Keeseokkan paginya, awal pagi lagi Dheya sudah bangun. Dia perlu cepat beredar dari surau sebab tak mahu bertembung dengan orang kampung.
Masih segar dalam ingatannya semalam apabila riak wajah serong orang kampung apabila berselisih dengannya di jalan.
Entah apalah Puan Latifah sudah canang cerita buruk tentangnya kepada orang kampung. Sampaikan mereka rasa malu ingin menatap wajahnya.
Memang benarlah kata orang, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Darah daging sendiri pun berani untuk diburuk-burukkan.
Dheya terus menyimpan barang-barang yang perlu dan bergerak ke stesen bas untuk ke Kuala Lumpur.
Dia ingin membawa diri ke bandar memandangkan tempat itu jauh daripada kampung. Dheya sudah menelefon kawan sekolahnya iaitu Amran.
Lelaki itu katanya sedang berkerja di salah sebuah syarikat yang terkenal di Bandar Kuala Lumpur.
Dia yakin Amran boleh menolongnya semasa di sana walaupun mereka berdua sudah lama tidak berjumpa.
Setelah berjam-jam lamanya bertapa di dalam bas, akhirnya Dheya sampai juga di Kuala Lumpur.
Dia berasa gembira dan teruja kerana ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke sini. Selama ini, dia hanya menonton dalam tv.
Dheya melilaukan pandangannya untuk mencari public phone. Dia mahu menghubungi Amran dan memberitahu bahawa dia sudah sampai ke Kuala Lumpur.
Tiba-tiba, dia ternampak susuk tubuh yang sedang melambai-lambai ke arahnya.
Dheya tersenyum. Dia pasti itu adalah Amran. Tanpa berlengah, Dheya terus berjalan menuju ke arah Amran yang sedang menyandarkan badan di sisi sebuah kereta mewah.
"Hai! " sapa Amran.
"Assalamualaikum." jawab Dheya memberi salam. Senyuman manis diberikan buat Amran.
Amran hanya tersengih. Sedar keterlanjurannya menyapa Dheya dengan ucapan 'Hai'.
Amran mempelawa Dheya untuk naik bersamanya. Beg Dheya diletakkan di dalam bonet kereta.
Di dalam kereta, mereka hanya berbual-bual biasa sahaja. Dheya pula lupa untuk menanyakan tentang pekerjaan yang Amran tawarkan kepadanya.
Sejam berada di dalam kereta, kereta BMW itu selamat tiba di sebuah rumah teres dua tingkat.
Amran memberhentikan kereta di depan pintu pagar dan mengajak Dheya untuk turun.
"This is your house, Dheya. Sorry sebab Am tak sempat nak sediakan rumah mewah untuk Dheya. Lately ni, Am busy sikit. Tapi Am yakin bila Dheya terima tawaran ni, Dheya boleh beli rumah lebih hebat daripada ini."
Amran bermanis mulut. Dia pasti gadis polos seperti Dheya mesti akan termakan dengan pujuk rayu dan kata manisnya.
Maklumlah, dia memang sudah lama 'aim' kan Dheya. Waktu sekolah dulu, semua pelajar lelaki meminatinya tetapi Dheya ni bukan jenis yang melayan.
"Terima kasih Am. Dheya terhutang budi sangat dengan Am sebab sanggup tolong Dheya. Dheya janji dia akan ikut semua kata Am." ujar Dheya polos.
"It's okay, Dheya. Am faham. Anyway, Dheya boleh masuk dan rehat-rehat dulu. Malam ni, Am bawa Dheya jumpa bos Dheya. Okay?" Amran bertanya.
Dheya menganggukkan kepala. Beg dibawa masuk ke dalam rumah itu sebelum dikunci. Matanya meliar melihat isi rumah.
"Kaya jugak si Amran ni. Kerja apa eh dia? Kaya semacam je. Nak kata dia anak orang berada. Tak jugak. Sebab Amran biasa-biasa je. Mungkin rezeki kut?!" gumam Dheya seorang diri.
YOU ARE READING
Isteri Encik Mafia [C]
Romance"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT RESERVED BY @Nuristina__