Bonus 2

768 52 80
                                    

Pada waktu malam,di dalam pangkalan organisasi.

Semua lampu telah dimatikan.Penghuni dalam pangkalan itu juga sudah terlelap.

Namun,seorang gadis sedang berjalan seorang diri.

"Hadui....dahaga pula tekak ni...dahlah gelap keadaan pangkalan ni...harap-harap tak bertembung dengan hantu...",kata gadis itu.

Langkahnya diatur dengan lebih laju.Cepat dia sampai ke kafeteria dan minum air,cepat dia boleh sambung tidur semula.

DUMP

Langkahnya terhenti apabila dia terdengar bunyi.Wajahnya pucat dan berpeluh.

"Bu...bunyi apa tu....?",kata gadis itu,dalam ketakutan.

Walaupun begitu,dia masih meneruskan langkahnya,secara perlahan.

'Mungkin ada orang terjatuh dari atas katil dalam bilik mereka!Contohnya Ice!'

Fikir gadis itu,cuba utuk hilangkan rasa takutnya.

KREK....

Bunyi pintu membuatkan bulu roma gadis itu meremang dan bahunya terhinjut.Dia berhenti berjalan secara mengejut.

Wajahnya semakin pucat dan berpeluh dengan banyak.

"Aha...ahahaha!!Mungkin ada orang terbangun dari tidur,dan nak pergi ke kafeteria atau tandas!"

Gadis itu tersenyum paksa.Dia cuba untuk hilangkan rasa takutnya.

Namun,dirinya kaku terus apabila ternampak sesuatu tidak jauh di hadapannya.

"A.....ah....."

Tubuhnya terketar-ketar.

Tidak jauh di hadapannya,ada susuk berambut putih panjang.Gadis itu tak dapat lihat wajahnya kerana muka susuk tubuh berambut putih itu menghadap ke hadapan.

Rambut putih panjangnya mengerbang,walaupun tiada angin.

Gadis itu meneguk air liurnya.

Susuk tubuh itu memalingkan wajahnya ke arah gadis itu secara perlahan-lahan.

"Erk......!"

Dalam pandangan mata gadis itu,mata susuk tubuh itu mengeluarkan kilauan merah.Senyuman yang jahat hingga menampakkan barisan gigi yang kelihatan tajam terukir di wajah susuk tubuh itu.

Susuk tubuh berambut putih panjang itu ketawa,seolah-olah puntianak mengilai.

"HA.....HANTU....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

-----------------------------

SPURT

Hampir tersembur air dalam mulut Akram selepas mendengar cerita tersebut,jika Nuraiza tak tekup mulut Akram dengan sapu tangan.

"Urgh...!Kau kenapa tekup mulut aku?",soal Akram selepas Nuraiza mengalihkan tangannya.

"Supaya aku tak terkena semburan air kau",kata Nuraiza,dengan pandangan mata yang tajam.

"Ntahnya.Kau tu dahlah selalu tersembur air kena Nuraiza",kata Fatini.

"Betul tu",kata Qistina.

"Jijik tahu tak kena semburan air dari mulut seseorang,seperti kau?",kata Nuriah.

"Mungkin sebab itu dia tak ada calon isteri",kata Shafiq.

Akram menarik kolar baju Shafiq.Penumbuknya dikepal,hingga menampakkan urat.

"Kalau nak mampus,ulang sekali lagi",kata Akram.Aura gelap mengelilinginya.

Shafiq mengangkat kedua tangannya,paras bahu.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now