Dheya melemparkan senyuman manis dan mengucapkan terima kasih kepada Tiara yang sudah menemaninya pada malam itu. Kepala ditoleh, memandang ke dalam rumah yang sudah separa gelap.
“Suha sure taknak Tia jadi backup? Kang tak pasal-pasal ada yang bertumbuk selepas ni.” soal Tiara apabila melihat wajah gelisah Dheya.
Dheya menggeleng, tanda dia tidak memerlukan pertolongan Tiara. Lagipun, kalau Ashrell marah sekalipun, dia harus terima kerana sudah terbukti itu adalah salahnya juga.
“It's okay. Tia baliklah. Nanti Faliq tertunggu Tia pulak. Saya masuk dulu.” pamit Dheya sambil menolak pintu kereta BMW milik Tiara.
Sempat juga dia memberikan pesan kepada wanita itu agar memandu dengan berhati-hati. Maklumlah, jam sudah menginjak ke pukul 10:30 malam.
Dalam tidak sedar, sudah dua jam setengah dia menghabiskan masa melepak dan berbual kosong dengan isteri kepada sepupu suaminya itu. Dan yang paling penting, dia langsung tidak meminta izin Ashrell untuk keluar bersama Tiara.
Alasannya,
Flashback
Batang tubuh Ashrell yang sedang berdiri di depan cermin sambil membetulkan letak bajunya dipandang dengan wajah cemberut. Satu keluhan kecil dilepaskan.
“Please Abang, saya nak keluar!” ujar Dheya di birai katil. Mata langsung tidak berganjak daripada memandang belakang tubuh suaminya itu.
“No! Aku tak izinkan. Kau tak nampak ke keadaan kau tu?”
Dheya memandang dirinya dari atas sampai ke bawah. Okay je! Dengan wajah yang makin comel dan tembam, perut yang bulat memboyot dan badan yang sedikit chubby.
Tiada langsung yang mencacatkan keadaannya. Makin comel dan cantik adalah! Itu yang encik suami Mafia terpikat. Ahak!
“Apanya Abang. Saya tengok okay je. Tak ada yang cacat pun.” jawab Dheya sambil menayang wajah tidak puas hatinya.
Ashrell menggeleng. Ini lah akibatnya, kalau dapat isteri yang polos dan selow. Nasib baik sayang. Kalau tak, tak tahulah dia nak kata apa.
“Puan Dheya Nasuha oii, kau tak tengok ke perut memboyot kau tu! Perut tu kalau lambat sikit je, boleh meletop tahu.”
“Dahtu apa masalahnya. Tak meletop lagi kan?”
Ashrell mendengus geram. Ada yang kena gomol dengan dia nanti pagi ni.
“Memanglah tak meletop! Tapi kalau kau terberanak dekat luar tu, siapa yang susah? Aku jugak. Faham?”
Kemarahan Ashrell sudah naik menggila apabila melihat perangai degil dan keras kepala isterinya semakin menjadi-jadi.
“Eeeii.. Taklah. Tolong Abang, saya nak keluar sekejap je. Saya janji saya bawak Tiara sekali.” Dheya tidak berputus asa untuk memujuk suaminya itu.
“Don't you dare Mi Amore! Aku tak izinkan. Tak kisahlah berteman ke tak! Keputusan aku muktamad.” Tegas Ashrell memberi kata putus lalu melangkah keluar meninggalkan bilik tidur mereka.
Dheya membontoti langkah Ashrell dengan wajah yang sedih. Dia langsung tidak memandang atau bertentang mata dengan suaminya.
Merajuk!
Dia menghulurkan briefcase Ashrell dengan wajah yang langsung tidak beralih dari memandang lantai. Tangan suaminya disalam dan dikucup acuh tidak acuh.
Ashrell menghela nafas. Dagu Dheya dicapai dan ditolak agar memandang wajah seterusnya bertentang mata dengannya.
“Mi Amore, aku bukan sengaja marahkan. Aku cuma risaukan kau dengan baby. Aku janji lepas kau beranak, kau nak keluar sampai tak balik rumah pun, aku izinkan.”
YOU ARE READING
Isteri Encik Mafia [C]
Romance"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT RESERVED BY @Nuristina__