Bab 42

52.4K 2.1K 74
                                    

Tingkap lutsinar yang memisahkan antara ruang mereka berdua membuatkan Ashrell mengeluh perlahan .

Kaca tingkap bilik itu diusap , seperti membayangkan yang dia sedang mengusap wajah polos isterinya .

Keadaan Dheya masih seperti semalam . Selepas sahaja selesai membuat rawatan dan proses menderma darah .

Isterinya itu kemudiannya dimasukkan ke dalam wad kecemasan kerana keadaannya yang sangat kritikal .

Baju t-shirt putihnya yang sudah bertukar warna menjadi warna merah pekat belum lagi ditukar . Faliq dan yang lain ada menyuruhnya untuk pulang dan berehat .

Namun dia enggan mendengar . Dia mahu menunggu dan menjaga Dheya  sehingga wanita itu sedar .

Derapan tapak kasut yang berjalan menghampirinya membuatkan Ashrell dengan malas menoleh ke belakang .

Sudah dia dapat menganggak empunya manusia yang berdiri di belakangnya itu . Siapa lagi kalau bukan adik angkatnya itu .

Stephany yang berdiri memeluk tubuh itu dengan geramnya menarik tangan Ashrell agar duduk di kerusi menunggu .

“ Abang Rell , tolong dengar cakap Hany . Hany nak abang balik dan berehat . ” pujuk Stephany perlahan .

Ashrell mendengus untuk kesekian kalinya . Dia tidak suka Stephany atau yang lain mengarahkan dirinya .

Baru sahaja , Ashrell mahu membuka mulut , kedengaran dari jauh suara garau seseorang sedang memanggil namanya dengan nada mendatar .

Ashrell telan liur . Jika suara manusia itu sudah masuk campur , dia tiada cara lain untuk membantah .

“ Ryden.... ”

“ Ya Grandpa .”

Dengan malasnya Ashrell memusingkan badan mengadap wajah kedua ibu bapanya dan juga Grandpa .

Puan Sri Maira yang melihat keadaan anak lelakinya itu terus melulu dan memeluk badan tegap anaknya . Melihat dari jauh saja , dia sudah tahu kekusutan anaknya .

“ Rell , Kenapa tak berehat sayang ? Hany , kamu tak jaga abang Rell ke ? ” soal Puan Sri Maira sambil menjeling sekilas tingkap kaca bilik menantunya .

Jatuh kesian dia melihat keadaan anak menantunya itu . Dengan Ashrell yang seperti mayat hidup manakala Dheya pula sedang bertarung nyawa di dalam .

“ Hany dah pujuk Mammy . Tapi Abang Rell degil . Dia nak tunggu Kak Dheya sedar . ” jawab Stephany geram .

Tan Sri Adam Lee dan Tan Sri Ashraff Lee hanya menggelengkan kepala melihat kedegilan Ashrell . Tetapi mereka juga tidak boleh mendesak .

Jika mereka berada di tempat Ashrell , sudah pasti mereka akan membuat seperti mana Ashrell lakukan .

Tan Sri Adam Lee mengorak langkah menghampiri cucunya itu . Badan Ashrell dipeluk sekejap sebelum dia bersuara .

“ Kamu baliklah dulu . Tentang Dheya , biar kami yang uruskan . Insyaallah , kalau dia sedar orang pertama yang kami telefon adalah kamu . ” pujuk Tan Sri Adam Lee pula .

“ Betul tu . Hany , bawa Abang Rell balik rumah . Pastikan dia makan , mandi dan berehat . If not .... ”

Ashrell dan Stephany hanya menundukkan kepala apabila mendengar pernyataan Daddynya itu .

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now