BOOM!!!!!
Melompong Alaias dan Revan apabila Ivy terus menembak Asthon selepas diberikan air.
Wajah gadis itu nampak sangat bengang.
"Hahaha...!Bagus,sekarang aku dah pulih!Aku buat kau bayar sebab kau main suntik jer aku!Sakit tahu tak kena suntik lima kali serentak!",kata Ivy.
"Baik kita pergi sekarang...kalau tak akan terkena tembakan dia...",bisik Revan pada Alaias.
"Uish....ganas betul...",kata Asthon.Dirinya tidak terkena tembakan Ivy kerana dia melompat ke tepi.
"Peduli apa aku ganas ke tak?!"
KBOOM!!!
Ivy melepaskan tembakan sekali lagi.
Tembakan tersebut menuju dengan laju ke arah Asthon.Asthon mengelak ke tepi apabila tembakan tersebut hampir mengenainya.
"Hampir terkena...",kata Asthon.
Mata jejaka itu tertumpu kepada Ivy.Lima picagari yang bersambung dengan benang pada tali pinggangnya dipegang.
Dia membaling kelima-lima picagari tersebut ke arah Ivy.Wajah Ivy tenang melihat lima picagari tersebut menghampirinya.
"Berpecah"
ZWOSH!!
BOOM!!
"Argh!"
Asthon terkejut apabila belakang badannya terkena tembakan.
"Apa...bila masa kau tembak...?",soal Asthon.
Ivy mengukir senyuman.Tangan kanannya memegang benang yang menyambungkan picagari tersebut dengan Asthon.
"Tembakan yang kau elak tadi.Aku boleh kawal haluan tembakan aku dengan minda"
Ivy menarik benang tersebut dengan kuat,membuatkan Asthon tertarik sekali,menuju ke arahnya.
Bazookanya diacukan ke arah Asthon yang menuju ke arahnya.
"Aku benci nyamuk,terutama sekali nyamuk Aedes♡.Dan memandangkan kau menyebarkan penyakit denggi seperti nyamuk....selamat tinggal"
Ivy berkata dengan senyuman yang manis terukir di wajahnya.
Muncung bazookanya terkumpul cahaya.
BOOM!!!!
Sebaik sahaja Ivy menarik picu,bazooka tersebut melepaskan tembakan ke arah Asthon dalam jarak yang sangat dekat.
Asthon tercampak jauh.Bajunya ada kesan tembakan sekali dengan wajahnya yang ada kehitaman kerana tembakan Ivy.
Dia kehilangan kesedaran.
Gadis itu melompat kegembiraan.
"Yeah~!Nyamuk sudah dikalahkan~!"
--------------------------
SWISH!!
Pisau belati yang dibaling Risa dielak dengan mudah oleh Neera yang sedang menari.
"Haha!Kamu dah sembuh,tapi boleh ke kamu tewaskan saya?",soal Neera dengan ceria.
Risa mengepal penumbuknya,dan mengetap gigi,geram.
"Semuanya dah dipulihkan...",kata Alaias.
"Hohoho....belum cuba,belum tahu keputusannya!",Risa terus berlari ke arah Neera.
Neera masih tersenyum gembira,lalu memetik jarinya.
Kesemua alat pembesar suara yang yang berada dalam runtuhan mengeluarkan bunyi yang kuat.
ANDA SEDANG MEMBACA
Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
De TodoBekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi. Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui...
![Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]](https://img.wattpad.com/cover/136772172-64-k233988.jpg)