Spirit 34-It's up to you now

1K 85 12
                                        

"Berisiko?"

Tenshi mengangguk.

"Ya...kita akan halang 'dia' ambil alih badan Mimi dengan masuk dalam minda dia",kata Tenshi.

"Bukan caranya sama dengan sebelum ni ke?",soal Yuuki.

"Hm..mungkin.Tapi,sebelum ni aku hantar spirit masuk dalam mindanya,untuk kunci kesedaran 'dia'.Kali ini,kita yang akan masuk",kata Tenshi.

"M..macam mana tu...?",soal Yuuki.Tenshi memandang ke arah Arago dan menunjuk ke arahnya.

"Dengan gunakan dia",kata Tenshi.Terkejut Arago mendengar apa Tenshi katakan.

"Eh?"

Tenshi berjalan ke arahnya.Dia mendekatkan mulutnya dengan telinga kanan Arago dan membisikkan sesuatu.

Yang lain hanya memandang ke arah mereka berdua dengan berfikir;'apa yang Tenshi beritahu?'.

Arago,mendengar apa Tenshi katakan,mukanya semakin memerah.Tenshi menjauhkan dirinya dari telinga Arago.

"Boleh lakukannya?",soal Tenshi.

Arago menggeleng dengan wajah yang merah.

"Mustahil!Milady pasti akan...!",Tenshi menarik kolar baju Arago dan mendekatkan mulutnya dengan telinga Arago sekali lagi.

"Dengar...hanya kau yang bolehkan lakukannya.."bisik Tenshi.

"Tapi kenapa?",kata Arago dengan nada berbisik.

"Hm..kalau kau tak nak lakukannya..adakah kau sanggup biarkan Mimi punya first time itu diambil oleh orang lain?",soal Tenshi.

Muka Arago semakin merah.

"Aku tahu perasan kau pada Mimi...",Tenshi menjauhkan mulutnya dari telinga Arago.

Dia memandang ke arah Arago.

"So,can you do it?",soal Tenshi tersenyum.

"......"

Setelah mendiamkan diri buat seketika,Arago mengangguk.

"Urm...apa caranya?",soal Yuuki.Tenshi memandang ke arah Yuuki,dia tersenyum sinis yang membuatkan Yuuki keliru.

"Eh?Kenapa?",soal Yuuki.Tenshi ketawa kecil lalu memasukkan tangan kanannya ke dalam beg kecil di pinggangnya.

"Kau akan tahu nanti.Misa tidur dalam bilik Ayumu kan?",soal Tenshi mengeluarkan tangannya yang memegang botol potion dari beg kecil itu.

"Ya,kenapa?",soal Yuuki.

Tenshi membuka gabus yang menutup botol potion itu dan diserahkan kepada Arago.

"Tak ada apa.Cuma tak elok kalau dia tengok",kata Tenshi.

Semua orang keliru dengan apa dikatakan Tenshi.

Arago menyambut botol itu.Dia memandang lama botol itu sebelum meneguknya.

"Urm...hah!Potion itu mesti untuk buat Arago dapat masuk dalam minda Mimi kan?",soal Yuuki dengan tersenyum.

"Urm....ya...",kata Tenshi.

Apabila cecair potion dah tiada dalam botol itu,botol itu lenyap menjadi cahaya kecil dan menghilang.

Tenshi menunjuk ke arah Mimi yang berpeluh teruk baring atas katil.Arago mengangguk dan duduk atas kerusi yang berada di tepi katil.

"Kepada sesiapa yang di bawah umur,sila tutup mata anda",kata Tenshi.

"Bukan kau bawah umur juga ke?",kata Yuuki.

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang