satu serangan dah pengsan",kata Halilintar dengan senyuman sinis.

Empat sesiku merah muncul atas kepala Crystal.

"Hish!Jangan pandang rendah pada aku lah!Aku dah bertambah kuat tahu tak!",kata Crystal menuding jari kanannya pada Halilintar.

Halilintar menayangkan muka selamba,seolah tak percaya dengan Crystal.

"Susah nak percaya.Tapi kalau adik-beradik kau yang lain,aku percayalah",kata Halilintar.

"Eh?Kenapa pula?",soal Crystal.

"Sebab waktu mereka berlatih,mereka berlawan dengan Cerberus yang melatih mereka.Tapi kau?Aku nampak kau hanya lari dan mengelak serangan Qistina sahaja",kata Halilintar.

Crystal mengetap giginya.Dia berasa Halilintar seperti ingin mengatakan yang dirinya takkan bertambah kuat.

"Apa boleh aku buat?Kuasa aku bukannya macam mereka...mereka memang ada kuasa untuk berlawan...aku pula...terpaksa berusaha keras untuk tingkatkan keupayaan berlawan aku sebab kuasa yang aku miliki memang bukan untuk menyerang!Aku berbeza dengan mereka yang lain!Aku tak sama dengan kau!Memiliki kuasa yang memang sesuai dalam pertarungan!",jerit Crystal dengan suara yang kuat.

Halilintar terkilan sedikit apabila Crystal menjerit.Rasanya,selama ni dia tak pernah lihat Crystal menjerit.

"Kalau kau nak memperlekehkan aku sebab kuasa aku yang memang tak sesuai untuk pertarungan,lebih baik kau cakap pada cermin sahaja!",Crystal memusingkan badannya ke arah lain dan berlari meninggalkan Halilintar.

Halilintar mengeluh.

"Aduh...kenapalah aku ni memang tak boleh nak jujur....",katanya.

'Aku tak sama dengan kau!Memiliki kuasa yang memang sesuai dalam pertarungan!'

"......."

Crystal berhenti berlari.Air matanya yang cuba ditahan supaya tidak mengalir,akhirnya mengalir membasahi pipinya.

"Hergh....kenapa...kau tak pernah bercakap baik dengan aku...",kata Crystal.

Perempuan mana yang takkan sakit hati dan sedih jika orang yang mereka cinta bercakap kasar dengan mereka?

Kalau ada tu,maknanya mereka tak ada perasaan.

SWOSH!

"Argh!"

Debu-debu terhasil apabila satu serangan mengenai dinding dan jalan batu.

Crystal mengusap belakang kepalanya yang terlanggar dengan dinding satu lorong.Walaupun serangan tidak mengenai dirinya,tetapi kerana impak serangan yang kuat,dirinya terpelanting dan mengalami luka yang ringan.

"Woah..woah...adik-beradik kau yang lain sedang berlawan dengan musuh,kau pula menangis seorang diri di sini?",soal seseorang.

"Siapa?!",soal Crystal.Gadis itu cuba berdiri,perlahan-lahan.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang