Spirit 67-Mystery

741 69 17
                                    

Asteon Kingdom

"Checkmate",kata Einhart.

"Argh!!Kalah lagi!",kata Danial memegang kepalanya.

Einhart hanya mengeluh kebosanan.

"Haih...tak ada permainan yang best ke...bosanlah semua ni",kata Einhart.

Putera-puteri menjeling ke arah Einhart.

"Memanglah sebab kau menang semuanya!",kata mereka semua serentak.

Einhart menutup telinganya.

"Sudahlah...dari aku buang masa,main benda yang membosankan,baik aku pergi tolong Misa",kata Einhart lalu berdiri.

Puteri itu mengatur langkah ke luar bilik tersebut.Pintu ditutup perlahan olehnya.

"....Misa,adik Undeafeated Queen kan?",kata Tsu.

"Ya...",kata Asami.

"...kamu bercakap tentang Undeafeated Queen yang mana?",soal Lala.

"Semestinya Mimi",kata Felician.

"Tapi,aku terfikir juga,macam mana Undeafeated Queen yang sebenar,iaitu Sara mati?",soal Ai.

"Entahlah,apa yang aku tahu,dia mati kerana melindungi seorang gadis",kata Kemi.

"....seorang gadis...",Lala memegang dagunya.

"Kenapa?",soal Danial.Lala memandang ke arah Danial.

"Tak ada apa...aku cuma teringat satu cerita sahaja.Cerita yang bonda selalu ceritakan pada aku",kata Lala.

-------------------------

Dalam satu bilik yang penuh dengan komputer dan kertas di lantai,Misa duduk atas lantai.

Tangan kirinya memegang sehelai kertas manakala tangan kanannya pula memegang  lobak.

"....."

KNOCK,KNOCK

"Pintu tak berkunci",kata Misa tanpa memandang ke arah pintu.

"Masih fikirkan strategi?",soal Einhart apabila masuk dalam bilik.

"Ya...dan juga analisis sesuatu...",kata Misa.Mulutnya mengunyah lobak.

Einhart duduk di sebelah Misa.

"Analisis tentang apa?",soal Einhart.

Misa menekan sesuatu pada papan kekunci.Dua skrin komputer memaparkan sesuatu.

"Tenaga magik yang kuat dikesan di Yuki Kingdom dan Fury Kingdom.Tetapi,kedua tenaga magik tersebut bukan dari pihak musuh dan kita",kata Misa.

"....tenaga magik itu kuat macam Mimi ke?",soal Einhart.

Misa menggeleng.

"Tak...tenaga magik ini lebih kuat daripada akak Mimi...ianya lebih kuat daripada Tenshi juga",kata Misa.

Einhart terkejut.

"Dan..."

Einhart memandang ke arah Misa.Dapat dilihat yang kanak-kanak itu seperti risau.

"Saya dapat rasakan satu tenaga magik yang sama ketika perang.Tenaga magik itu muncul secara tiba-tiba",kata Misa.

"Tak dapat kesan tenaga magik itu?",soal Einhart.Misa menggeleng.

"Mungkin kerana pemilik tenaga magik tersebut berada di tempat yang jauh..seperti di istana kerajaan Alvisa?"

"....",Einhart mendiamkan diri.Dia cuba memikirkan tentang perkara tersebut.

"Akak Einhart  sertai perang ke esok?",soal Misa cuba menukar topik.

"...nak sertainya...tapi Tenshi,Sprainter dan Kaizo tak benarkan aku sertai..",kata Einhart dengan murung.

Misa menekup mulutnya.Dia baru teringat tentangnya.

"Sudahlah,ketepikan hal-hal tersebut.Sekarang,mari kita berdua atur strategi",kata Einhart.

------------------------

Langit malam yang indah dipenuhi dengan bintang menjadi tumpuan seseorang.

"......."

"Perhatikan bintang?",soal seorang lelaki dari belakang manusia yang melihat langit malam.

Orang itu memandang ke arah lelaki tersebut.

"Kenapa kau ada kat sini?",soal orang tersebut.

"Aku nak tanya tentang 'mereka' sahaja.Bila akan bertindak?",soal lelaki tersebut.

Orang itu mengalihkan pandangannya pada langit semula.

"Esok atau lusa.Kerana kau pun sedar kan...tenaga magik yang muncul secara tiba-tiba",kata orang tersebut.

"Ya,jadi maknanya mereka berjaya,kan?",soal lelaki itu.Orang itu mengangguk.

"Jangan lupa,kita hanya bertindak apabila 'mereka' munculkan diri di perang",kata orang tersebut.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now