Masa berlalu dengan pantas.
Hari yang akan menentukan masa hadapan manusia...
Semua persiapan untuk hari itu sudah dibuat
Apa yang tinggal hanyalah,menang melawan musuh
---------------------------
Asyi termenung melihat bintang-bintang yang berkelipan di langit malam.
Gadis itu duduk di laman istana.
"....esok...",katanya dengan suara yang perlahan.
"Kenapa?Kau rasa cemas ke?",soal seseorang dari belakang Asyi.
Gadis itu terkejut hingga bahunya terhinjut.Dia memandang ke arah orang tersebut.
"Taufan...terkejut aku..",kata Asyi.Taufan tersenyum lalu jejaka itu duduk di sebelah Asyi.
"Kau cemas ke?",soal Taufan sekali lagi.Asyi menunduk ke bawah.
Cemas?Ya..gadis itu rasa cemas.Kerana peperangan yang besar-besaran akan berlaku esok.
Untuk gadis macam dia,menyertai perang buat pertama kali,sudah pasti rasa gemuruh dan cemas.
"Ya....kerana perang itu akan berlaku esok...",jawab Asyi dengan perlahan.
Taufan dapat melihat badan Asyi menggigil.
"Aku bukan sahaja cemas...tapi takut juga...dalam perang itu...pasti ramai akan terkorban..",kata Asyi dengan suara terketar.Air matanya mengalir.
"Aku takut...untuk kehilangan orang yang penting bagi aku...aku takut....kalau kita tak dapat bersama!",kata Asyi.
Taufan memeluk gadis itu.Kepala Asyi diusap,untuk menenangkan gadis itu.
"Aku pun sama.Aku takut kehilangan ahli keluarga aku,kawan baik aku..dan perempuan yang aku cinta",kata Taufan.
Taufan melepaskan pelukannya.
"Kerana itulah...kita mesti berusaha untuk menang dalam perang itu",kata Taufan tersenyum.
"Ya..saya akan berusaha..",kata Asyi mengelap air matanya yang mengalir di pipi.
"Oh ya.Aku ada sesuatu nak bagi kau",kata Taufan lalu menyeluk poket seluarnya.
"Sesuatu?",soal Asyi.
"Ya,hulurkan tangan kau",kata Taufan.Asyi mengangguk lalu hulurkan tangan kanannya.
Taufan memegang tangan Asyi dengan tangan kirinya.Dia menyarungkan sesuatu pada jari manis Asyi.
Asyi terkejut.
"Eh?Cin...cin..?",soal Asyi.
Jari manisnya tersarung cincin yang dia pandang ketika malam temujanjinya dengan Taufan.
Taufan mengangguk dengan senyuman di wajah.
"Ya.Aku beli sepasang.Satu untuk ka,satu untuk aku",kata Taufan.
"...",Asyi ingin membuka mulut,mengatakan sesuatu.Tetapi Taufan meletakkan jari telunjuknya pada bibir Asyi.
"Asyi,cincin ini aku berikan bukan sebagai cincin pasangan kekasih,tetapi sebagai cincin kahwin",kata Taufan.
Wajah Asyi memerah.
"Eh?!",soal Asyi.
"Tapi ia tak jadi cincin kahwin lagi",kata Taufan.
Asyi memandang Taufan dengan wajah yang penuh persoalan.
"Asyi,selepas peperangan ini tamat...aku akan lamar kau,untuk jadi isteri aku",kata Taufan dengan senyuman manis.
ANDA SEDANG MEMBACA
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
RandomBekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui...
![Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]](https://img.wattpad.com/cover/136772172-64-k233988.jpg)