E | BAB 10

77.6K 2.6K 52
                                    

Keesokkan paginya, Dheya bangun dari tidur apabila mendengar bunyi jam yang dikuncinya. Kaki diatur bergerak ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Selesai membersihkan diri, dia berlalu turun ke tingkat bawah dan menuju ke ruang dapur untuk menolong Cik Gayah. 

Semalam, dia sempat berjumpa dengan Puan Sri Maira dan Tan Sri Ashraf Lee. Itupun sekejap sahaja memandangkan mereka sampai di rumah pun sudah larut malam.

Di dapur, Puan Sri Maira dan Cik Gayah sedang duduk bersembang sambil menyiapkan bahan-bahan untuk memasak.

Dheya yang baru ingin mendekati mereka, tiba-tiba mematikan langkahnya apabila terdengar perbualan antara Puan Sri Maira dengan Cik Gayah tentang Ashrell.

"Kamu tahu Gayah pukul berapa budak bertuah tu balik semalam? Saya ni sampai terlelap tunggu dia. Tak balik-balik lagi." soal Puan Sri Maira bertanya.

Cik Gayah tersenyum sambil mengangukkan kepalanya.

"Rell balik dalam pukul tiga pagi macam tu. Kenapa Puan Sri? Rell tu ada buat salah ke?" balas Cik Gayah pula.

Sayur yang sudah siap dibasuh hingga bersih diletakkan di dalam penapis untuk ditapis. Api dapur dibuka.

"Entah lah Gayah. Sakit kepala saya bila fikir pasal Rell." Puan Maira mengeluh lemah.

"Umur dah lanjut tapi perangai masih tak ubah-ubah. Kadang-kadang saya risau bila tengok life dia yang terlalu bebas tu. Bukan saya tak tahu dia selalu pergi klub."

Luah Puan Sri Maira dengan wajah tegang. Riak wajahnya menunjukkan betapa geramnya dia pada perangai Ashrell itu.

"Sabarlah, Puan Sri. Puan Sri bukan tak kenal perangai Rell macam mana. Tapi, saya tahu yang Rell tu pandai jaga diri. Dheya tu, Rell yang bawa balik." kata Cik Gayah seakan akan membela Ashrell.

Puan Sri Maira menjongketkan keningnya, tidak percaya dengan kata-kata pembantu rumahnya itu.

"Tapi kan Gayah, saya tengok budak Dheya tu baik orangnya. Saya tegur dia semalam pun nampak sopan je. Macam perempuan melayu terakhir gitu!"

Dheya tersipu-sipu malu apabila mendengar pujian Puan Sri Maira terhadapnya.

Dia membetulkan letak pakaiannya sebelum mengatur langkah masuk ke dapur. Berpura-pura seperti tidak mendengar apa-apa.

Dheya mempamer senyuman manisnya sebelum dengan sopan menyalami tangan Puan Sri Maira.

"Selamat Pagi, Puan Sri, Cik Gayah!" sapa Dheya riang. Cik Gayah hanya tersenyum menggeleng manakala Puan Sri Maira hanya mengangguk dengan senyuman.

Tangan Dheya diraih dan diusap lembut. Dheya hanya diam menghayati sentuhan seorang insan bergelar ibu. Dia memang sudah lama merindui sentuhan seorang ibu.

"Lepasni, tak payah nak panggil Puan Sri lagi. Panggil je Mummy. Sama jugak macam Daddy. Boleh kan?" ujar Puan Sri Maira menyuarakan isi hatinya.

Entah kenapa bila dia melihat Dheya, dia berasa tenang dan gembira. Senyuman dan tutur kata gadis itu sangat menyentuh hatinya.

"Okey, Mu—mmy. Ada apa-apa yang boleh Dheya tolong?" soal Dheya sambil berura-ura mahu membantu dua orang wanita itu memasak.

"Sure. Dheya boleh tolong Mummy gorengkan bahan-bahan dekat dalam batu lesung tu. Mummy nak naik atas kejap nak kejutkan Rell." pamit Puan Sri Maira seraya berlalu naik ke tingkat atas.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now