Spirit 105-Adrian's Past

598 65 30
                                        

DUMP!!!!

Mel terus menyerang Adrian selepas Alaias memberikan dia minum air dalam botol yang diberikan oleh Faith.

Alaias dan Revan melompong.

"Uish....remaja perempuan sekarang memang ganas,eh?",soal Alaias.

"Perempuan memang ganas pun.Macam ketua kita tu",Revan mengutuk Faith.

Alaias memandang blur ke arah Revan.

"Aku tahulah dia tu takkan peduli walaupun dikutuk...tapi perlu ke kau kutuk dia?",soal Alaias.

Revan mengangguk.

"Ah!Sudahlah!Mari cari yang lain!",kata Alaias.

BOK!!!

Mel menumbuk kuat 'tangan' yang meluru ke arahnya.

Matanya tajam memandang ke arah Adrian.

"Jahanam kau!Harap jer nama tu sedap,tapi langsung tak gentle  dengan perempuan!Sakit tahu tak kau cekik aku?!",kata Mel dengan rasa geram.

Lehernya ada kesan tangan akibat dicekik.

"Takkan dengan musuh pun nak ber gentle....dan kau tak layak nak kata macam tu pada aku!",kata Adrian lalu lapan 'tangan' menuju ke arah Mel dengan laju.

"Apahal pula?!",soal Mel menumbuk dan menendang kelapan 'tangan' tersebut.

"Sebab kau tu,harap jer perempuan,tapi ganas dan kasar macam gorila!",kata Adrian.

Terhenti Mel menyerang,begitu juga Adrian.

"Apa....kau kata....?",soal Mel dengan menunduk.

Gadis itu mengepal penumbuknya.Aura gelap di sekelilingnya.

"Kau macam gorila!Kasar dan ganas!Ini kali pertama aku jumpa perempuan yang kasar dan ganas macam kau!"

Adrian menuding jari ke arah Mel.

"Oh...haha....haha....HAHAHAHAHA!!!!!!!"

Mel ketawa perlahan,kemudian menjadi kuat.

Gadis itu tersenyum geram.

"Kau panggil aku gorila....?",soal Mel.

"Ya!Gorila!",kata Adrian.

"Oh....kalau macam tu,kau sotong!Sebab kau ada banyak tangan!",kata Mel.

Mel terus menuju dengan laju ke arah Adrian,bersama dengan penumbuk kanannya dikepal.

Apabila jaraknya semakin dekat dengan Adrian,dia meghayun penumbuknya.

Namun,jejaka bertopeng itu bergerak ke tepi,mengelak serangan Mel.

Mel mengetap gigi geram.

KBUK!!!

"Hargh....!"

Tubuh Mel tercampak jauh apabila tumbukan yang kuat hinggap di perutnya.

Dia bukan terima satu tumbukan,tapi sembilan tumbukan di tempat yang sama,kerana lapan 'tangan' milik Adrian.

Gadis itu termuntah apabila dirinya terhenti dari tercampak jauh.Mulutnya dilap selepas memuntahkan segalanya.

"Gorila terus muntah selepas menerima sembilan tumbukan dari sotong?",soal Adrian dengan nada sinis.

Ia membuatkan Mel bertambah geram.Gadis itu menghentakkan kaki kirinya pada runtuhan istana tersebut dengan kuat.

"Urgh!!!Geramnya aku dengan kau ni!!!!"

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang